Bab 42

1.4K 102 22
                                    

Yasmin merenung kosong ke arah tasik di hadapannya. Dia masih lagi menunggu panggilan daripada Ayden yang menyatakan dia sudah selamat sampai.

Hatinya risau apabila mengingatkan peristiwa semalam apabila Ayden memberitahu rancangannya.

"Don't worry too much, Yasmin. In sha Allah, Eden okay la," kata Zaquan yang tiba-tiba muncul di sebelahnya.

Ayden sengaja meninggalkan Zaquan di samping Yasmin untuk melindungi Yasmin sekiranya berlaku apa-apa.

Yasmin pandang Zaquan. "Tapi, dia dalam bahaya. Bila-bila masa sahaja, Black Heart akan bertindak," kata Yasmin.

Zaquan diam. Dia pandang Yasmin yang berwajah muram itu.

"Dia dalam perlindungan kami, Yasmin. And percayalah, dia boleh hadapi semua tu. He's strong," kata Zaquan.

"Sebagai isteri, Zaquan, perasaan saya takkan tenang selagi kes ni selesai. We need a closure," kata Yasmin.

"Yes, we all need a closure to this case. Ramai yang perlukan penamat untuk kisah ini. Mangsa-mangsa Black Heart seperti Eden, Jun dan Ren perlukan penamat. Oleh sebab itu, rancangan mereka perlu dilaksanakan," kata Zaquan.

"Sebagai umpan? Macam tu?" soal Yasmin, tiba-tiba.

"Awak tahu?"

"Of course. He told me before he leave for his flight," kata Yasmin apabila mengingat kembali perbualannya dengan Ayden.

Yasmin pandang Ayden yang akan bertolak tidak lama lagi ke Jepun. Hatinya berat mahu melepaskan suaminya ke Jepun apabila mengimbau kembali perbualan mereka semalam.

Ayden senyum apabila melihat wajah gusar isterinya. Dia menundukkan sedikit wajahnya lalu tangannya diletak di atas kepala Yasmin yang dilapik oleh tudung itu.

"Jangan risaukan saya. I'll be okay," ujar Ayden, memujuk hati isterinya.

"Tapi,"

Ayden terus tarik Yasmin ke dalam pelukannya. "Saya akan okay. Jangan risau, sayang. Kalau ada apa-apa yang terjadi pada saya, please, percayalah yang saya baik-baik sahaja. Don't you ever believe them," kata Ayden, lembut.

Yasmin angkat wajahnya daripada dada bidang Ayden. Dia merenung dalam-dalam wajah Ayden.

"Betul. Saya janji saya akan baik-baik. Please, percayakan saya," tekan Ayden.

Tangan Yasmin mengeratkan pelukannya di pinggang Ayden. "Janji dengan saya yang awak takkan tinggalkan saya," kata Yasmin.

"Of course, sayang," ucap Ayden sambil mencuit hidung isterinya.

Wajah Yasmin masih keruh.

"Saya bukan lemah seperti yang awak sangka. Mereka takkan boleh apa-apakan saya. Lagipun, mereka mahukan sesuatu daripada saya. Mereka takkan senang-senang bunuh saya," kata Ayden lagi.

"Awak!"

Ayden ketawa. "Sayang, betul apa yang saya katakan ni. So, please jangan risaukan saya," kata Ayden.

Yasmin mengeluh.

"Ingat! Walau apapun yang mereka katakan, jangan percaya. Semua tu hanya rancangan kami," ujar Ayden.

Yasmin pandang Ayden. "Maksud awak?"

"I'm a bait. So, jangan terkejut kalau-kalau awak dapat berita saya diculik. Semua tu adalah rancangan saya dan Syahran," kata Ayden.

Terbeliak mata Yasmin memandang suaminya. Dia terus pegang tangan Ayden. "No! Awak tak boleh balik ke Jepun," kata Yasmin.

Ayden meleraikan pelukannya. Dia pegang bahu Yasmin sambil menundukkan sedikit kepalanya. Matanya merenung lembut ke dalam anak mata Yasmin.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now