Part 30

64 17 7
                                    

Wendy ternganga saat melihat bagaimana Chanyeol mampu membalikkan lempeng dengan sekali gerakan sahaja. Lelaki itu nampak sungguh profesional seperti chef '5 star Michelin'.

Sudahlah lelaki itu menyinsing bajunya sehingga menampakkan lengan sasanya. Wendy tidak sedar pula yang Chanyeol mampu menjadi seseksi itu.

Dia menjilat lidah saat melihat lempeng korea yang sedang dihidangkan di hadapan matanya. Chanyeol menaburkan sedikit rumpai laut diatasnya sebagai hiasan. Wendy tak pernah lagi merasa makanan ini. Selalunya dia cuma makan makanan mentah atau darah sahaja.

"Aip! Jangan makan lagi. Menu utama belum siap," ujar Chanyeol dan kembali semula ke hadapan dapur gas.

Dia mengeluarkan stik daripada peti sejuk dan menghidupkan api dapur. Stik yang sudah diperap dengan perasa itu dimasukkan ke dalam kuali. Bau daripada stik yang sedang dimasak memenuhi ruangan dapur.

Wendy tidak dapat mencium bau ini tetapi dia tahu ianya pasti sedap. Chanyeol sekadar memasakkan stik itu secara separuh masak sahaja mengikut seleranya.

Usai siap memasak, stik mentah milik Wendy dihidangkan diatas piring. Miliknya diletakkan di dalam piring berasingan.

Chanyeol membawakannya bersama keatas meja dan mulai menghidangnya kepada Wendy.

"Wanjeon daebak! Chamkkan! Ada dessert dalam peti," ujar Wendy. Petang tadi dia dah sediakan puding strawberi untuk mereka berdua.

Wendy mengeluarkannya dan menghidangnya juga. Miliknya sudah tentu terisi sedikit titisan darah.
Chanyeol juga kelihatan kagum melihat bakat Wendy dalam memasak. Gadis itu berbakat sebenarnya.

"Patut ke kita makan?" soal Chanyeol.

Wendy mengangguk. Keduanya mengangkat garpu dan pisau untuk memotong stik. Tetapi hanya tangan Wendy sahaja yang ligat memotong daging miliknya sementara Chanyeol nampak bingung.

"Kenapa?" soal Wendy. Tidak jadi dia ingin menyuap makanan.

"Erm. Aku.. tak reti potong.." ujar Chanyeol. Wendy tampak bingung. Padahal Chanyeol elok-elok sahaja memotong bawang tadi. Takkan potong stik pun tak boleh?

"Awak.. nak saya tolong?" tanya Wendy. Chanyeol mengangguk, polos.

Wendy menukar sebentar piring mereka. Stik Chanyeol dipotong kecil-kecil supaya memudahkan teman lelakinya itu untuk menikmatinya. Chanyeol tersenyum melihat kesungguhan Wendy. Nampak comel di matanya.

"Dah! Taraa. Awak dah boleh makan," ujar Wendy. Dia mengembalikan piring tersebut dan mengambil piring miliknya.

"Gomawo," ujar Chanyeol, bersemangat. Stik itu dinikmati olehnya dengan penuh perasaan. Tak sangka dia boleh masak dengan hebat walaupun ini percubaan pertama.

"Wen, kau ingat lagi tak pasal barang yang aku curi dari Sehun tu?" soal Chanyeol. Wendy mengangguk.

"Yang awak curi duit tu?"

Chanyeol mengiyakan.

"Aku sebenarnya bukan curi duit," jelas Chanyeol. Mata Wendy tampak menggeletar.

"Ka—kalau bukan duit.. Apa?" tanya Wendy, takut-takut.

"Lejar emas," jawab Chanyeol. Tangan Wendy mengepal pisau dan garpunya dengan gementar.

"Haha. Awak ni takkan tak boleh beza duit dengan lejar emas. Jangan berguraulah," ujar Wendy lantas berpura-pura ketawa. Chanyeol menggeleng perlahan.

"Aku tak bergurau Wen. Lejar tu penting kan untuk puak kau?" soal Chanyeol, tiba-tiba. Wendy menunduk, sepertinya tidak mahu Chanyeol tahu akan hal itu.

"Aku jumpa vampire hunter haritu," cerita Chanyeol. Wendy yang mendengar perkataan vampire hunter terus mendongak.

Bulu romanya seriau. Sekelilingnya terus dipandang. Vampire hunter adalah perkara paling menakutkan baginya. Dia pernah berjumpa dengan vampire hunter yang mana mereka hampir membunuhnya dahulu. Mujurlah keluarga angkatnya berjaya melindunginya dulu.

"Aku tinggal dengan dia sekarang," sambung Chanyeol lagi.

Mata Wendy terbeliak. Gadis itu terus terbangun dari kerusi, ingin pergi menjauhi Chanyeol. Tetapi Chanyeol dengan pantas memegang pergelangan tangan Wendy.

"Wen, duduk dulu. Aku belum habis cerita," rayu Chanyeol. Wendy menggeleng.

"Awak bersekongkol dengan vampire hunter, musuh vampire. Awak pun mesti ada di pihak mereka. Awak pun nak bunuh saya ke?" soal Wendy. Chanyeol bangun lantas memegang kedua belah tangan Wendy.

Kemudian, dia mencekup pipi Wendy dengan lembut.

"Wen, jangan salah faham. Aku cuma tumpang je. Aku kenal pun sebab terserempak dengan dia. Dan dia yang bongkarkan sendiri identiti dia sampailah pasal lejar tu. Wen, kalau benda tu penting, aku dalam bahaya lah kan?" jelas Chanyeol.

Wendy tidak mahu menjawab. Tapi Chanyeol sudah pun mendapat jawapannya dari reaksi Wendy. Dia sendiri baru teringat akan amaran lelaki tua itu. Sebab itu dia ingin memastikannya dengan Wendy.

"Saya akan lindungi awak," ujar Wendy.

"Tak apa. Aku boleh jaga diri sendiri. Diorang tak akan dapat cederakan aku," balas Chanyeol.

"Aniyo. Diorang tak akan lepaskan awak macam tu je. Chanyeol, awak kena rahsiakan hal ini daripada sesiapa termasuklah vampire hunter tu. Awak kena simpan lejar tu di tempat yang tak ada orang dapat jumpa," beritahu Wendy. Dia memegang hujung baju Chanyeol seperti memaksanya.

Chanyeol mengangguk.

"Aku tahu. Aku cuma nak pastikan je. Esok kau kerja lagi kan?"

"Kerja. Kenapa?"

"Tak ada apa. Esok, tak ada sesiapa boleh ganggu kau lagi dah," ujar Chanyeol. Wendy tampak bingung.

"Kenapa?"

"Adalah. Kita sambung makan?" ajak Chanyeol. Wendy turuti sahaja. Gadis itu memerhati Chanyeol dengan penuh curiga.

Dia perasan yang sekarang dia tidak dapat membaca fikiran lelaki itu meski dipaksa.

Ada sesuatu yang Chanyeol cuba rahsiakan, atau dia cuma tak berfikir sahaja?

to be continued


kelas sampai pukul 6, bagi essay pulak dekat aku suruh observe. memang kelaut lah 😂 dengan mengantuknya.

ee geram nak cubit matrik ni. comel sangat kelas hari2 😍

(C)Vampire and Thief |Wenyeol|Where stories live. Discover now