Bab 31

895 78 38
                                    

Suasana sunyi menyelubungi kereta mewah itu. Hanya kedengaran bunyi helaian kertas yang diselak oleh Ayden.

Yasmin melepaskan pandangannya ke arah jalan-jalan London itu. Sesekali dia sempat mengerling ke arah Ayden di sebelahnya yang begitu khusyuk membaca dokumen perjanjian di tangannya.

Bibir Ayden ternaik sedikit namun cepat-cepat dia menyembunyikan senyumannya itu. Bukan dia tidak sedar akan kerlingan Yasmin itu. Dia tahu Yasmin mahu bertanyakan sesuatu kepadanya namun Yasmin membatalkan niatnya itu.

Ayden meletakkan dokumen yang dipegangnya di ribanya. Pandangannya terus diarahkan kepada Yasmin. Mata mereka bertembung lalu Yasmin terus mengalihkan pandangannya.

Pipi Yasmin mula panas, malu apabila ditangkap oleh Ayden. Bibir Ayden ternaik sedikit, terhibur dengan telatah Yasmin itu.

"Apa yang kau nak?" soal Ayden, perlahan.

"Selepas selesai urusan kita di sini, kita terus balik ke Malaysia kan?" soal Yasmin apabila dirinya sudah tenang.

Ayden angguk. "Yes. Kalau ikut perancangan, kita akan balik dalam 2 hari lagi," kata Ayden.

Kepala Yasmin terangguk-angguk. Di kepalanya, dia mencongak-congak hari bahagia Aifa dan Aryan.

"Kalau macam tu, kita ada masa seminggu sebelum majlis pernikahan Ifa dengan Ryan," ucap Yasmin.

"Kau yang ada seminggu."

Dahi Yasmin berkerut.

"Aku tak ikut kau ke KL. I have things to do in France," kata Ayden.

"Saya tak kena ikut awak ke?" soal Yasmin.

Ayden menggeleng. "Jun dah ada di sana. So, kau tak diperlukan."

Terus mata Yasmin naik ke atas. Kemudian, dia pandang Ayden. "Awak bagi saya cuti seminggu?" soal Yasmin.

"Correction, I approved your leave for 2 weeks. One week before the wedding, and one week after the wedding," kata Ayden.

Mata Yasmin membulat.

"Aku dah janji untuk berikan awak 2 minggu cuti sebelum ni. So, aku tunaikan janji aku," kata Ayden.

Yasmin termalu sendiri apabila mendengar kata-kata Ayden. Teringat dia pada peristiwa dia mengamuk 2 minggu lepas. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Ayden mengingati janjinya itu.

Ayden tergeleng apabila melihat reaksi Yasmin itu. Dia pandang Yasmin. "So, are you happy now?" soal Ayden.

Yasmin terus mengangguk, gembira dengan berita yang baru diterimanya itu.

"But then, awak takkan ada masa majlis pernikahan Ifa dan Ryan?" soal Yasmin.

Ayden angkat keningnya. "Kau mahu aku ada?" soal Ayden.

"Of course! Awak abang Ryan. Mestilah kena ada di majlis tu," kata Yasmin.

Ayden senyum. "Jangan risau. Aku datang majlis tu. Tapi, tak lama. I have another job in Johor Bharu after their wedding."

"Sibuknya awak," kata Yasmin.

"Baru tahu kerja aku?" soal Ayden.

Yasmin terus menggeleng. "Taklah. Saya ingat awak akan bercuti sewaktu majlis tu. Boleh saya bawa awak jalan-jalan di KL," kata Yasmin.

Ketawa Ayden terhambur keluar apabila mendengar kata-kata Yasmin itu. "Aku datang ke Malaysia atas urusan penting. Bukan sebagai pelancong, Yasmin Nuraisya," kata Ayden.

Yasmin mencebik. "Saya offer nak jadi tour guide awak, tapi, sombong. Taknak terima," kata Yasmin.

Ayden tersenyum. Dia mendekatkan mukanya di hadapan Yasmin. "Next time, I'll accept your offer gladly," kata Ayden, lembut sekali nada suaranya.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now