Italic - Bahasa Jepun
Yasmin melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat itu. Semua mata terus memandang kelibat Yasmin yang baru melangkah masuk ke dalam bilik itu.
Yasmin terus menundukkan badannya, meminta maaf. “Sumimasen deshita (Saya minta maaf),” ucap Yasmin.
Mata Yasmin bertembung dengan Ayden yang pandangannya tajam menikam muka Yasmin. Yasmin segera menunduk. Sudah 2 minggu peristiwa dia memarahi Ayden itu berlalu.
Sejak peristiwa itu, dia langsung tidak bertembung atau bertemu dengan Ayden langsung. Yasmin seakan-akan ingin mengelak daripada bertemu Ayden.
Tergeleng Ayden melihat telatah Yasmin itu. Kebudak-budakan bagi pendapatnya.
“Continue,” kedengaran suara Ayden memberi arahan.
Perbincangan antara kakitangan mesyuarat itu kembali bersambung. Yasmin terus berjalan mendekati ketuanya yang berada di sebelah kanan bilik mesyuarat itu. Dia mengambil tempat di kerusi yang tersedia di belakang ketuanya, Kuronuma Ryoko.
“Kuronoma-san, ada sesuatu berlaku. Our system has been hacked by someone,” beritahu Yasmin, perlahan.
Ryoko yang mendengar kata-kata Yasmin terus berkalih memandang Yasmin. Dia meminta Yasmin menyambung kata-katanya.
“Our people sedang cuba membaiki balik holes yang dibuat oleh hacker tu. Situasi sekarang sudah terkawal,” beritahu Yasmin.
“What did they take?” soal Ryoko.
Mata Yasmin jatuh pada Ayden yang sedang tekun mendengar perbincangan antara kakitangannya itu. Ayden yang merasakan Yasmin memandangnya terus berpaling, membalas pandangan Yasmin.
Ayden angkat sedikit kepalanya, menyoal Yasmin. Yasmin terus menggelengkan kepalanya. Perhatiannya kembali kepada pembentangan kakitangannya.
Yasmin kembali memandang Ryoko. “It seems they want to get the information regarding Fujiwara-san. So, this is must be a threat towards Fujiwara-san.”
Ryoko mengangguk. Dia terus menulis sesuatu di atas kertas lalu melipatnya.
“Hantarkan nota ni pada Takumi,” Ryoko meminta Yasmin menghantar nota yang ditulisnya kepada Ayden yang masih lagi khusyuk mendengar pembentangan kakitangannya.
Yasmin pandang Ryoko. “You want me to pass this to Fujiwara-san?” soal Yasmin.
Ryoko mengangguk. “Yes. Follow his instruction,” arahnya.
Yasmin memejamkan matanya sebelum membuka mata lalu akur dengan arahan ketuanya. Dia mulai bangun daripada duduknya lalu terus melangkah perlahan ke arah Ayden yang duduk di meja pengerusi mesyuarat itu.
Ayden yang perasan akan langkah Yasmin yang menuju ke arahnya segera mengangguk ke arah Yasmin. Yasmin terus mendekati ke arah Ayden lalu memberikan nota yang ditulis oleh Ryoko itu.
Riak wajah Ayden berubah sebaik sahaja membaca nota daripada Ryoko itu. Dia terus memandang ke arah Ryoko yang sedang memandangnya.
Apabila mendapat kepastian daripada Ryoko, dia terus pandang Yasmin. Dia bingkas bangun.
Terus terhenti pembentangan salah seorang pekerja Ayden. Ayden terus pandang ke arah semua yang ada di situ. Kemudian, pandangannya jatuh pada Ryoko yang memandangnya.
“Teruskan perbincangan. Jun, kau record down semua perbincangan dan semua keputusan, aku akan beritahu apabila aku baca report semua orang. I have something urgent to solve,” ujar Ayden, tegas.
YOU ARE READING
Aku Milik Kamu
RomanceYasmin Nuraisya seorang pelajar Malaysia yang baru sahaja selesai pengajiannya di Universiti Tokyo telah mengambil keputusan untuk bekerja separuh masa di syarikat rakannya, Aryana Harumi. Dari situ, Yasmin berkenalan dengan abang Aryana, Ayden Taku...