Bab 22

815 60 24
                                    

Ayden mengikut katil yang disorong oleh beberapa paramedik ke Wad Kecemasan. Dia tidak mempedulikan orang-orang yang berada di sekelilingnya. Di fikirannya, hanya keadaan Yasmin yang berlegar di fikirannya.

"Eden?" panggil seseorang.

Kepala Ayden terus berpusing ke arah suara yang memanggilnya. "Mike," ucap Ayden.

Bibirnya mengukir senyuman ke arah lelaki yang memanggilnya. Rakannya, Adam Mikael sedang berdiri bersama-sama dengan beberapa orang doktor.

Adam yang sedang berbual-bual dengan seorang doktor di situ terus meminta diri daripada kawannya. Langkah diatur mendekati Ayden. Dia terus menghulur tangannya bersalaman dengan rakannya sambil memeluk tubuh Ayden.

Ayden membalas pelukan Adam.

"Sihat?" soal Adam.

Ayden angguk.

Adam senyum apabila melihat respon daripada Ayden. Dia arif dengan perangai kawannya itu.

"Kenapa kau ada kat sini?" soal Adam.

"Kawan aku masuk hospital," jawab Ayden.

Adam pandang ke arah wad kecemasan itu. "Siapa? Aku tolong tengokkan," soal Adam.

"Yasmin Nuraisya. Kau boleh tak pindahkan dia ke wad VVIP? Aku taknak orang tahu pasal perkara ni," kata Ayden.

Adam mengangguk. Langkah terus diatur ke arah wad itu. Ayden hanya memerhati sahaja Adam yang sedang berbual-bual dengan beberapa petugas kesihatan di situ. Tidak berapa lama selepas itu, Adam berjalan mendekati Ayden yang masih setia menunggu di hadapan wad kecemasan itu.

"Mereka akan transfer kawan kau after testing ke wad VVIP. Based on the doctor yang merawat Yasmin Nuraisya, keadaan dia tak serius," terang Adam sambil menepuk bahu Ayden.

Ayden menarik nafas lega.

Adam pandang Ayden. "Apa yang berlaku?"

Ayden diam.

"Mari ikut aku. Kita cari tempat yang lebih tertutup," kata Adam sambil kakinya berjalan melangkah ke satu arah.

Ayden hanya mengikut langkah Adam. Sempat juga dia memberi arahan kepada Zaquan yang kebetulan baru tiba di situ. Dia mengarahkan agar Zaquan menguruskan perpindahan Yasmin ke wad VVIP.

Adam membawa Ayden ke sebuah bilik yang sering digunakan oleh para doktor hospital itu untuk memberi konsultasi kepada pesakitnya.

Sebaik sahaja Ayden melangkah masuk ke bilik itu, Adam terus menutup pintu lalu menguncinya dari dalam. Dia tahu perkara yang akan diperkatakan oleh Ayden adalah sulit.

"So, care to tell me?" soal Adam sambil mengambil tempat di kerusi di hadapan Ayden.

Ayden menghembus nafas kasar. Dia pandang Adam. "Macam mana kau ada di sini?" soal Ayden, mengelak daripada menjawab soalan daripada Adam itu.

Adam kecilkan matanya. Dia peluk tubuhnya. "Kau memang tak berubah. Still Ayden yang tak banyak cakap," kata Adam.

"Aku ada seminar kat sini. Dah tiga hari aku kat sini. Lepas ni, aku kena ke Belgium sebelum balik ke Malaysia. Isteri dengan anak aku ada kat sana," beritahu Adam, menjawab soalan Ayden.

Ayden angguk, tanda memahami. Rakan masa kecilnya itu merupakan salah seorang kerabat diraja Belgium. Berdarah kacukan dan amat kacak.

"So, apa yang kau buat kat sini?" soal Adam.

"Ada benda yang aku kena urus kat sini," jawab Ayden.

"Sindiket tu?"

Ayden senyum tawar.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now