"Damn! Mereka dapat Yasmin. Macam mana kau buat kerja Zaquan?" tengking Syahran.
Kedengaran suara Zaquan yang berapa kali meminta maaf.
"Better kau datang ke Jepun secepat mungkin. Aku pasti mereka dah dalam perjalanan bawa Yasmin ke sini," soal Syahran.
"Macam mana kau yakin mereka bawa Yasmin ke Jepun? Bukan dekat London dengan Jepun. Take 11hrs more using flight," kedengaran suara Zaquan mempersoalkan kata-kata Syahran itu.
"Aku rasa mereka pasti bawa Yasmin ke Jepun semula. Ren mahukan Yasmin. Thus, they will bring her back to Japan. So, you and the team come here. To back up us. Just leave a few of your men at UK," arah Syahran, serius.
Kedengaran suarah keluhan daripada Zaquan. "Sorry sebab tak dapat jaga Yasmin. I though she will safe. Tak sangka dengan sekelip mata dia hilang walaupun aku sentiasa memerhatikannya," kata Zaquan.
Senyuman sinis terukir di bibir Syahran. "Kau ingat mereka penjenayah yang biasa-biasa? Berapa ramai kanak-kanak diculik oleh mereka walaupun ibu bapa kanak-kanak itu sentiasa memantau keberadaan anak-anak mereka?" katanya sambil meramas-ramas rambutnya dengan sebelah tangannya.
"So, now, come to Japan. Help me and back up us. This case must be solved as soon as possible," kata Syahran lagi.
Zaquan akur dengan arahan Syahran yang merupakan ketua untuk operasi itu.
"Got to go. Ada perbincangan yang perlu dilakukan sekarang," kata Syahran apabila melihat beberapa orangnya melangkah masuk ke dalam biliknya itu.
"Okay. Will get in touch with you after I arrived," kata Zaquan.
"Good. Assalamualaikum," ucap Syahran kemudian dia terus memutuskan taliannya.
Perhatiannya kembali ke arah orang-orangnya yang sedang berdiri di hadapan meja itu.
"Have a seat," ucap Syahran kepada anak-anak buahnya.
Claudia dan George segera mengambil duduk di hadapan Syahran. Manakala, Jun masih berdiri di hadapannya.
Syahran terus pandang Jun. "Duduklah, Jun. Kita bincang bagaimana untuk selesaikan masalah ni," pelawa Syahran dalam bahasa inggeris.
Jun masih berdiri.
Syahran mengeluh. "Aku tahu kau rasa bersalah sebab biarkan Eden diculik oleh mereka. Tapi, ini adalah rancangan kita. Kita sendiri tahu apa rancangan mereka. Kita sudah bersedia, bukan?" kata Syahran, lembut.
George ketawa kecil. "I've never seen you speak so soft like that, Niel," tegur George.
Claudia angguk kepalanya. Bukan dia tidak kenal dengan ketuanya itu. Bukan senang untuk lihat Syahran berkeadaan begitu.
"Just sit, Jun. Eden will be okay. He's strong enough to protect himself. Trust him," kata George.
Jun pandang ketiga-tiga manusia di hadapannya itu. Dia melepas kasar nafasnya. Dia terus duduk di kerusi yang sememangnya tersedia di hadapan meja Syahran itu.
"So, ada update terbaru daripada Eden?" soal Syahran sambil matanya memandang ke arah George.
George hanya tersengih. "Sudah tentu ada. Sebab itulah, aku dan Claudia di sini," kata George.
"Good! Aku harap ianya berita baik," kata Syahran.
"Mereka dapat jumpa lokasi Ren? Markas Black Heart?" soal Syahran sambil menyandarkan badannya.
George angguk kepalanya sambil tersengih. "Tahu apa berita yang lagi baik daripada ni? Orang-orang kita dah ada di markas tu pun."
Tersenyum lebar terpapar di wajah Syahran itu. "Good. Macam nilah anak buah aku. Bagus," kata Syahran.
YOU ARE READING
Aku Milik Kamu
RomanceYasmin Nuraisya seorang pelajar Malaysia yang baru sahaja selesai pengajiannya di Universiti Tokyo telah mengambil keputusan untuk bekerja separuh masa di syarikat rakannya, Aryana Harumi. Dari situ, Yasmin berkenalan dengan abang Aryana, Ayden Taku...