Bab 33

787 63 19
                                    

Yasmin melangkah lemah menuju ke arah dewan pembedahan yang lampunya masih merah menandakan pembedahan masih lagi berjalan. Dia nampak wajah ahli keluarganya yang suram.

"Isya," tegur Hanif apabila nampak kelibat adiknya itu.

Yasmin senyum hambar. Dia melangkah ke arah ahli keluarganya perlahan. Ibunya terus pegang tangan Yasmin, meminjam kekuatan daripada anak perempuannya itu.

"Mana keluarga Fujiwara?" soal Yasmin apabila tidak nampak kelibat ahli keluarga Fujiwara itu.

"Mereka pergi uruskan jenazah arwah Ryan," beritahu ayahnya.

Yasmin angguk kepala. Dia ambil tempat di sebelah ibunya. Kepalanya dilentokkan di bahu ibunya. Puan Sri Mahani mengusap-usap lembut pipi anak perempuannya.

"Kita doa supaya Ifa kuat, ya, Isya," kata Tan Sri Hashim, lembut.

Yasmin hanya angguk kepalanya. Matanya memandang ke arah pintu bilik pembedahan itu. Dia memikirkan apa yang yang patut dia lakukan sekiranya Aifa tidak dapat diselamatkan seperti Aryan.

Tiba-tiba dia berasa sebak. Dia gigit bibirnya, menahan esakannya. Dia tidak mahu keluarganya nampak dia lemah. Cukuplah tadi dia sudah menangis keseorangan.

Suasana sunyi menyelubungi keluarga mereka walaupun kedengaran bunyi riuh kakitangan hospital sibuk merawat pesakit-pesakit yang datang ke hospital.

"Mana ahli keluarga saya?" soal Ayden yang tiba-tiba muncul di hadapan mereka sekeluarga.

Yasmin angkat kepalanya, memandang Ayden yang tenang di hadapannya. Tiada lagi Ayden yang lemah sepertimana yang dia lihat sebentar tadi. Langsung tiada tanda-tanda Ayden pernah menangis.

"Mereka pergi uruskan jenazah Aryan," jawab Hanif, perlahan.

Ayden angguk kepalanya. Kemudian, matanya beralih memandang pintu dewan bedah itu. Dia sempat mendoakan supaya Aifa kuat untuk menempuhi semua ini.

Mata Yasmin tidak lepas daripada memerhati pemuda di hadapannya itu. Bergenang air matanya apabila mengenangkan Ayden itu. Kagum bercampur sayu apabila melihat Ayden yang berjaya menyembunyikan perasaan lemahnya itu.

Kalau dia tidak melihat sendiri bagaimana lemahnya Ayden seketika tadi, mungkin dia juga akan berfikiran bahawa Ayden tidak mempunyai perasaan simpati.

Adiknya, Aryan baru sahaja menghembuskan nafasnya. Tetapi, Ayden tetap menayangkan muka bekunya kepada orang sekelilingnya.

Yasmin mengeluh.

Ayden yang mendengar keluhan Yasmin terus berkalih. Matanya jatuh pada wajah Yasmin. Mata mereka berlaga. Masing-masing merenung, mencari sesuatu di sebalik mata mereka.

Akhirnya, Ayden mengalah dahulu. Dia berkalih memandang Tan Sri Hashim. "Saya pergi cari keluarga saya dahulu ya," ucap Ayden sambil meminta diri daripada situ.

Tan Sri Hashim angguk. Dia kenal anak muda di hadapannya itu. Dia pernah berjumpa beberapa kali dengan Ayden, menguruskan urusan syarikat. Kagum dia melihat Ayden yang begitu berkaliber walaupun dia masih muda lagi.

"Mereka ada di bilik mayat. Hanif, bawakan Ayden ke bilik mayat. Nanti uruskan penghantaran jenazah Aryan ke rumah kita. Ayah dah call orang kita untuk uruskan apa yang patut," kata Tan Sri Hashim, lembut.

Hanif yang bersandar di dinding akur akan arahan ayahnya. "Call me if Ifa done with her operation," pinta Hanif.

Tan Sri Hashim angguk.

Hanif menepuk bahu Ayden lalu mengajaknya. "Jom, aku tunjukkan tempat tu," ajak Hanif.

Ayden angguk. Langkahnya diatur mengikut langkah Hanif yang sudah berjalan meninggalkan kawasan dewan pembedahan itu. Namun, matanya sempat memandang ke arah Yasmin yang muram wajahnya.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now