Bab 29 Manhattan Fish Market

46 8 0
                                    

'Kamu takkan mampu lakukan semua ni sendirian,biar saya bantu.
'Niat?..Niat apa pula ni?,Saya cuma nak tolong kamu kembangkan syarikat-
'Bila tu?, 10 tahun?..20 tahun?..Kamu masih muda dan mentah. Takkan nak biarkan satunya syarikat tinggalan Arwah ibubapa kamu muflis.
'Hm!..Kamu dan bapak kamu sama saja!.Baiklah kita lihat sejauh mana kamu boleh bertahan dalam dunia koporat ni..Jangan menyesal tolak saya!.

"Ishraf,"

Ishraf tersedar bila sesuatu menyentuh bahunya,dia toleh pada Vince di hadapannya.

"Wah seronok betul kamu tidur,First time saya tengok Bos curi tulang time kerja,"Vince sengih.

Ishraf diam,dia terlelap di sofa.Ingat nak tukar mood buat kerja dari meja kerja ke sofa,sekali terlelap pula.Letih teramat uruskan projek akan datang ni.

"Kamu okkah?,Ada masalahkah?,"Vince duduk di sofa loveseat itu.

"Hm,Ok je..letih sikit. Biasalah tu makin majlis nak dekat makin bertambah kerja,"Ishraf raup mukanya sedikit.

"Rasanya kamu akan bertambah letih bila dengar berita yang saya nak sampaikan ni,"

"Berita?..Apa dia?,"

"Hmm..Kita kena cari hotel lain untuk Majlis ni nanti,Golden Hotel terpaksa tolak kita punya proposal untuk buat majlis di sana,"

Ishraf terkejut.

"Hah?!,Kenapa pula?!...Selalu kita buat di situ tak ada masalah pun?..Dah 3 tahun kut Hotel tu jadi tempat rasmi majlis ni,"Ishraf pelik.

Itu Hotel kepunyaan Abang Shafiq iaitu Anak kepada Tan Sri Thoriq.Memang jika ada majlis,mereka akan buat di situ.

"Memanglah,kali ni saja terpaksa tolak sebab Golden Hotel ada masalah. Mereka takut ia akan jejaskan Majlis kita nanti,"

Ishraf diam..Masalah?. Abang Shafiq ada masalahkah?. Uncle tak bagitahu apa-apapun?.

"Jadi sekarang nak buat macam mana?. Majlis nak dekat ni ada lagikah Hotel yang nak terima proposal kita?,"Ishraf mula picit dahinya yang sudah berdenyut itu.Lepas satu-satu masalah timbul.

"Pasal itu,Saya dah carikan hotel yang boleh terima proposal kita buat majlis di sana..Cuma...tak tahulah kamu berminat atau tak dengan Hotel yang saya pilih ni,"Vince senyum.

"Hotel apa?,"

"Hotel 5 Bintang,International punya..Gr-,"

"Oklah,asalkan dapat buat majlis tu saya tak kisah hotel apapun,"Ishraf memintas kata-kata Vince,Dia pun penat nak fikir lagi asalkan ada tempat saja.

"Are you sure?..Hotel tu...,"Vince diam bila Ishraf jeling padanya..Vince angkat tangan mengalah.

"Fine,Saya aturkan proposal kita dengan pihak hotel tu nanti.."Vince senyum.

Ishraf mengangguk,buatlah apapun asalkan bebannya kurang.

"Oh yes,kamu tak lupa tengahari nikan?,"tanya Vince..Ishraf toleh.

"Tengahari ni?," Dia ada apa tengahari ni?.

"Ish kamu ni, Lunch with Miss Everose. Jangan buat-buat lupa ya siap kamu nanti,"Vince beri amaran.Bukan tak tahu bos dia sorang ni pantang dengan wanita tu.

"Urgh,Do I have to?,"Ishraf berkerut malas.

"Yes!,She is one of our Investor, kenalah buat baik pada dia walaupun kamu tak suka,"

"Correction,Her Father is. Dia tak ada kena mengena pun,"

"Tapi dia dah promote banyak pakaian kita,kiranya dia penting jugalah...Beside She a model,"

Ishraf diam. Ya tak dinafikan banyak pakaian syarikat mereka laris sebab wanita tu, Pengaruh seorang model memang besar. Tapi dia tak berkenan sebab wanita tu suka mengedik dengannya. Ya,dia salah seorang.

Kalau boleh memang Ishraf nak elak dari jumpa wanita tu,tapi kali ni terpaksalah dia berhadapan juga.

"Jangan lupa pukul 12 nanti,Jangan lari ya..kau lari aku kejar,"Vince senyum beri amaran.Dia bangun keluar dari bilik itu.

Ishraf cebik,Ingat dia budak-budak nak main kejar-kejar?.Ishraf mengeluh perlahan..

Dia teringatkan mimpi tadi. Dah lama dia tak mimpi begitu,kenapa tiba-tiba pula ia muncul?. Ni sejak kehadiran lelaki tulah dia mimpi benda pelik-pelik..Spoil betullah!.. Tapi dah hampir 2 minggu tiada berita pasal lelaki tu.Kakak pun cakap lelaki tu dah lama tak datang butik. Tak tahulah sama ada Lelaki tu dah give up atau Kakaknya menipu untuk lindungi lelaki tu.
***************************
"I can't believe you finally want to meet me,"Everose gembira.

"Ya,I dah janjikan,"Ishraf senyum paksa. 'Kalau bukan sebab Papa kau memang takdenya aku nak jumpa kau'

"Kenapa you lama tak call I?. You macam nak mengelak dari I saja,"Muncung manja + merajuk dikeluarkan,tapi sikit pun Ishraf tak tergoda.

"Maaf,banyak kerja nak buat..I tak sempat nak keluar mana-mana. Don't worry I'll make it up to you..Treats on me,"

"Awww,so sweetlah you,sebab nilah I suka you,"Everose senyum..Semakin kacak pula lelaki di hadapannya ni.Suka dia tengok.

Ishraf senyum sedikit,dia mengeluh dalam diam. Tolonglah berakhir cepat,penat dia nak layan kerenah wanita di hadapannya ni.

Suasana di Manhattan fish market ni begitu lengang. Tak ramai yang mampu makan di restoran seafood ni,tapi tak juga tempat orang kaya suka lepak..Sekali-sekala saja nak merasa..tu pun wanita ni cakap dia teringin nak makan di restoran tu.

Ishraf ikutkan saja walaupun dia tak berapa suka makan seafood.Mungkin sebab ini kut Everose pilih restoran ni sebab tak banyak orang,maklumlah Model terkenal..Tak ada privasi kadang-kala.

"Kenapa you makan spagetti je?,Tak nak lobsterkah?,"Everose lihat Ishraf hanya makan Carbonara Spagetti saja.

"I kurang seafood...Tak minat,"

"I see, kenapa tak cakap awal-awal boleh I pilih tempat lain, kesian you makan spagetti je,"

"Tak mengapa,I ok je,"Ishraf senyum.

Sesekali dia lirik jam di tangannya...Lambat aih perempuan ni makan,Nasib dia Bos boleh masuk lewat.Matanya perhati sekeliling cuba elak dari lihat wanita di hadapannya,nak elak tambah dosa kering lihat pakaian seksi dan ketat tu.

Matanya berhenti pada satu pasangan yang baru masuk restoran itu..Terbeliak dia melihat seseorang yang dia kenal..Hah?!.

31 Ogos 2021

OVERprotectiveWhere stories live. Discover now