Double update
~~~~
BAM! Kedengaran pintu ditutup dengan kuat. Seorang lelaki melangkah masuk ke dalam bilik itu dengan perasaan marah. Pertemuannya dengan kenalan lamanya menjentik kotak memorinya yang tersimpan kemas di suatu sudut tersorok.
"Ayden Takumi. Yasmin Nuraisya," nama rakan lamanya itu meniti mulut Ren.
Ren menghempaskan badannya di atas sofa yang sememangnya ada di dalam bilik itu.
Ayden Takumi adalah kenangan silam yang pahit. Manakala, Yasmin Nuraisya adalah kenangan yang manis.
"DAMN!"
"Kenapa mereka mesti muncul dalam hidup aku?" ucap Ren.
Ren meramas-ramas rambutnya, menahan perasaannya. Dia tahu orang atasannya pasti mengetahui keberadaan Ayden dan Yasmin di situ. Hubungan antara Yasmin dan Ayden telah disahkan. Pasti, orang atasannya akan mengambil langkah seterusnya.
Nampaknya, akan beberapa nyawa akan melayang. Bibir Ren menyenget sedikit. Dia senyum sinis.
"Ayden Takumi, hutang nyawa dibayar dengan nyawa. Wait for me," kata Ren, perlahan.
"Tapi, kenapa kau perlu libatkan my little red dalam hal ni? Yasmin Nuraisya tak sepatutnya ada dalam hal ni," bisik Ren. Matanya terpejam. Terimbau wajah manis Yasmin yang berselang seli dengan wajah kanak-kanak Yasmin.
"My little red," ucap Ren, perlahan. Di bibirnya, sebuah senyuman terukir. Senyumannya itu nampak ikhlas di bibirnya berbanding senyumannya sebelum ini.
Dia berkenalan dengan Yasmin selepas ibu bapanya berjaya menyelamatkannya daripada sindiket itu. Ibu bapanya yang merupakan Duta Jepun ke Malaysia telah membawanya ke Malaysia. Mereka mahu melindungi Ren yang pada ketika itu sedang berada dalam keadaan trauma.
Keadaan mental Ren agak teruk walaupun kesan-kesan fizikal akibat penculikan itu sudah hilang. Yasminlah yang berjaya menariknya keluar daripada dunia gelapnya. Dia menganggap Yasmin sebagai cahaya yang menyuluh hidupnya yang kelam.
Namun begitu, perkenalan mereka amat singkat. Ibu bapanya kembali dipanggil pulang ke Jepun. Episod gelapnya yang dia sangkakan sudah berakhir tiba-tiba datang menyapanya. Seluruh ahli keluarganya terbunuh hanya kerana dia bebas daripada cengkaman sindiket itu.
Ayden yang pernah menjadi mangsa sepertinya masih selamat. Keluarga Ayden tidak dibunuh seperti keluarganya. Wajah Ayden terpampang di dada-dada akhbar sebagai pewaris keluarga Fujiwara. Dia benci melihat gambar-gambar tersebut.
Beberapa kali dia cuba melarikan diri daripada sindiket itu. Namun, tidak berjaya. Akhirnya, dia akur. Dia tidak akan berjaya melarikan diri daripada sindiket itu. Dia cemburu dengan Ayden yang mempunyai keluarga yang berkuasa di Jepun. Yang boleh melindunginya.
Kedengaran dengusan kasar keluar daripada mulut Ren itu. Dia meramas-ramas rambutnya.
"Little red kenal Fujiwara Ayden Takumi. Mana mungkin mereka akan lepaskan Yasmin begitu sahaja. Kau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Yasmin, Ochiai Ren. So, forget her!" ucap Ren, kasar.
Dia sudah membuat keputusan. Keputusan untuk tidak masuk campur sekiranya Yasmin diapa-apakan oleh sindiket itu. Lagipun, nyawanya sendiri berada di hujung tanduk. Dia sendiri tidak tahu sama ada dia akan hidup lama ataupun tidak.
Kepala Ren beberapa kali mengangguk, mahu menegaskan bahawa keputusannya itu betul. Tapi, hatinya berat. Betulkah keputusan yang diambilnya itu?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
YOU ARE READING
Aku Milik Kamu
RomanceYasmin Nuraisya seorang pelajar Malaysia yang baru sahaja selesai pengajiannya di Universiti Tokyo telah mengambil keputusan untuk bekerja separuh masa di syarikat rakannya, Aryana Harumi. Dari situ, Yasmin berkenalan dengan abang Aryana, Ayden Taku...