~2nd update~
"Aku terimanya nikah....," kedengaran suara Ayden menyelubungi bilik kadi itu.
Yasmin memandang Ayden yang tenang berjabat tangan dengan Tan Sri Hashim bagi upacara akad nikah itu. Mereka memilih untuk menjalankan majlis akad nikah di pejabat agama sahaja.
Lamunan Yasmin terganggu sebaik sahaja mendengar beberapa orang mengucapkan syukur ke hadrat illahi. Ibunya, Puan Sri Mahani yang berada di sebelahnya memegang erat lengannya.
Nampak mata ibunya berair. Sesekali ibunya mengelap hujung matanya dengan sapu tangan yang dipegangnya.
Yasmin pegang tangan ibunya. Sebaik sahaja dia menyedari bahawa dia sudah sah menjadi isteri Ayden, terus dia memeluk tubuh ibunya di sebelahnya. Air matanya mengalir di pipinya. Teresak-esak dia menangis di bahu ibunya.
"Shh... My daughter, please don't cry. This is your happy day. Tak elok anak ibu ni menangis," kata Puan Sri Mahani.
Yasmin angkat kepalanya daripada bahu Puan Sri Mahani itu. "But, ibu, Ifa tak ada di sisi Isya," kata Yasmin.
Merah mata Puan Sri Mahani apabila mendengar kata-kata anak gadisnya itu. "Ifa tengah lawan sakit dia, sayang. So, please, don't be like this. She won't like it if she sees you like this," pujuk Puan Sri Mahani.
"Lagipun, kita boleh tunjukkan gambar pada Ifa. So, please, keep your smile on your face. Senyum untuk ibu, please, my daughter," kata Puan Sri Mahani, perlahan.
"Ani," panggil Tan Sri Hashim sambil berjalan mendekati isteri dan anak perempuannya itu.
Kelihatan Ayden sedang berdiri di sebelah kiri Tan Sri Hashim. Manakala, Hanif berdiri di kanan ayahnya.
Mata Ayden memandang Yasmin yang sudah merah matanya. Mata mereka bertaut. Lama mereka berkeadaan begitu sehinggalah bahu Ayden dicuit oleh Hanif.
"Tak payah nak pandang-pandang sangat. Nanti kat rumah, boleh sambung. Sekarang ni, nah! Sarung cincin ni pada isteri kau tu," kata Hanif, sempat lagi mengusik pasangan pengantin baru itu.
Ayden hanya senyum. Dia ambil cincin yang diberikan oleh Hanif itu. Matanya kembali terarah ke arah isterinya. Yasmin nampak cantik berbusana baju kurung putih yang ringkas.
"Assalamualaikum, my wife," ucap Ayden lembut.
Yasmin terkelu apabila mendengar suara lembut Ayden itu.
"Jangan tengok je, Isya. Hulur tangan tu, Ayden nak sarung cincin. Lepas ni, kita nak ke hospital pula," ucap Puan Sri Mahani.
Yasmin terus menghulurkan tangannya ke arah Ayden. Ayden mencapai tangan Yasmin lalu menyarungkan cincin ke jari manis isterinya. Kemudian, tangannya diletakkan di atas kepala Yasmin lalu mulutnya terkumat-kamit membacakan sesuatu.
Yasmin hanya membiarkan Ayden meletakkan tangannya di kepalanya. Matanya memandang Ayden yang turut memandangnya. Bibir Ayden terukir sebuah senyuman untuk isterinya.
Yasmin terus tertunduk apabila melihat senyuman yang dilempar oleh Ayden itu. Pipinya memerah menandakan dia malu.
Ayden hanya membiarkan sahaja Yasmin itu. Dia menghulurkan tangannya ke arah Yasmin.
Terus Yasmin angkat kepalanya memandang Ayden. Ayden menggerakkan kepalanya sedikit meminta Yasmin menyambut hulurannya.
"Salam tangan suami Isya tu," arah Tan Sri Hashim apabila melihat Yasmin yang terpinga-pinga itu.
Yasmin terus menyambut salam yang dihulurkan oleh Ayden itu. Dia terus mencium tangan suaminya. Ayden angkat tangannya mengusap kepala Yasmin itu. Kemudian, tangannya memegang dagu Yasmin lalu diangkatnya. Mata merea bersabung.
YOU ARE READING
Aku Milik Kamu
RomanceYasmin Nuraisya seorang pelajar Malaysia yang baru sahaja selesai pengajiannya di Universiti Tokyo telah mengambil keputusan untuk bekerja separuh masa di syarikat rakannya, Aryana Harumi. Dari situ, Yasmin berkenalan dengan abang Aryana, Ayden Taku...