Part 37

43 13 8
                                    

Wendy mengerang, melihat ketua vampire yang muncul di hadapannya. Juyeon berundur sambil tersenyum sinis dan mendekati Jungkook. Lelaki itu merangkulnya dengan kemas.

"Juyeon apa semua ni?! Kau tak ada bau vampire. Macam mana kau boleh terlibat dengan semua ni?!" soal Wendy. Juyeon ketawa kecil.

"Sedikit balas dendam dah cukup untuk beralih arah, Wendy," kata Juyeon. Tapi tak semena-mena, leher Juyeon dipukul dengan tangan oleh Jungkook. Juyeon jatuh pengsan di dalam dakapan Jungkook.

"Maaf. Gadis baik tak patut tengok keganasan," ujar Jungkook, menayangkan wajah tidak bersalahnya. Ketua vampire ketawa megah.

"Kerja yang bagus Jungkook. Kau boleh keluar dengan manusia tu," ujarnya. Jungkook mengangguk faham seraya mendukung Juyeon keluar. Dengan kebenaran ketua vampire, Jungkook dibenarkan menyimpan Juyeon sebagai hak miliknya. Itu pun syaratnya Juyeon harus berjaya membawa Wendy kepada mereka.

Mujurlah, rancangan Juyeon berjaya. Semasa keluar dari ruang tersebut, Jungkook bertembung dengan Sehun yang dibawa masuk sambil diikat. Wajah lelaki itu bengkak dipukul.

Sehun ditolak dan diletakkan di hadapan Wendy, tidak jauh dari gadis itu. Mata Wendy terbeliak melihat keadaan Sehun.

"Kau gagal, Oh Sehun. Ini ke orang yang aku harapkan selama ni?" soal ketua vampire. Sehun mengerang kesakitan saat lelaki itu menindih perutnya. Wendy bergerak kasar, cuba untuk mendapatkan Sehun tapi pergelangan tangannya sedikit terbakar.

Tali itu diperbuat daripada perak nampaknya.

"Tch. Kalau aku tahu, aku tak benarkan perempuan ni jadi salah satu dari pengikut aku," kata ketua vampire, memandang jijik kearah Wendy. Wendy tahu apa yang lelaki itu maksudkan. Tentang dirinya yang dijadikan vampire atas permintaan Sehun.

Meski dia benci akan Sehun kerana perbuatan pentingkan dirinya itu, Wendy masih memiliki simpati.

"Apa yang kau nak?!" soal Wendy. Ketua vampire melepaskan pijakan pada sehun dan bergerak mendekati Wendy. Dia mengambil kerusi lantas duduk dengan malasnya menghadap Wendy.

"Let me see. Erm. Nyawa kau?"

Wendy mengerutkan dahinya. Matanya berkerdip beberapa kali.

"Jangan takut. Aku bergurau. Aku cuma nak lejar aku balik. Sekarang, mana dia?" Tangannya dihulurkan untuk meminta lejar emas namun Wendy sekadar melihat sahaja. Lagipula tangannya terikat.

"Aku tak ada," jawab Wendy. Ketua vampire itu bangun lantas menghempas kerusi dengan marah.

"Memanglah kau tak ada! Tapi kawan manusia kau tu ada!" bentaknya. Wendy tersentak. Matanya terpejam, terkejut dengan kemarahan ketua vampire.

"Aku tak faham apa yang kau cakap," kata Wendy, cuba berdalih. Ketua vampire terus menampar pipi Wendy sehingga pipinya bercalar. Buat pertama kalinya, dia berjaya disakiti secara fizikal.

"Aku paling tak suka bila orang menipu secara terang-terangan. Kau tahu apa terjadi pada orang yang menipu?" soalnya sambil mencengkam pipi Wendy dengan kuat. Wendy dapat rasakan sekiranya dia manusia biasa, rahangnya pasti sudah patah.

"Mereka mati," sambung ketua vampire. Pipi Wendy dilepaskan. Dia menuju kearah Sehun dan menarik rambut lelaki itu. Sehun meronta-ronta minta dilepaskan.

"Serahkan lejar tu atau Sehun mati," arah ketua vampire. Kuku panjangnya kini menyentuh leher Sehun. Wendy menggeleng laju.

"Tak! Lepaskan Sehun! Bukan dia yang kau nak!" balas Wendy. Dia cuba bergerak meski tangannya kini menggeletar kesakitan. Tali tersebut membakar kulitnya tapi Wendy cuba untuk tidak mempedulikannya.

(C)Vampire and Thief |Wenyeol|Where stories live. Discover now