Part 27

71 19 36
                                    

Chanyeol tercungap-cungap sampai di hadapan rumah Wendy setelah berjam-jam berlari. Dia berpaut pada dinding, cuba untuk tidak pengsan. Wendy yang keluar dari rumah untuk membuang sampah terkejut melihat kehadiran Chanyeol.

Tiba-tiba, Chanyeol menerpa kearah Wendy sehingga membuat gadis itu terperanjat. Tak sengaja, Wendy tertampar Chanyeol dengan plastik sampah sehingga membuat Chanyeol jatuh terguling-guling diatas tanah.

"Alamak! Chanyeol!" teriak Wendy. Plastik sampah dilempar kearah tong sampah yang berada 100 meter di hadapan sana.

Goal!

Wendy terus mencangkung dan membantu Chanyeol untuk berdiri. Wajah Chanyeol dilap menggunakan hujung lengan hoodienya.

"Chanyeol-ah, gwenchana?" tanya Wendy, khawatir. Chanyeol mengangguk. Nasib baiklah plastik sampah Wendy itu tidak berair.

Chanyeol secara melulu memeluk Wendy dengan erat. Gadis vampires itu terkedu. Rasa seperti dalam k-drama sahaja.

Neoui ddu nunneul kameulmyeon

Eh, salah drama.

"Chanyeol?"

"Wendy-ah, kau boleh halau aku sekejap lagi tapi tolonglah dengar dulu apa yang aku nak cakap," rayu Chanyeol. Wendy sebenarnya tak ada niat pun nak menolak pelukan itu.

Yang ada, dia makin suka.

"Cakap pasal apa?"

"Sehun."

Wendy terkejut. Sehun ada cederakan Chanyeol ke? Baru dia nak memeriksa keadaan Chanyeol, lelaki itu mengeratkan lagi pelukan. Mungkin dia sangka Wendy tak mahu bercakap tentang Sehun.

"Wendy, dengar dulu!" tegas Chanyeol.

"Aku tahu kau sayang Sehun, tapi sedarlah Wen! Dia tipu kau!" beritahu Chanyeol bersungguh-sungguh. Belakang Wendy diusap perlahan supaya dia bertenang.

"Tipu saya?"

"Kau sebenarnya dah dijadikan perempuan simpanan! Putuslah demi kebaikan kita bersama! Sehun tu dah ada perempuan lain! Aku nampak dia pergi keluar dengan perempuan lain sambil berganding tangan!" cerita Chanyeol. Wendy yang dapat mengagak siapa wanita itu kembali tenang.

Dia melepaskan pelukan Chanyeol kemudian menayangkan wajah tenangnya. Chanyeol kelihatan sedih sekali sampaikan matanya berair.

"Chanyeol, saya dah tahulah," balasnya. Chanyeol nampaknya kebingungan.

"Kau dah tahu dia tipu kau?"

"Bukan. Sehun memang dah ada tunang. Dah lama dah saya tahu. Saya pun bukan girlfriend dia. Kami sekadar rakan sekerja je," jelasnya. Rahang Chanyeol hampir longgar.

Yang dia berlari berjam-jam kerana tak ada duit nak naik bas, cuma untuk disia-siakan seperti ini? Lututnya melemah.

"Ta—tapi korang dah rapat— dia cium kau?"

"Betul. Tapi saya tak suka dia pun. Anggaplah kejadian tu cuma salah faham. Jangan cakap awak datang sini berpeluh-peluh macam ni cuma untuk beritahu benda ni?"

Krik. Krik.

Wendy menekup mulutnya. Dia tak sangka Chanyeol setekad ini. Terus dia mengelap peluh yang mengalir di dahi Chanyeol dengan jarinya.

"Aigoo. Mianhae, Chanyeol-ah. Awak mesti penat," ujar Wendy, kesian. Dia menyisir rambut Chanyeol yang sedikit kusut itu. Chanyeol menatap Wendy, seolah-olah terpukau dengan gadis itu.

