Bab 20

1K 71 19
                                    

Yasmin keluar daripada bilik air apabila selesai mandi. Dia terus melangkah ke arah katilnya, mendapatkan telefon pintarnya yang berbunyi itu.

Senyuman terukir di bibir apabila melihat nama tertera di skrin telefonnya. Terus dia menggesek skrin, menerima panggilan video itu.

"Assalamulaikum, Sya!" panggil Aifa, agak kuat.

"Waalaikumussalam. Ifaa!" jawab Yasmin yang turut seronok menerima panggilan video itu.

Kedengaran suara ahli keluarganya di belakang Aifa. Aifa terus menghalakan kamera telefonnya ke arah ibu, ayah dan abangnya.

"Ibu, ayah, abang," panggil Yasmin.

Tan Sri Hashim, Puan Sri Mahani dan Hanif Aiman membalas sapaannya.

"Rindunya ibu dengan Isya," ucap Puan Sri Mahani.

Yasmin senyum. "Isya pun rindukan ibu juga," jawab Yasmin.

"Dengan ayah?" soal Tan Sri Hashim.

"Dah tentulah, Isya rindu ayah juga," kata Yasmin.

"Then, abang?"

Yasmin menjulingkan matanya.

"Juling-juling mata tu. Karang juling betul-betul baru tahu," kedengaran suara Hanif mengusik Yasmin.

"Ayah, ibu. Tengok abang ni," rengek Yasmin.

Di skrin itu, kelihatan bahu Hanif ditampar lembut oleh ibunya. Yasmin ketawa apabila melihat abangnya dimarahi oleh ibu mereka.

"Itu pun nak merengek. Apa ni Isya," kata Hanif sambil memuncungkan mulutnya.

Kedengaran riuh suara mereka berbual-bual.

"Keluarga Fujiwara dah balik?" soal Yasmin.

Aifa mengangguk. "Ya. Mereka dah balik. Baru je lepas naik flight."

"Rindunya Ifa dengan Isya," ucap Aifa lagi.

Yasmin senyum. "Itu la. Isya pun rindukan Ifa dengan ibu, ayah dengan abang Hanif. Kalaulah Fujiwara-san tak buat keputusan untuk bawa Isya ke UK, mesti Isya dah ada kat Malaysia dah," rungut Yasmin.

"Jangan merungut, Isya. Ni keputusan Isya kan? Untuk bekerja di Jepun sementara menunggu majlis graduasi Isya kan?" kedengaran suara ayahnya menegurnya.

Yasmin tersipu-sipu tersenyum. Ayahnya sememangnya seorang yang tegas. Namun, dalam ketegasannya, ada sifat penyayang. Tidak dapat dia sangkal bahawa sifat tegas dan penyayang ayahnya membolehkannya dan adik beradiknya menjadi orang yang berguna.

"Ammar kata yang Eden terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuk dia jenguk keluarganya? Betul ke?" soal Puan Sri Mahani.

Yasmin berkerut dahinya. Dia tidak tahu pula tentang perkara itu. Dia juga sudah lama tidak berjumpa dengan Aryana memandangkan masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing.

"Entahlah. Isya tak tahu pun," jawab Yasmin.

"La, bukan Isya special assistant Eden ke?" soal Puan Sri Mahani.

Yasmin tersengih. "Semua tu Kawamura-san, PA Fujiwara-san yang lagi satu uruskan. Isya just tolong-tolong Kawamura-san je," jawab Yasmin.

"Isya tahu kan yang Eden tu bakal jadi keluarga kita kan? So, berbaik-baiklah dengan dia. Dengan keluarga Fujiwara," bebel Puan Sri Mahani.

"Isya baiklah dengan mereka. Aryana tu kawan baik Isya tau," jawab Yasmin.

"Menjawab je kerja Isya kan?" marah Puan Sri Mahani.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now