Part 36

63 16 13
                                    


Wendy memerhati Sehun yang sejak tadi asyik mengekori dia saat memeriksa pesakit. Gadis itu berasa sedikit jengkel dengan Sehun yang mencuri dengar perbualan antara dia dan pesakit. Tapi dia cuba bersabar dan bersikap profesional di hadapan pesakit.

"Doktor, boleh tak kalau saya nak keluar sekejap? Takkan nak ambil angin dekat luar pun tak boleh?" soal salah seorang pesakit. Wendy kembali fokus kepada pesakitnya itu.

"Maaf. Kaki awak tak berapa elok lagi. Bersabar ya?" balasnya lalu menepuk bekas kaki yang telah disimen itu. Pesakit itu menjerit kecil tetapi suaranya mahu tidak mahu sahaja keluar.

Wendy tersenyum lantas beredar. Sampai di koridor, Wendy berhenti secara mengejut. Dia berpusing ke belakang, melihat Sehun yang turut sama berhenti.

"Ketua nak apa?" soalnya.

"Kita perlu berbincang, Wen," ujar Sehun. Wendy mengeluh perlahan.

"Pasal apa? Boleh cakap sekarang? Saya tak ada masa," ujar Wendy, malas melayan Sehun.

"Boleh kita pergi tempat tersorok sikit? Aku tak nak orang lain dengar," pinta Sehun.

"Tak ada orang dengar. Kita je ada dekat sini. Cakaplah," pintas Wendy. Sehun menarik nafas sedalam-dalamnya dan dengan ragunya berkata.

"Pulangkan lejar tu?" pintanya. Wendy mengerutkan dahi.

"Apa?"

"Wen, tak ada masa lagi. Kita kena ambil balik lejar tu sebelum sesuatu buruk terjadi. Tolonglah, minta dengan Chanyeol," rayu Sehun. Wendy menatap Sehun dengan tatapan tidak peduli.

"Minta sendiri," balasnya acuh tidak acuh.

"Wendy kau tak faham. Lejar tu penting. Kalau jatuh dekat tangan orang jahat—"

"Tak dengar ke? Saya cakap pergi ambil sendiri kan? Saya tak nak terlibat lah dengan permainan ketua. Tapi satu je saya nak ingatkan, jangan sentuh Chanyeol," Wendy memberi amaran.

Badannya berpusing dan terus meninggalkan Sehun. Dia tidak peduli lagi dengan apa-apa yang diberitahu Sehun. Sehun memanggil Wendy tetapi gadis itu mengabaikannya.

Lelaki itu risau. Dia menyisir rambutnya ke belakang lalu bercekak pinggang. Bagaimana dia nak suruh Wendy mencuri lejar itu?

Beberapa hari berlalu tapi Wendy tetap tidak mempedulikan Sehun. Berkali-kali Sehun cuba untuk bercakap dengan Wendy tetapi gadis itu sentiasa dapat melarikan diri. Dia melihat Chanyeol yang sentiasa datang untuk menjemput Wendy pulang dari hospital.

Lelaki itu nampak ceria dan masih tidak sedar apa yang bakal dihadapinya tak lama lagi. Sehun menggigit bibir bawahnya, buntu.

Saat itu, Sehun tidak tahu bahawa Jungkook turut sama mengekori Chanyeol meski dari jauh. Rancangannya berjalan lancar.

...

Hotel Translivania. Wendy turun daripada kereta dengan memakai gaun merah singkat yang sesuai tema dengan makan malam. Gadis itu turut sama memakai kaca mata dan membawa dompet mahal.

Kakinya menuju masuk ke hotel mewah tersebut, disambut oleh penyambut tetamu yang nampaknya sudah mengecam dirinya. Dia dibawa ke restoran hotel.

Wendy mencari kelibat Juyeon yang nampaknya sedang duduk bersebelahan tingkap. Gadis itu memakai gaun hitam yang menonjolkan aura seksinya. Wendy tersenyum pendek.

Dia mendekati meja Juyeon, menyapa gadis itu. Juyeon merenung Wendy dan terus mengukir senyuman palsunya.

"Maaf lambat," ujar Wendy. Kaca matanya dilepaskan. Juyeon berdecit.

"Berani kau buat aku tunggu seminit lewat," balasnya dan mereka sama-sama tertawa. Wendy memandang ke kerusi sebelah Juyeon.

