Part 10

170 29 9
                                    

Kyungsoo meregangkan ototnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kyungsoo meregangkan ototnya. Dia melompat-lompat sambil melibas kain sambil diperhatikan oleh Chanyeol.

"Bukak baju kau!" arah kyungsoo.

Chanyeol terkejut. Dia menutup badannya kerana takut dinodai. Dengan pantas Kyungsoo melempang kepala Chanyeol kerana berfikir yang bukan-bukan.

"Kau tu nak mandi bodoh! Bukak baju cepat!" marahnya.

Chanyeol baru sedar yang dia berada ditempat mandi awam tapi sekarang ini tidak ada orang pun. Memanglah sebab mereka masih berada didalam spa.

Chanyeol membuka baju sehinggalah tinggal seluar dalam sahaja. Dia berdiri sambil berkepit kerana malu dengan Kyungsoo. Kyungsoo menayangkan wajah jijik. Kalau bukan sebab Wendy, dia tak mahu pun tolong si Chanyeol ni.

Badan berdaki!

Chanyeol dipaksa duduk diatas kerusi sementara Kyungsoo mengambil dayung. Tiba-tiba, Kyungsoo melibas air panas keatas badan Chanyeol.

"YAHHHH!! KAU NAK BUNUH AKU KE?!!"

"SHIKKEUREO!!!!" (Diam!)

Kyungsoo memandikan Chanyeol tapi lebih kepada penyeksaan. Badan Chanyeol digosok untuk membuang daki lelaki itu sehinggakan kulitnya merah. Kepala Chanyeol dipukul lagi.

"Kau ni tak pernah mandi ke?!"

"Mandilah! Yang kau ni melebih kenapa?!"

Chanyeol dipukul untuk kali ketiga.

"Kalau bukan sebab Wendy, tak ingin aku buat ni. Aku pemilik tempat ni kau tahu tak?" Kyungsoo mengadu kepadanya.

Chanyeol merenung kolam air panas tersebut. Membiarkan Kyungsoo melakukan kerja. Selepas tubuhnya dimandikan, Kyungsoo menyerahkan bathrobe kepadanya.

Mereka bergerak ke bilik seterusnya. Disini, Chanyeol akan diurut terlebih dahulu. Sekali lagi, Kyungsoo yang akan menguruskannya.

Chanyeol ditolak berbaring diatas katil sementara Kyungsoo mengambil minyak untuk mengurut. Pengawal memegang kedua belah tangan Chanyeol dan menolak kepala lelaki itu masuk ke dalam lubang dihujung katil.

"Wei jangan rogol aku! Tolonglah!!" rayu Chanyeol.

Dia datang bukan untuk serahkan tubuh dia. Chanyeol menangis.

Kyungsoo yang terlalu jengkel dengan Chanyeol terus melibas kain ke kepala lelaki itu.

"Aishh diamlah!" marahnya. Dia pula mengurut belakang badan Chanyeol dengan kasar tapi menyenangkan.

Kaki Chanyeol dilipat sehingga membuatkan Chanyeol menjerit meminta tolong.

Wendy yang berada diluar sana terkejut. Dia tidak jadi untuk menikmati teh lemonnya.

"Diorang tak apa-apa ke tu?" tanya Wendy kepada pembantu yang menyediakan teh buatnya itu. Wanita itu mengangguk sambil tersenyum. Dia menolong memasangkan airpod pada telinga Wendy.

(C)Vampire and Thief |Wenyeol|Where stories live. Discover now