Part 24

66 17 36
                                    

haloo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

haloo.. chapter baru 💙 ada yang rindu tak 😂

"Penipu? Jangan nak tipu aku, Wendy!" Gertak Juyeon. Dia tak terima bila Wendy menuduh Chanyeol sebegitu. Sementara Chanyeol, dia menarik lengan Juyeon supaya tidak menyerang Wendy.

Siapa tahu apa yang boleh berlaku bila Wendy marah nanti.

"Bukak mata kau, Juyeon. Guna untuk tengok sekeliling kau dan bukannya asyik fikirkan duit. Kau tak pernah fikir kenapa tak ada satu pun gambar Chanyeol dalam rumah ni? Kenapa ada gambar aku je? Kau tak syak apa-apa?" Soal Wendy, menyindirnya. Bibirnya menguntum satu senyuman sinis.

Juyeon tersedar akan sesuatu. Apa yang Wendy katakan itu benar. Tak ada gambar Chanyeol di sini kecuali gambar Wendy. Dan bila difikirkan lagi, dia tak pernah tahu Chanyeol bekerja dengan syarikat mana.

Juyeon merenung Chanyeol dengan pandangan kecewa. Pegangan tangan Chanyeol terlepas.

"Kau tipu aku.." Ujarnya dengan suara yang agak serak. Juyeon tak pernah rasa ditipu sebegitu.

Chanyeol menggigit bibir bawahnya. Dia cuma memegang Juyeon tapi gadis itu menjauhinya.

"Kau anak pencuri yang paling jijik pernah aku kenal. Berani kau cuba dapatkan aku dengan duit. Aku benci kau, Chanyeol. Sentuh aku, dan tunggulah apa yang akan berlaku. Jangan jumpa aku lagi, Chanyeol!"

Serentak itu, Juyeon terus keluar dari rumah Wendy, berlari pulang. Chanyeol menjerit memanggil nama Juyeon namun sahutannya tidak terjawab. Chanyeol merenung Wendy dengan pandangan marah.

"Apa?" soal Wendy, sinis.

"Kau dah rosakkan hubungan aku dengan Juyeon!"

Wendy ketawa. Dia menyilangkan tangannya separas dada dan merenung Chanyeol dengan pandangan sinis.

"Aku tak pernah rosakkan pun. Dari awal, kau yang buat semua tu sendiri Chanyeol. Kau yang rosakkannya sejak kau setuju untuk tipu dia. Masih salah aku?"

"Kau yang cadangkan–"

"Tapi kau ada pilihan untuk tolak. Jangan pernah salahkan orang lain atas kesalahan kau Chanyeol. Sekarang, keluar dari rumah aku," Wendy menghalau Chanyeol dengan kasar.

Dia pergi ke bilik, mengambil pakaian lelaki itu lantas dimasukkan ke dalam beg. Kemudian, dia kembali semula, melemparkan beg tersebut kearah Chanyeol.

"Pergi.. ke tempat asal kau.."

Chanyeol mengetap giginya. Matanya bertembung dengan mata Sehun. Sehun nampaknya menikmati kekecohan tersebut. Dengan langkah yang tenang, Chanyeol keluar. Dia cuba untuk tak tunjukkan perasaan marahnya.

Sementara Wendy, gadis itu masuk ke biliknya dan mengurung dirinya disana. Kalau ini caranya untuk lindungi puaknya, dia buat. Dia tak mahu bahayakan Chanyeol juga.

(C)Vampire and Thief |Wenyeol|Where stories live. Discover now