“Z, ikut aku,” ujar Ayden pada Zaquan yang sedang mengemas barang-barangnya di ruang kerjanya. Tanpa memandang Zaquan, Ayden berjalan menuju ke arah bilik Ryoko yang berada di penjuru bahagian IT itu.
Yasmin yang mengikut di belakang Ayden terus menuju ke arah tempat kerjanya.
Ayden langsung tidak mempedulikan Yasmin yang terus menuju ke ruangan kerjanya.
Yasmin terus mengemaskan barang-barangnya. Setelah selesai, dia duduk di kerusinya, menunggu Ayden yang masih berbincang dengan Ryoko dan Zaquan. Beberapa staf di bahagian itu sudah pulang. Suasana sunyi menyelubungi pejabat itu.
Yasmin terus mencapai telefon pintarnya lalu membuka applikasi whatappsnya.
‘Abang kau ada kat pejabat. Dia tertidur,’ taip Yasmin lalu menghantar kepada rakan baiknya.
Tidak berapa lama, mesej Yasmin dibalas oleh Aryana.
‘Thanks. Macam mana keadaan dia?’ soal Aryana.
‘Aku tengok dia pucat je. Nampak sakit,’ beritahu Yasmin.
‘Jun tiada ke?’ soal Aryana lagi.
‘Takde. Abang kau cakap dia ada hal yang perlu diselesaikan,’ balas Yasmin.
Aryana mengambil masa yang lama untuk membalas mesej daripada Yasmin itu. Sambil menunggu Aryana membalas mesejnya, Yasmin membuka laman Instagramnya. Dia cuba mencari Instagram Ayden namun hampa apabila tidak menemuinya.
‘Abang kau takde Instagram ke?’ soal Yasmin apabila dia tidak mendapat jawapan daripada Aryana.
‘Nope. Dia memang tiada Instagram or any social media,’ balas Aryana.
‘Kau balik dengan siapa?’ soal Aryana lagi.
‘Dengan abang kau. Dia paksa aku,’ jawab Yasmin.
Emoji orang ketawa dihantar oleh Aryana.
Ayden tiba-tiba keluar daripada bilik Ryoko. “Let’s go, Yasmin,” ucap Ayden sambil berjalan menuju ke arah lif.
Yasmin yang mahu membalas mesej daripada Aryana terus berdiri, mengikut langkah Ayden.
‘Abang kau dah keluar. Nanti kita chat lain,’ balas Yasmin, cepat-cepat sambil mengambil beg tangannya lalu mengikut Ayden.
“Takumi,” panggil Ryoko yang turut mengikut keluar daripada biliknya.
Langkah Ayden dan Yasmin terhenti. Mereka berdua terus berkalih memandang Ryoko dan Zaquan yang berada di muka pintu bilik Ryoko itu.
“Remember what I have told you,” kata Ryoko.
“Do your own job first, while I’m doing my own job. Tak payah ingatkan aku,” kata Ayden. Di hujung ayatnya, dia menggunakan bahasa melayu.
Mata Yasmin terbuka luas apabila mendengar Ayden berbahasa Melayu dengan Ryoko.
Ryoko yang menyedari Yasmin masih berada di situ terus mengangkat tangannya. “Awak hairan saya boleh berbahasa Melayu, Yasmin-san?” soal Ryoko.
Yasmin mengangguk. “Ya, Kuronuma-san.”
Ryoko senyum. “Panggil saya Ryoko di luar masa pejabat. And ya, saya boleh berbahasa Melayu seperti kamu yang boleh berbahasa Jepun.”
“Yasmin,” panggil Ayden yang sudah berjalan ke arah lif persendiriannya.
Yasmin terus menundukkan badannya sedikit, meminta maaf memandangkan bos besar mereka sudah memanggilnya.
YOU ARE READING
Aku Milik Kamu
RomanceYasmin Nuraisya seorang pelajar Malaysia yang baru sahaja selesai pengajiannya di Universiti Tokyo telah mengambil keputusan untuk bekerja separuh masa di syarikat rakannya, Aryana Harumi. Dari situ, Yasmin berkenalan dengan abang Aryana, Ayden Taku...