Part 8

166 35 18
                                    

Wendy memandang Chanyeol yang sedang fokus menggilat kasut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Wendy memandang Chanyeol yang sedang fokus menggilat kasut. Bukan kasut lelaki itu, sebaliknya kasut kulit dia. Katanya, dia bosan sebab tak dibenarkan keluar.

Chanyeol menoleh kearah Wendy. Dia menyorokkan kasut itu dan membelakangkan Wendy. Wendy beralih ke tepi pula. Lagi sekali, Chanyeol membalikkan badannya. Menghalang Wendy daripada melihat.

"Kau pandang lagi aku gigit kasut ni." Ugut Chanyeol. Wendy tersentak. Dia kecewa.

Padahal, dia mana pernah lihat kasutnya digilap. Dia bahkan tak tahu menahu pun yang kasut boleh dibersihkan. Selama ni, dia buang je kasut yang kotor.

Perbezaan kasta yang ketara.

Atau Wendy cuma bodoh.

Hek!

"Saya nak tengok je macam mana awak buat." Ujar gadis itu sambil mencebik. Bibir merah itu dipandang oleh Chanyeol.

"Tengok lain kali. Menyibuk je." balas Chanyeol.

Selesai kasut itu digilap, dia menyusunnya diatas rak semula. Chanyeol tak berhenti terpegun saat melihat susunan kasut berjenama yang ada disana.

Sebut sahaja Balenciaga, MiuMiu, Hermes, Gucci, Nike, Converse dan LV. Semuanya nama-nama besar dunia.

Chanyeol cemburu. Sedangkan Wendy dilahirkan semula sebagai orang kaya, kenapa tidak dia? Kenapa dia harus hidup bergelumang sebagai orang miskin? Tak adil kan?

Chanyeol pun nak merasa memakai barangan mewah dibadannya. Apatah lagi jikalau dia boleh berkongsinya dengan Juyeon, cinta hatinya.

"Awak nak ke?"

Suara Wendy memecahkan kesunyian. Gadis itu terkebil-kebil memandang Chanyeol yang sedang termenung sambil memandangkan kasutnya.

"Gila aku nak pakai kasut perempuan? Bukannya muat pun." Balasnya. Langsung tak ada adab.

Tapi macam yang Chanyeol cakap, nak lelaki beradab pergi cari anak orang kayalah. Dia pencuri, bukan pengamal adab-beradab ni.

"Kan boleh beli? Apa yang susah?" kata Wendy lagi.

"Senangnya cakap. Duit mana duit?"

"Kan saya ada."

Chanyeol termangu seketika. Wendy nak belanja dia ke ni? Baik sekalih! Ini yang sayang ni.

"Awak mengelamun lagi. Tak nak ke tu? Takpe lah kalau tak nak, saya pun tak rugi apa-apa."

"Woi-woi! Siapa kata aku tak nak?!" Chanyeol memegang lengan Wendy. Tak mungkin dia akan biarkan peluang keemasan ini hilang.

Wendy tersenyum manis. Dia berlari mendapatkan laptopnya dan membuka website khas untuk membeli kasut dari jenama ternama itu.

"Awak pilih lah nak yang mana." Arahnya.

Chanyeol mengambil laptop tersebut. Dia rasa dirinya bagai seorang sugar baby dengan sugar mummy sekarang. Wendy boleh berikan apa yang dia nak dalam sekelip mata.

"Wah. Weh kasut ni sesuai tak dengan aku? Kalau yang ni? Weh yang ni pun okey."

Chanyeol jadi rambang mata. Jangan ingat perempuan sahaja ya yang boleh jadi macam ni? Lelaki pun sama. Wendy mengangguk sahaja. Letaklah sepuluh pasang pun kasut dalam cart, duitnya masih tidak berkurangan.

Tangan Chanyeol berhenti daripada menekan slide. Dia jadi tak keruan. Laptop tersebut dikembalikan kepada Wendy.

"Kenapa?"

"Tak payahlah. Kau buat aku macam mata duitan pulak. Segan aku." Terang Chanyeol.

Wendy tersenyum tapi bukan menyindir.

"Apa pula mata duitan? Saya betul-betul nak bagi hadiah pada awak sebab itu saya suruh awak pilih. Lagipun, tak salah jadi mata duitan sekali-sekala."

Chanyeol terpaku saat mata Wendy menusuk ke retinanya.

Kenapa Wendy suka senyum pada dia? Mulut dia hang ke? Ada masalah ya?

"Kau memang suka senyum eh?" soal Chanyeol.

Kening Wendy terjongket. Dia menggeleng perlahan sambil ketawa.

"Omma selalu cakap dulu. Senyumlah untuk terus gembirakan orang sekeliling." Jelas Wendy sambil matanya tertancap pada skrin laptop.

Wallpaper laptop dipandang. Gambar Wendy bersama ibunya.

"Cantik omma kau." Puji Chanyeol.

"Omma angkat.." Sambung Wendy. Padanlah wajah mereka tak serupa langsung. Wanita itu mempunyai wajah kacukan Sepanyol sementara Wendy nampak seperti gadis Inggeris.

"Lepas vampire mati, mereka akan diberikan pada keluarga angkat. Ingatan mereka pasal masa lalu juga tak kuat. Sebab itu, mereka perlukan keluarga baru untuk bina kisah baru. Saya tak kenal siapa ibu saya yang sebenar tapi omma selalu cakap yang dia baik." Wendy tiba-tiba jadi emosional.

"Kau tak pernah kenal keluarga sebenar?"

Wendy mengangguk. Matanya berair tapi dia masih mampu ketawa. Wendy memesan sepasang kasut Nike berwarna blue black.

"Cukuplah pasal saya. Cerita pasal awak pulak?"

Chanyeol jadi teringat akan kata-katanya tempoh hari.

'Ceh! Banding dengan kau pulak. Siapa peduli pasal kau?"

Eobseo. Tak ada. Wendy terasa ke agaknya?

"Mian." ujar Chanyeol, rasa bersalah.

"Ahh waeyoo. Tak ada apalah."

Kedunya terdiam. Haih, Park Chanyeol? Takkan dah jadi lemah?

"Cerita pasal Juyeon. Dia orangnya macam mana?" Wendy mengalih topik. Chanyeol tersenyum.

"Dia cantik."

"Dia manis."

"Dia baik."

"Gadis paling sempurna yang pernah aku lihat."

Wendy merenung Chanyeol yang sedang menunduk. Senyuman Wendy tak semanis tadi. Mungkin ini yang dia gelarkan sebagai senyuman sepahit kopi.

"Juyeon mesti tengah tunggu awak kan?" ujarnya lagi.

"Tunggu aku? Haha. Mungkin." Balas Chanyeol, kekok.

"Tak nak jumpa dia?"

"Buat apa?"

"Awak dah dapat duit yang awak nak. Jumpa lah dia."

"Tapi dia nak ke jumpa aku?"

Park Chanyeol, kau sebenarnya berkhayal je kan yang Juyeon tu kekasih kau?

to be continued

(C)Vampire and Thief |Wenyeol|Where stories live. Discover now