Part 12

167 29 33
                                    

"Awak buat apa jalan sorang-sorang dekat situ?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak buat apa jalan sorang-sorang dekat situ?"

Tanya Sehun sambil fokus pada pemanduannya. Wendy menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Dia masih terasa dengan sikap Chanyeol agaknya. Padahal memang dalam rancangan mereka.

Chanyeol akan membawa Juyeon bersiar-siar disekitar bandar untuk membuatkan gadis itu kagum. Tapi entah kenapa Wendy benci mengingatkan rancangan tersebut.

"Ada hal.."

"Bahaya lah kawasan tu. Sana banyak penyangak, perogol, pencuri."

Wendy tersentak. Perkataan pencuri tu buatkan dia takut. Harap-harap Sehun masih tak tahu siapa yang mencuri barangnya itu.

Sehun terus memandu ke suatu tempat. Mereka berhenti ditepi jalan.

"Buat apa sini?"

"Makan. Lapar tak?"

Wendy mengangguk. Mereka keluar menuju ke sebuah gerai. Masuk sahaja ke dalam, Sehun menolong menarik kerusi buat Wendy. Dia melayan Wendy sebaik mungkin.

"Ahjumma, spicy tteobokkie level 50." pesannya.

Wendy memandang sekelilingnya. Tak ada pelanggan kecuali dia dan Sehun.

"Ahjumma ni pun vampire. Sebab tu jarang manusia datang," kata Sehun.

Patutlah ahjumma tersebut tak terkejut bila Sehun minta tteobokki sepedas itu. Lagipun, lidah vampire bukannya rasa apa-apa pun. Makan jelah sekali pun ada lada hidup.

Sehun menuangkan soju buat Wendy. Dia meneguknya bersamanya. Wendy masih diam sahaja.

"Haritu ada orang pecah masuk rumah saya,"

Jantung Wendy rasa nak tercabut dari soket. Dia mengerling kearah Sehun dengan gementar. Lelaki itu sedang menikmati sundae tanpa memandang kearahnya. Tiba-tiba Sehun menepuk meja.

"Boleh pula dia sepahkan rumah dan tinggalkan kesan kotor pada lantai! Haish! Tak guna betul!" marah Sehun. Wendy terperanjat. Nasib baik gelasnya tak terlepas dari tangan..

"Ketua tak lapor pada polis?" tanya Wendy.

"Diorang yang bagitahu saya. Saya tak kisah pun kalau dia nak curi apa, tapi lepas geledah tu kemaslah balik. Dia ingat saya ni orang gaji ke apa nak kemas rumah hari-hari? Dah lah dekat hospital ramai pesakit sekarang. Penatlah!" rungutnya.

Wendy tersenyum, kekok. Belakang Sehun digosok. Dia menghulurkan lagi soju supaya Sehun tak marah. Wendy ingatkan Sehun nak cari siapa yang geledah masuk rumah dia.

"Ketua kata dekat hospital sibuk kan?"

"Hm. Kenapa?"

"Saya nak balik kerja boleh?"

"Tapi cuti awak masih lama--"

"Saya tak pernah setuju nak cuti pun. Ketua yang beria-ria,"

Sehun mengangguk perlahan. Memang dia yang paksa Wendy. Lagipun dia tak boleh biarkan pesakit-pesakitnya dalam bahaya dengan adanya Wendy.

(C)Vampire and Thief |Wenyeol|Where stories live. Discover now