Part 31

67 21 7
                                    

Chanyeol merenung hospital tempat Wendy bekerja ini. Lelaki itu menaikkan hoodienya saat melihat kereta Sehun yang sedang memasuki perkarangan hospital pada pukul lima pagi ini.

Entah kenapa sejak kebelakangan ini, Chanyeol perhatikan yang Sehun selalu datang lebih awal kemudian saat matahari naik barulah dia pergi menjemput Wendy.

Lelaki itu berjalan menuju kearah Sehun, namun nampaknya Sehun sendiri sudah perasan akan kehadirannya. Bau Chanyeol dapat dihidu dengan mudah oleh Sehun. Lelaki berwajah bengis itu menoleh sepantas kilat dan menutup pintu kereta dengan kuat.

Wajahnya berkerut.

"Oh Sehun kan?" soal Chanyeol, saja berbasa-basi.

"Kenapa?"

"Aku ada nak bincang sesuatu dengan kau," ujar Chanyeol, penuh gangster. Sehun tersenyum sinis.

"Aku tak ada masa nak berbual kosong," balas Sehun, angkuh. Chanyeol berdecit.

"Ouh. Ye lah. Sibuk juga jadi babu kan? Faham-faham," sindir Chanyeol lantas memuncungkan bibirnya. Telinga Sehun berdesing mendengar sindiran Chanyeol itu.

Beg di tangannya digenggam kuat. Dia cuba untuk tidak menyerang Chanyeol.

"Jangan cakap pasal benda yang kau tak tahu," kata Sehun dengan suara yang mendatar. Chanyeol mengejeknya. Tangannya dimasukkan ke dalam poket hoodie.

"Well. Kau mungkin fikir aku bodoh, tapi aku tahu lagi banyak benda daripada kau. Termasuk pasal vampire sendiri. Dan pasal kau," ugut Chanyeol. Sehun berkerut seribu. Matanya hampir-hampir menampakkan yang dia gementar.

"Jangan mengarut. Apa yang kau nak bincangkan?" balasnya.

Chanyeol tergelak.

"Takut jugak kau eh? Ugut sikit pun dah termakan."

"Straight to the point, please!" marahnya.

"Jauhi Wendy."

Kedua lelaki itu bertentang mata. Bagaikan ada kilat mengalir diantara pandangan mereka. Sehun mendesah singkat.

"For what cost?"

"Puak kau? Kalau aku bocorkan pasal puak kau, agak-agak apa ya reaksi manusia? Agak-agak terjadi lagi ke pertumpahan darah macam zaman dulu? Kepala kau kena pusing macam ni, plak!" Chanyeol sengaja menakutkan Sehun. Kemudian dia ketawa saat melihat wajah Sehun yang memucat.

Lelaki vampire yang sememangnya pucat itu semakin memutih sekarang. Ada rasa takut menjalar dalam diri Sehun. Lelaki itu tidak berani menjawab kata-kata Chanyeol.

"Lejar emas tu, yang sebenarnya mengandungi senarai nama manusia yang puak kau korbankan untuk meneruskan legasi vampire, ada dengan aku. Nama-nama manusia yang kau culik dengan sengaja sampai kau pisahkan mereka dari keluarga kandung. Dan nama Wendy yang sengaja seseorang tambah, hasil penipuan... hmm.."

Sehun menggigit bahagian bawah bibir dalamnya. Gigi taringnya mulai menembusi bahagian dalam bibirnya itu. Anak matanya bergetar.

"Lebih baik kau tutup mulut kau sebelum aku—"

"Sebelum kau lapor pada ketua kau? Ketua yang memperdagangkan manusia tapi berselindung di sebalik nama vampire. Apa yang korang buat ni ibarat pemerdagangan manusia tapi lebih teruk! Kau buang ingatan Wendy, kau buang segala-galanya yang berkaitan dengan dia dan cuba bina identiti baru untuk dia! Kau bahkan hampir bunuh dia dan lebih kejam lagi, kau berpura-pura jadi hero untuk dia!" marah Chanyeol.

Rahang lelaki itu mengeras. Kolar baju Sehun terus dicengkam.

"Berhenti kacau Wendy kalau kau tak nak dia benci kau lebih jauh! Berhenti buat dia rasa terganggu kalau kau tak nak legasi pemerdagangan manusia bodoh kau ni runtuh! Ini amaran keras aku! Kau kacau teman wanita aku, aku hancurkan seluruh darah daging kau!" Dia memberi amaran.

Badan Sehun ditolak dengan kasar sehingga lelaki itu terbentur ke keretanya. Sehun tidak melawan.

"Ada sebab aku buat macam tu.. Kau tak faham.." ujar Sehun. Chanyeol tersenyum sinis.

"Persetan sebab kau! Kau tak ada hak nak buang dia dari keluarga asal dia dan biar dia sunyi selama beratus tahun!"

"Aku suka dia.."

"Kalau kau suka dia, mana kau selama beratus tahun dia hidup?! Kalau kau penyebab dia dipilih, mana kau selama ni sampai buatkan dia jadi macam tu?! Mana kau selama ni?! Kenapa baru sekarang?! Bagi aku alasan kenapa?!" teriak Chanyeol.

Sehun menunduk. Dia tidak ada jawapan untuk pertanyaan Chanyeol.

"Kau memang bodoh. Ingat amaran aku, jangan ganggu Wendy lagi kalau kau tak nak tengok dia pergi dari kau! Selagi lejar tu ada dengan aku, selagi tu nyawa puak kau di hujung tanduk!"


to be continued

(C)Vampire and Thief |Wenyeol|Where stories live. Discover now