Bab 11

1K 74 19
                                    

Telinga Yasmin masih lagi terngiang-ngiang amaran yang diberikan oleh Ayden itu. Dia menyandarkan kepalanya di dinding lif itu.

“Dia ingat kita ni hadap sangat dengan harta keluarga dia? Apa ingat keluarga aku miskin sangat ke? Nasib baik Ifa sayangkan Ryan. Kalau tak, dah lama aku suruh Ifa putus dengan adik dia tu,” omel Yasmin, perlahan.

Nasib baik tiada orang dalam lif itu memandangkan hari sudah lewat. Yasmin mendengus geram. Hatinya sakit bila mengingat balik kata-kata Ayden.

“Taknak selamatkan aku kalau aku dalam bahaya? Apa ingat ni novel cinta ke nak selamat-selamatkan orang ni? Apa gunanya polis, askar kalau mereka tak dapat nak selamatkan aku? The chances of me being hurt is non-existence in my life.”

“Abang Yana ni pun satu la. Kenapa la dia tak macam family Yana yang lain? Semua okay je aku tengok,” gumam Yasmin lagi.

TING! Lif telah berhenti di tingkat apartmentnya. Dia terus menegakkan badannya lalu mula berjalan keluar daripada lif tersebut.

Sampai di hadapan apartmentnya, dia ingin menekan passcode apartment itu. Namun, hatinya tidak sedap. Dia cuba membuka pintu apartmentnya. Sangkaannya benar. Pintu apartmentnya begitu mudah dibukanya.

Riak wajah Yasmin bertukar panik. Namun, segera dia menenangkan dirinya. Dia memandang sekeliling kawasan itu. Tiada seorang pun kelibat kelihatan di situ. Dia memberanikan diri untuk membuka pintu apartmentnya.

Perlahan-lahan pintu apartmentnya dibuka. Matanya terbuka luas apabila melihat keadaan apartmentnya yang berselerak.

Telefon pintarnya terus dikeluarkan daripada beg tangannya. Namun, dia buntu untuk menelefon ke siapa. Nama Aryana menjengah ke mindanya namun hatinya menghalang. Dia tidak mahu menyusahkan kawan baiknya sendiri.

Lagipun, abang Aryana sendiri memberi amaran supaya jangan mengambil kesempatan ke atas keluarga Fujiwara. Hatinya kembali membara apabila mengingat kembali perbualannya dengan Ayden itu.

“Yasmin Nuraisya. Jangan fikir sangat pasal orang tu. Buat sakit hati je. Sekarang, fokus pada perkara yang jadi depan kau ni. Kau nak telefon siapa untuk uruskan semua ni?” ucap Yasmin, perlahan.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menelefon pihak pengurusan apartment itu. Biarlah pihak pengurusan apartment itu menelefon polis kerana dia sendiri tidak tahu prosedur di negara itu. Lagipun, dia tidak mahu memanjangkan cerita kerana dia beranggapan bahawa apartmentnya itu dipecah masuk oleh pencuri memandangkan apabila melihat keadaan biliknya yang berselerak itu.

Yasmin hanya menunggu di luar apartment itu tanpa memasukinya. Dia tidak mahu menjejaskan bahan bukti. Sesekali angin malam meniup lembut ke badannya. Dia menggosok-gosokkan lengannya agar dia tidak kesejukan. Maklumlah suhu malam di Jepun berbeza dan lebih sejuk berbanding di Malaysia.

Tidak berapa lama kemudian, beberapa orang daripada pihak pengurusan apartment itu datang. Yasmin terus menerangkan perkara yang berlaku. Pihak pengurusan terus meminta maaf dan akan menyiasat perkara sebenar yang berlaku di situ.

Cik nak masuk dahulu, memeriksa barang-barang berharga cik yang hilang?” soal salah seorang pihak pengurusan itu.

Yasmin mengangguk. Dia melangkah masuk ke dalam apartmentnya itu. Dia terus berjalan ke arah meja yang menyimpan barang berharganya. Namun, dia hairan apabila melihat barang berharganya langsung tidak terusik.

Riak wajah hairan Yasmin itu disedari oleh pihak pengurusan apartment itu. “Kenapa cik? Ada barang-barang berharga ke yang hilang?” soalnya.

Yasmin terus menggeleng. “Pelik. Barang-barang berharga saya masih berada di tempat asal. Langsung tidak terusik,” jawab Yasmin.

Pihak pengurusan turut merasa hairan dengan kata-kata Yasmin itu. Mereka berjanji akan menyiasat perkara yang berlaku di situ.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now