Part 22

190 36 60
                                    

Chanyeol bangun dari tidurnya hari ini dalam keadaan yang agak penat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chanyeol bangun dari tidurnya hari ini dalam keadaan yang agak penat. Seharian semalam, dia mengemas rumah Wendy untuk menyambut kepulangan gadis itu.

Tak. Wendy tak ada cakap pun yang dia nak balik tapi Chanyeol cuma nak buat persediaan awal. Dia nak pastikan yang semuanya berjalan lancar sahaja. Dia akan memujuk Wendy harini.

Seumur hidup, Chanyeol tak pernah rasa macam ni. Rasa untuk menghargai seseorang. Rasa untuk menyayangi seseorang yang bukan miliknya.

Tidak bahkan dengan Juyeon. Juyeon mungkin cinta pertamanya tapi Wendy, Wendy lain. Lelaki itu masuk ke dalam bilik air dan mencuci muka dengan pantas.

Chanyeol merenung dirinya didalam cermin. Dia terkejut. Cermin tersebut disentuh.

"Kacaknya!" Jeritnya sendiri.

Kagum dengan kehenseman dirinya. Chanyeol ketawa besar sambil membuka bajunya untuk mandi. Tak pernah lagi dia jumpa lelaki sekacaknya. Selepas itu, Chanyeol cepat-cepat menyarung pakaian dan keluar dari bilik.

Dia perlu menyediakan sarapan dan ingin membawanya kepada Wendy. Hajatnya ingin memberi Wendy merasa dahulu masakannya. Senyuman Chanyeol melebar saat melihat keadaan ruang tamu.

Dia dah siap memasang belon dan banner untuk Wendy. Sudah tentu, semuanya menggunakan duit Wendy. Ehek.

Chanyeol mulai memasak omelette dan sandwich sahaja. Dia tak tahu apa makanan yang Wendy suka jadi main terjah sahaja. Asal masak sudah.

Sementara itu, seseorang masuk ke dalam rumah dengan senyap. Langkahnya menuju kearah Chanyeol. Lelaki itu sedang fokus pada omelettenya sehingga tidak sedar siapa yang berada dibelakangnya.

Tangannya melingkar pada pinggang Chanyeol sekarang, membuatkan Chanyeol tersentak.

"Wen—"

"Wanginya sayang.."

Suara perempuan itu membuatkan Chanyeol cepat-cepat melepaskan pelukan.

"Juyeon rupanya." Ujar Chanyeol, nampak kecewa. Tapi dia tak sembunyikan senyumannya. Dia cuba melayan Juyeon sebaik mungkin.

Walau apa pun, Juyeon masih kekasihnya. Chanyeol pula perlu menjadi seorang lelaki budiman. Perlu bersopan dengan perempuan.

"Kenapa awak nampak kecewa je? Awak tunggu siapa?" Soal gadis itu. Chanyeol menggeleng laju. Dia mematikan api dapur dan pergi kearah peti sejuk.

Ingin menyediakan air buat Juyeon.

"Takdelah. Perasaan awak je tu." Balas Chanyeol. Juyeon mendengus kasar.

Hari tu, Chanyeol tak menyapa pun dia lepas nampak apa yang berlaku ditempat pembahagian makanan kepada gelandangan. Juyeon sangka Chanyeol akan datang untuk bertanya tapi lelaki itu berpatah balik. Membuatkan Juyeon akan kesal.

(C)Vampire and Thief |Wenyeol|Where stories live. Discover now