Bab 43

1.6K 82 71
                                    

BERITA TERKINI!

Kami dimaklumkan bahawa pewaris kepada empayar Fujiwara, Fujiwara Takumi baru sahaja mengalami kemalangan. Kereta yang dinaikinya telah dilanggar oleh sebuah kereta yang tiba-tiba hilang kawalan.

Difahamkan kereta mewah yang dinaiki oleh Fujiwara-sama terbakar di tempat kejadian. Proses pemadaman api telah giat dijalankan bagi menyelamatkan Fujiwara-sama. Pihak kami cuba mendapatkan respon daripada pasukan penyelamat.

Sila tunggu kerana kami akan membawakan berita ekslusif perkembangan kemalangan tersebut.

Suara pembaca berita memenuhi ruang rehat itu. Suasana muram menyelubungi ruangan itu.

Tuan Ammar dan Puan Akane masing-masing berwajah muram apabila mendengar berita itu melalui televisyen yang terpasang sejak 5 jam yang lalu. Sudah 5 jam berlalu apabila mereka menerima panggilan daripada pihak berkuasa bagi memaklumkan apa yang berlaku.

Tuan Ammar melepaskan nafasnya kasar. Dia pandang isterinya yang sedang menahan air matanya daripada menitis.

"Apa sebenarnya yang berlaku, abang? Takkan kita akan kehilangan seorang lagi anak kita? Aryan baru sahaja tinggalkan kita 3 bulan lepas," ucap Puan Akane, sayu.

Tuan Ammar genggam erat tangan isterinya. "They are trying to figure out, dear. Sabarlah. Ayden akan baik-baik sahaja," pujuk Tuan Ammar.

Namun, kata-kata yang diucapkan itu tidak dapat meyakinkan isterinya. Malah, dia juga tidak pasti dengan kata-katanya.

Tiba-tiba, kedengaran beberapa orang pekerja rumah itu menyapa Aryana dari jauh.

Tuan Ammar pandang Puan Akane.

"Yana dah tahu," kata Puan Akane.

Tuan Ammar mengangguk. "Mesti dia tahu daripada berita."

Sekali lagi, keluhan berat terhambur daripada Tuan Ammar. Dia meraup-raup rambutnya.

"Papa, apa yang berlaku ni?" kata Aryana yang tiba-tiba muncul di ruang tamu rumah Fujiwara itu.

"Macam mana dengan abang Eden? Sya dah tahu?" soal Aryana, bertalu-talu. Riak wajahnya cemas apabila mengingatkan keadaan abangnya yang seorang itu.

Tuan Ammar pandang Aryana yang sedang gelisah itu.

"Papa!" panggil Aryana apabila Tuan Ammar hanya berdiam diri.

"Tahu pun kamu risau pasal abang kamu? Selama 3 bulan ni, ada Yana bercakap atau bertanya khabar tentang Eden?" tempelak Tuan Ammar.

"Anata (Dear)! Jangan marahkan Yana. She's innocent," kata Puan Akane.

Tuan Ammar hanya menghembus nafas kasar.

"Akane, Yana patut sedar bahawa tindakannya tu salah. Ryan meninggal bukan kerana Eden. Dia patut terima takdir yang Allah dah tetapkan. Ini tak! Dia salahkan Eden yang dah berusaha keras untuk lindungi keluarga kita," kata Tuan Ammar.

Aryana terdiam. Dia terkedu apabila mendengar teguran Tuan Ammar itu.

"But, now is not the right time to talk regarding this matter. Keadaan Eden lebih penting, Ammar," kata Puan Akane.

Tuan Ammar angguk. "Yes, Eden's safety is the most important. Mereka cuba untuk dapatkan kepastian daripada pihak sana. Orang-orang Eden berusaha untuk mencari Eden," katanya sambil meraup-raup wajahnya.

"So, abang Eden still tak dapat dikesan? Adakah dia berada dalam kereta yang terbakar tu?" soal Aryana.

"Minta dijauhkan, Yana. Please jangan doakan perkara itu terjadi," ucap Puan Akane sambil matanya mencerlung ke arah Aryana.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now