Part 2

273 45 10
                                    

Seorang lelaki berlari dengan sepantas kilat sambil membawa beg dibelakangnya dengan kemas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seorang lelaki berlari dengan sepantas kilat sambil membawa beg dibelakangnya dengan kemas. Lima orang pegawai polis mengejarnya meskipun penglihatan mereka terhad disebabkan keadaan gelap.

"Pencuri! Berhenti!" jerit mereka.

Lelaki itu, Park Chanyeol tersenyum sinis mendengar jeritan tak bermaya tersebut. Dia berhenti seketika untuk mencari jalan melarikan diri.

Beg berharganya dipegang dengan kemas. Dia tak boleh hilangkannya kali ini. Peluhnya dilap.

Chanyeol menyasarkan sebuah rumah dihadapan sana. Pihak polis semakin dekat dengannya. Chanyeol berlari dan memanjat tembok rumah yang kosong dan tidak mempunyai duri-duri tajam diatasya.

Sebaik sahaja berjaya naik, Chanyeol terkejut saat melihat wajah seorang gadis yang tersembul keluar dari sebelah sana.

Tangannya yang berpegang pada tembok terlepas sehingga menyebabkan keduanya terjatuh. Beg Chanyeol terlepas begitu juga dengan kucing mati ditangan si gadis.

Chanyeol dan gadis itu bertentangan mata. Mulutnya segera ditekup. Pegawai polis sedang melalui rumah yang dia cerobohi itu.

"Senyap kalau kau nak hidup!" ugut Chanyeol.

Gadis itu menurut sahaja. Dia leka merenung wajah Chanyeol sekarang. Memandangkan dia vampire, dia boleh nampak jelas wajah Chanyeol walaupun keadaan gelap-gelita.

Chanyeol menunggu keadaan menjadi hening supaya dapat melarikan diri.

Dia ternampak bangkai kucing yang berada berdekatan dengan begnya. Gadis itu pula dipandang.

Tangannya terasa aneh. Macam ada sesuatu tajam saja pada mulut gadis ini. Chanyeol mengalihkan tangannya daripada mulut gadis itu.

"Wargh!"

Chanyeol terkejut saat melihat gigi taring pada Wendy. Dia mengesot menjauhi gadis tersebut. Yang dia lihat sekarang ni, vampire ke?

"Jangan takut! Saya tak akan makan awak. Saya dah kenyang!" jelas Wendy. Chanyeol terkebil-kebil memandang Wendy.

Macam mana raksasa ni boleh bercakap dalam bahasa manusia?

"Awak ke pencuri yang diorang cari tu?" soal Wendy.

Chanyeol mengangguk perlahan. Dia yang sedang menyandar pada tembok tidak berani untuk mendekati Wendy.

Gadis vampire itu mengambil beg milik Chanyeol yang berada disebelah bangkai kucing yang dia makan tadi. Lantas beg tersebut diserahkan kepada Chanyeol.

"Kalau awak pulangkan beg ni pada tuannya, saya tak akan bagitahu pada polis," ujar Wendy.

Chanyeol terus merampas begnya dari tangan Wendy.

"Kau siapa nak arah-arah aku? Takde! Ni barang aku!" tegas Chanyeol.

"Tapi awak pencuri! Baik awak serahkan kalau tak nak masuk penjara,"

(C)Vampire and Thief |Wenyeol|Where stories live. Discover now