"Wen, haritu kan.. kita.."

"Saya minta maaf pasal tu. Bukan niat saya nak bocorkan hal tu. Tapi saya terpaksa. Saya akan ceritakan tapi bukan sekarang. Ka—kalau awak nak datang tinggal balik dengan saya pun boleh," terang Wendy, sedikit gementar sekarang.

"Tak apa lah. Risau kalau perempuan tu datang dia marah," tolak Chanyeol.

"Siapa? Juyeon?"

"Bukan. Sehun tu lah."

Wendy mengerutkan dahinya. Pelik-pelik sungguh nama gelaran yang diberikan oleh Chanyeol.

Wendy secara tiba-tiba mendekat ke wajah Chanyeol, dan berhenti saat bibir mereka hampir bersentuhan. Chanyeol terkedu. Dia menelan liurnya, gugup dek kerana Wendy.

Baru sahaja bibirnya ingin dimuncungkan agar dapat mencium gadis itu, pertanyaan Wendy membuatkan mood Chanyeol hilang.

"Awak makan hotdog curi lagi eh?" soalnya.

"Mwo?! Mana ada. Kenapa cakap macam tu?"

"Sebab ada bau haram keluar dari situ."

krek! Roh Chanyeol menghilang dari jasad.

"Yang haram tu kalau kau dah beri harapan tapi ternyata palsu," balas Chanyeol. Wendy ketawa.

"Macam baru putus cinta je— eh, maaf." ujar Wendy, tidak sedar dengan apa yang dia katakan. Chanyeol menggeleng perlahan.

"Bukan salah kau. Hubungan aku memang dah hancur lama dah. Kau cuma nak bantu aku je," kata Chanyeol. Mereka berdua bangun sedari duduk bersimpuh di tepi jalan.

Chanyeol membantu membuang kotoran pada baju dan seluar Wendy.

"Awak tinggal dekat mana sekarang?" tanya Wendy, risau.

"Ada pakcik bagi aku tumpang. Kau jangan risau lah," jawab Chanyeol. Wendy nampak sedikit sedih sekarang.

"Ye ke. Baguslah," balasnya, tidak ikhlas.

"Kau sedih ke aku ada tempat nak tinggal?"

"Aniyo. Cuma saya sunyi je. Selalunya bergaduh dengan awak kalau awak ada."

Chanyeol rasa seperti ingin mencubit-cubit pipi Wendy sekarang. Comel sangat. Macam girlfriend yang tak mahu berpisah dengan boyfriend.

"Kalau kau nak, aku boleh je datang selalu."

"Kenapa tak tinggal terus?"

Chanyeol tidak dapat menjawab soalan tersebut. Tak mungkin dia beritahu Wendy hal sebenar.

"Aku nak berdikari dan cari kerja. Aku nak fokus menjadi lelaki yang lebih baik sekarang."

"Awak takut Sehun datang dan saya akan halau awak sekali lagi kan?"

Krek! Chanyeol tersedak.

"A—aniyo!! Walaupun adalah sikit sakit masa kau halau aku, tapi bukan sebab si Sehun tu eh!" dalih Chanyeol.

"Tak apa kalau awak tak nak tinggal sini lagi. Lagipun, saya tak nak awak bergaduh dengan Sehun. Awak lapar tak? Saya ada beli makanan tapi saya tak pandai nak masak," tawar Wendy.

"Makanan?"

"Awak suka makan kan? Saya beli banyak daging. Jom lah masuk?" ajaknya. Chanyeol tak dapat menolak. Mana mungkin dia tak mahu memakan daging.

"Untung kan siapa jadi suami kau. Selalu dapat makan mewah-mewah macam ni," ujar Chanyeol. Wendy cuma mampu tersenyum.

'Untung. Tapi kalau bukan awak, saya tak nak kahwin.'

to be continued


Happy Wendy Day 💙

Happy Wendy Day 💙

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
(C)Vampire and Thief |Wenyeol|Where stories live. Discover now