Bab 26

812 62 12
                                    

Suasana sepi di dalam kereta Ayden itu. Sesekali Yasmin menjeling ke arah Ayden yang tenang memandu keretanya.

Ayden sedar akan kerlingan Yasmin namun dia tidak mempedulikan. Segarit senyuman nipis terukir di bibir Ayden namun dia segera menyembunyikan senyumannya. Mukanya kembali serius.

"What do you want, Yasmin?" soal Ayden.

"Saya ingat awak dah lupa yang saya ada kat sini," sindir Yasmin

Ayden mengerling ke arah Yasmin. "Kau nak apa?"

"Awak tanya saya nak apa? Seriously, Fujiwara-san?" kata Yasmin.

Ayden tidak menghiraukan kata-kata Yasmin. Matanya fokus ke jalan raya.

Yasmin memusingkan badannya, berkalih memandang Ayden. "Saya dah minta half day off pada Kawamura-san. Dia sendiri kata saya tidak perlu ikut awak pun untuk meeting petang ni. So, kenapa saya perlu ikut awak pula sekarang ni," soal Yasmin.

Ayden diam.

"Awak ni, semua benda nak diam. Langsung tak bercakap. Macam mulut awak tu ada jongkong emas," omel Yasmin, tidak puas hati apabila Ayden langsung tidak memberi respon kepada pertanyaannya.

"Fujiwara-san, kalau awak nak tahu, perempuan tak suka tau lelaki yang senyap. Yang dingin macam awak tu," kata Yasmin.

Ayden mengerling ke arah Yasmin. "Kau cakap pasal diri kau?" soalnya.

Yasmin senyap seketika. Kemudian, dia menggeleng.

"So, kau sukalah lelaki yang tak banyak cakap kan?" soal Ayden.

Yasmin mencebik. Dia memeluk tubuhnya. "This is not about me, Fujiwara-san," kata Yasmin.

Ayden hanya senyap.

"Tengok, awak senyap lagi," ujar Yasmin.

Ayden menghembus nafas kasar. Dia mengerling ke arah Yasmin. "Apa yang kau tak puas hati ni?" soal Ayden.

"Awak bawa lari saya daripada adik saya," kata Yasmin.

Ketawa kecil meletus daripada mulut Ayden. Dia tergeleng. "You can meet her after this. Lagipun, adik awak tu takkan lari mana," kata Ayden.

"Tapi, dia dah nak kahwin," kata Yasmin.

"Then?"

"Hish, awak ni! Awak memang tak faham perasaan saya kan?" kata Yasmin.

"Then, kau nak aku cakap apa? Pujuk kau? Macam tu?" sindir Ayden.

Ayden menghembus nafas kasar. Dia mengerling ke arah Yasmin yang terdiam itu. "Yasmin, setiap orang ada hidup masing-masing. Takkan selama-lamanya kau mahu dia berada di sisi kau. Mungkin this is the best for her. Dah jodoh dia sampai dulu," kata Ayden.

"Tapi, nanti saya dah tak boleh nak bermanja dengan dia dah. Ni semua salah Ryan. Ambil Ifa daripada saya," rungut Yasmin.

Bibir Ayden terangkat sedikit, sedikit terhibur apabila mendengar rungutan Yasmin itu. "Jodoh mereka dah tersurat berdua. Kau nak halang pun dah tak boleh," kata Ayden.

"Tapi,"

"No buts, Yasmin. Aku sendiri pernah halang mereka. Beritahu pasal bahayanya keluarga Fujiwara. Tapi, mereka tetap dengan keputusan mereka. Mereka kata susah senang mereka bersama. Kalau sesuatu terjadi pada mereka, mereka akur dan redha dengan takdir," kata Ayden, lembut.

Nada suara Ayden lembut seakan-akan ingin memujuk Yasmin yang masih lagi payah untuk menerima Aryan sebagai tunang Aifa.

Riak wajah Yasmin berubah. Dia kembali teringat akan bahayanya keluarga Fujiwara itu.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now