Bab 24

904 76 18
                                    

Yasmin duduk bersandar di kepala katil yang besar itu. Dia pandang Ayden dan seorang lelaki yang sejak tadi berada di sisi Ayden. Mereka sedang membincangkan sesuatu dengan doktor yang merawatnya.

Tidak berapa lama kemudian, Ayden dan lelaki itu datang mendekatinya setelah perbincangan mereka selesai. Ayden mengambil tempat di kerusi yang ada di sebelah katil Yasmin itu.

Jeda. Sunyi menyelubungi bilik wad itu.

Yasmin hanya tergeleng. Apabila melihat Ayden yang tiada tanda-tanda ingin memperkenalkan identiti lelaki itu, Yasmin terus berkalih memandang lelaki itu.

"Hai, I'm Yasmin Nuraisya," perkenal Yasmin.

Adam yang masih berdiri di hadapan Yasmin tersenyum. Dia mengangguk. "Saya tahu. Eden beritahu nama awak," jawab Adam.

Riak wajah Yasmin berubah terkejut. "Awak tahu bahasa Melayu?" soal Yasmin.

Adam mengangguk.

"Dia ada darah melayu. Though, his face didn't show it," kata Ayden yang selama ini mendiamkan diri.

"Saya Syed Adam Mikael," perkenal Adam.

"His other name is His Royal Highness Prince Baudouin Adam Marie, a Belgium royalty," sampuk Ayden.

Adam menjeling tajam ke arah Ayden. "Ringan pula mulut kau," sindir Adam.

Ayden angkat bahunya.

Adam tergeleng. Dia kembali memandang Yasmin yang berubah riak. "Just ignore my other identity. Boleh panggil saya Adam je," kata Adam.

Perlahan kepala Yasmin mengangguk. Dia pandang Ayden yang sedang berpeluk tubuh itu.

"Ayah awak, Tan Sri Syed Hassan Badwin kan?" tanya Yasmin, inginkan kepastian.

"Awak kenal keluarga saya?"

Yasmin angguk. "My father, Tan Sri Hashim kenal your family," beritahu Yasmin, pendek.

"So, you're Hanif's sister?"

Sekali lagi, Yasmin mengangguk.

"Kecilnya dunia. Saya kenal dengan abang awak. Dia amat berkaliber. Hebat orangnya," kata Adam.

Yasmin hanya ketawa kecil. Dia mengerling ke arah Ayden yang sejak tadi mendiamkan dirinya.

"Awak ada kawan yang bukan calang-calang orangnya," kata Yasmin.

Ayden tidak menjawab. Matanya masih memandang Yasmin.

Adam tergeleng melihat Ayden yang diam itu. "No lah. Saya cuma orang biasa je," jawab Adam.

"Keadaan awak tak serius. Awak cuma pengsan sebab terkejut sahaja. No injuries. So, tomorrow you'll be discharge," sambung Adam.

Yasmin angguk kepala. "Awak doktor hospital ni ke?" soal Yasmin.

Adam angguk. "Yes, I'm a doctor. Tapi, bukan hospital ni. Kebetulan saya ada conference kat sini. Terserempak pula dengan Eden kat sini."

Yasmin mengangguk. Dia menjeling ke arah Ayden yang masih senyap itu.

Adam senyum apabila melihat tingkah Ayden dan Yasmin itu. Nampak seperti ada yang perkara mustahak yang ingin ditanyakan oleh Yasmin. Adam dapat meneka perkara itu.

"Got to go now. Aku tahu kau dan Yasmin ada perkara penting yang perlu dibincangkan. And, Eden, please. Be honest with Yasmin. She has to know sebab sekarang ni, dia pun dah terlibat," kata Adam sambil menepuk bahu Ayden.

Yasmin terus pandang Adam. "Awak tahu?"

Adam senyum. "I'm his saviour," kata Adam, pendek. Dia tidak memberi penjelasan kepada Yasmin memandangkan Ayden lebih berhak untuk menjelaskan kepada Yasmin.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now