Bab 17 First Impression

65 13 1
                                    

Tiara periksa pakaian-pakaian yang bakal diambil itu..Segala detail yang ada diperiksa.Teliti jahitannya.Dia senyum puas..Risya turut lihat,kemudian dia cuit pada Tiara.

"Tia,..tu,"Risya juih di luar.Kereta BMW terparking elok di luar...Ah,lelaki ni lagi.Apa lagi dia nak?.

Wahyu masuk ke dalam butik itu,Dia senyum bila lihat Tiara di situ.

"Assalamualaikum Cik Tiara,"

"Waalaikumusalam,Kamu tiap hari datang sini..Bawa apa pula?,"tanya Tiara.

Sejak pertemuan di starbuck tu,Hampir setiap hari lelaki ni muncul dengan pelbagai jenis hadiah..Coklatlah, Keklah, KFClah..Orang cakap kalau nak gayat perempuan kena gayat dengan makanan jadi semua makananlah yang dia bawa..Saja nak bagi orang gemuklah .Dan seperti biasa juga dia akan ajak keluar makan bersama,dan sudah tentu Tiara menolaknya.
Wahyu senyum.

"Oh Cik Tiara tunggu hadiah lagikah?..Maaflah saya tak bawa hadiah,kali ni saya nak pick up baju Mama saya,"Wahyu keluarkan resit pakaian.Merah wajah Tiara menahan malu,Aduh Tiara macam desperate sangatlah kau ni.

"Risya tolong ambil kejap,"Tiara serahkan resit itu pada Risya.

"Sebab saya tak bawa hadiah,Apa kata saya bawa Cik Tiara keluar makan nak?,"Cadang Wahyu.

"Jap!,Tak pa saya ambil sendiri,"Tiara ambil kembali resit di tangan Risya dan beredar..Penat layan lelaki ni lama-lama.

Wahyu senyum saja 'jual mahal betul,Comel pula melihatnya' Tak lama kemudian Tiara kembali dengan baju kurung yang cantik..Wahyu kagum dengan baju itu.

"Cik Tiara buat ni?,"tanya Wahyu.

"Yelah,siapa lagi nak buat,"

"Cantik..Macam tuan buatnya juga,"Wahyu senyum.

"Tak payah nak puji,"Tiara cebik.Wahyu senyum saja.

"Macam mana dengan cadangan saya?...,"

"Cadangan?..Cadangan apa?,"Tiara pelik.

"Makan bersama,"Wahyu senyum...Ish dia ni.

"En Wahyu,tak penatkan setiap kali datang sini,ajak saya keluar makan?,"Dia pun penat nak tolak ajakan tak kesudah lelaki ni.

"Saya tak pernah penat sebab saya tahu kamu akan terima juga suatu hari nanti,"Wahyu senyum.

Eii,konfidennya kamu..Menjengkelkan!.

"En Wahyu..Saya tak-,"

"Oh saya kena pergi,nanti kita bual lain ya...Bye Cik Tiara,"Wahyu senyum dan beredar..seperti selalu.Tiara cebik saja.Apa-apalah,janji tak serabutkan otak aku lagi.

"Tia,kenapa kamu tak nak terima ajakan dia?..Saya tengok dia ok je,nak berkenalan dengan kamu..siap datang sini tiap hari lagi,"kata Risya hairan,Selalu bosnya ni terdesak nak cari lelaki,sekali ada orang nak dia pula tolak.

"Tak tahulah Sya...Saya rasa tak sedap hati dengan lelaki tu...Half of my heart said don't,he dangerous...Rasa macam ada sesuatu menghalang dari kenal lelaki tu lebih lagi,"Tiara tunduk..entah kenapa dia fikir begitu...Rasa insecure setiap kali bersama Wahyu..Macam ada lampu amaran menyala setiap kali lihat lelaki tu,padahal dia jalan sebelah samseng lorong pun tak pernah pula lampu amaran menyala..Kenapa orang seperti Wahyu dia rasa begitu?...Pelik sungguh pelik.

"Kamu tak sedap hati sebab aura dia kut,Tapi saya tengok ok saja dia tu,"

"Aura bendanya,tak ada aura apapun pada dia..lainlah kalau Ishraf,"..Kalau Ishraf bad mood pleaselah jangan pandang mata dia,dia sumpah jadi batu macam Medusa versi lelaki nanti...Dia selalu kena,terkaku tubuh badan tak mampu nak bergerak...Scaryyy.

OVERprotectiveWhere stories live. Discover now