Bab 32

1K 81 44
                                    

'Isya, Ifa dengan Ryan accident. Mereka sekarang ni dalam dewan bedah.'

Jantung Yasmin bagaikan terhenti seketika apabila mendapat mesej daripada ibu mereka. Sekarang ni, dia dalam perjalanan ke hospital. Dia dan Ayden baru sahaja mendarat di Malaysia lalu terus menaiki kereta keluarga Ayden menuju ke hospital yang menempatkan Aifa dan Aryan.

Yasmin menahan air matanya daripada jatuh di pipinya.

"Don't worry, Yasmin-san. Both of them will be okay," kata Ayden, lembut.

Yasmin angkat kepalanya. Dia pandang Ayden. "Ifa dengan Ryan akan okay kan?" tanya Yasmin, minta kepastian.

Ayden mengangguk.

Yasmin angguk. Namun, dia tidak putus-putus menyebut nama kembarnya itu. "Ifa akan okay. Ifa kuat. Dia akan okay," berulang kali Yasmin mengucapkan perkataan itu. Dia berdoa agar adik kembarnya itu selamat. Dia tahu dia takkan sempurna kalau adiknya pergi meninggalkannya.

"Tuan Ayden dan Cik Yasmin, kita dah sampai," ucap pemandu keluarga Ayden itu.

Yasmin dan Ayden segera mengangguk. Yasmin bergegas keluar daripada kereta itu tanpa menunggu Ayden. Dia mahu berada di sisi kembarnya.

Dia terus melangkah ke arah dewan bedah hospital itu. Ibunya sudah memberi arah tuju kepadanya.

Langkah Yasmin terhenti apabila melihat ibu yang sedang menangis. Ayah dan abangnya sedang memujuk ibu mereka, Puan Sri Mahani supaya bersabar.

Perlahan-lahan Yasmin melangkah ke arah mereka. Keluarga Ayden turut berada di situ. Kebetulan mereka berada di Malaysia bagi menguruskan majlis perkahwinan antara Aifa dan Aryan yang hanya tinggal seminggu lebih sahaja untuk dilangsungkan.

Apabila Yasmin dan Ayden mendapat berita musibah itu, mereka berada di London atas urusan kerja mereka. Terus Ayden memanggil pesawat peribadi milik keluarga Fujiwara untuk mereka pulang ke Malaysia.

Abangnya, Hanif Aiman menyedari kehadiran Yasmin di situ. Abangnya segera menerpa ke arah Yasmin yang sedang menahan air matanya daripada jatuh.

Hanif memeluk tubuh adiknya. "I'm sorry, dik. Ifa..,"

Yasmin menganggukkan kepalanya. Dia menahan tangisannya dengan menggigit bibirnya.

"Menangis la, dik. Please, jangan diam macam ni," pinta Faris.

Yasmin memandang kosong ke arah Hanif. Hanif terkedu apabila melihat mata Yasmin yang kosong tanpa perasaan. Yasmin yang ada di hadapannya ini bukan Yasmin yang dia kenali. Hanif memeluk erat Yasmin.

"Isya, walau apapun yang terjadi, abang sentiasa ada untuk Isya. Ibu dengan ayah pun sama. Please, ingat tentang tu," kata Hanif, lembut, sambil mengusap-usap kepala adiknya.

Yasmin menganggukkan kepalanya. Dia menyembamkan mukanya ke dada sasa abangnya itu. Setitik air matanya jatuh. Dia segera menyeka air matanya. Dia tidak mahu orang melihatnya lemah. Ibu dan ayahnya perlukan sokongan daripadanya.

Puan Sri Mahani dan Tan Sri Hashim menyedari kehadiran anak gadis mereka lalu mendekati Yasmin.

Puan Sri Mahani memeluk erat Yasmin. Dia menangis teresak-esak. Yasmin hanya membalas pelukan ibunya itu. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Sekiranya dia bersuara, dia tidak pasti suaranya akan jelas.

"Isya, apa yang ibu patut buat? Ifa, Isya. Ifa..," ngongoi Puan Sri Mahani.

Yasmin tahan sebak. Dia hanya diam sambil memeluk erat ibunya. Dia sendiri hilang arah apabila mendengar berita itu. Dia tidak tahu perkataan yang sesuai untuk memujuk ibunya kerana dia sendiri tidak mampu memujuk hatinya yang sedang berduka itu.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now