Ada sepasang jaket milik lelaki tersidai di sana. Sebelah keningnya terangkat.

"Kau tak cakap pun dinner kali ni kena bawak partner?" soal Wendy. Juyeon menoleh ke tepinya.

"Ah, maaf. Boyfriend aku tak benarkan aku keluar sendiri lepas tahu aku mengandung. Faham-faham lah, over protective. Aku dah bagitahu kau perempuan pun dia tak benarkan jugak. Katanya perempuan pun ada potensi untuk rampas aku dari dia," ujar Juyeon sambil tersenyum sinis.

Perutnya diusap perlahan. Giliran Wendy pula berdecit.

Mereka disapa pelayan yang membawakan wain untuk dihidang. Sementara itu, Wendy memerhati sekitar. Hanya ada mereka dan beberapa orang pengunjung sahaja.

"Sunyinya malam ni," ujarnya, pelik. Juyeon mengangguk perlahan.

"Malam minggu."

"Ya malam minggu la sepatutnya sibuk."

"Apa aku peduli? Kita datang nak makan bukan diorang bayar," balas Juyeon. Wendy berfikir apa yang Juyeon katakan itu benar juga.

Saat itu, seorang lelaki datang mendekat dan duduk di sebelah Juyeon. Tangannya melingkar di bahu Juyeon lantas mencium pipi dan bibirnya dengan mesra. Mata Wendy terbeliak.

Dia dapat melihat aksi tersebut secara percuma. Wendy berpura-pura batuk untuk menghentikan acara suci tersebut.

Juyeon dan teman lelakinya itu berhenti dan tersenyum sesama sendiri.

"Wendy, ini Jungkook, teman lelaki aku. Kookie, ini Wendy yang saya cerita," ujar Juyeon. Jungkook menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Ini ke Wendy? Sayang awak tak cakap pun dia se-hot macam ni. Nasib baik saya datang sekali. Selamat awak daripada kena rampas," ujar Jungkook.

Wendy menyambut tangan Jungkook.

"Don't worry. saya tak tertarik dengan perempuan," balas Wendy.

"Tak cakap yang Juyeon pun tak," balas Jungkook sambil mengerdipkan matanya. Mata Wendy terbeliak sekali lagi.

"Haha. Dia bergurau je. Kau jangan risau lah. Kalau aku suka pun, yang pasti bukan kau," kata Juyeon. Wendy menghela nafas lega.

"Please don't," kata Wendy perlahan.

"Saya ada dengar banyak benda pasal awak, Cik Wendy," kata Jungkook.

"Iya ke? Juyeon beritahu?" soal Wendy, tertanya-tanya. Jungkook menggeleng.

"Daripada ramai orang. You're quite interesting," ujar lelaki itu.

"Interesting macam mana?" Wendy tidak faham dengan apa yang Jungkook cuba katakan.

"Awak nampak naif," balasnya. Wendy berkerut. Juyeon pula tenang sahaja meneguk wainnya.

"Kita.. tak nak order lagi ke?" Wendy cuba untuk mengelak daripada berborak lagi dengan Jungkook.

Juyeon meletakkan gelas wainnya dan tersenyum.

"Tak perlu."

"Okey. Kalau macam tu, wain lagi?"

"No need. Kau pun tak cukup," kata gadis itu dengan aura gelap di sekelilingnya.

Belum sempat Wendy ingin bertanya, secara tiba-tiba sekelilingnya bergegar seperti gempa bumi. Juyeon dan Jungkook tenang memerhati Wendy yang panik.

Sekeliling hotel berubah menjadi sebuah chamber emas yang besar. Kerusi Wendy terundur ke belakang dan tangannya diikat dengan tali.

"Juyeon! Apa semua ni?!" teriak Wendy.

"Kalau kau tak dapat serahkan lejar tu kepada kami, tak salah kan bawa Chanyeol ke sini sekali."

Gadis itu ketawa seperti orang gila. Wendy masih tidak faham dengan apa yang sedang berlaku.

"Selamat datang ke syurga, Son Wendy. Ready to see god?"

to be continued

Sorry lama tak update.

Kim nak bagitau yang Kim nak publish ff baru which is another Sehun fanfic.

Tajuknya, DILF. Mahu ngak? Harus mau ya 😂

(C)Vampire and Thief |Wenyeol|Where stories live. Discover now