Part 28

64 19 15
                                    


Wendy tersenyum panjang lebar setelah melihat Chanyeol yang sejak awal pagi datang ke rumah seperti permintaannya. Wendy menyambut kedatangannya dengan riang sehingga tidak sengaja terpeluknya.

Chanyeol kaku seketika. Jantungnya hampir meletup.

"Saya ada buat kimbap dekat dalam. Awak mesti tak makan lagi kan?" ujar Wendy. Dia menarik Chanyeol masuk ke dalam sebelum ada orang melihat mereka.

Nampak seperti Wendy tengah curang pun ada. Cuma tidak tahu curang dengan siapa. Lagaknya seperti itu sahaja. Chanyeol duduk di salah satu kerusi dan disuapkan makanan bertalu-talu.

"Wen, ni baru pukul berapa—"

"Awak kena makan cepat-cepat. Kalau Sehun datang, nanti jadi masalah pula. Dia tak boleh tahu ada manusia dekat sini," ujar Wendy, risau. Dia mengelap mulut Chanyeol yang sedikit comot saat terkena sos kimbap.

"Tapi baru pukul empat pagi," balas Chanyeol.

"Jadi tak nak makan?" tanya Wendy, sedih. Chanyeol terus rasa bersalah. Dia terus mengambil kimbap tersebut dengan tangannya.

"Eh tak. Ni aku makan. Aku makan," pujuknya. Wendy kembali gembira. Dia mengusap kepala Chanyeol seperti mengusap anjing dan pergi mengambil makanan lainnya.

Atas saranan Chanyeol, Wendy cuba juga untuk memasak semalam. Harapnya sedap lah sebab dia sendiri belum cuba. Chanyeol yang pertama kali menikmati masakannya itu.

Melihatkan Chanyeol yang makan dengan lahap membuatkan mood Wendy naik.

Tak lama selepas itu, Chanyeol tertidur di sofa dengan perut yang mengembung kerana terlalu banyak makan. Sudahlah hari masih pagi. Sudah tentulah dia mengantuk. Wendy duduk di sebelah dan menyelimutkan Chanyeol.

Jantung mati Wendy seolah-olah hidup kembali saat berada bersama Chanyeol. Ianya seperti berdegup semula meski Wendy tahu ianya mustahil. Tapi zing antaranya dengan Chanyeol semakin lama semakin menguat. Wendy jadi tidak boleh berjauhan dengan Chanyeol meski dia mencuba.

Dia memberanikan diri untuk memegang tangan Chanyeol. Wendy berjaya. Tangan kecilnya itu mulai menggenggam tangan besar Chanyeol.

'Kalau lah awak tahu pasal zing ni.. Awak boleh terima ke?' soal Wendy dalam hati.

Wendy mulai mendekatkan bibirnya dengan bibir Chanyeol. Hidung mereka sampai hampir bersentuhan sebelum Chanyeol menoleh kearah bertentangan. Wendy menggigit bibir dalamnya, kesal kerana tidak bertindak cepat.

Dia membiarkan Chanyeol tidur sebentar sehinggalah pada jam enam. Wendy mengejutkan Chanyeol agar dia dapat pulang lebih awal sebelum Sehun menangkap mereka.

"Chanyeol, awak sedar tak ni? Dah pagi ni. Saya kena pergi kerja," ujar Wendy. Chanyeol menenyeh matanya beberapa kali. Dia tersendawa di hadapan Wendy.

Wendy ketawa.

"Aku dah macam bayi besar tak tahu malu pulak," rungut Chanyeol.

"Bila pula awak tahu malu ni?" balas Wendy. Chanyeol mendengus kasar.

Dia merehatkan kepalanya di bahu Wendy.

"Kenapa kau hangat kalau kau dah mati?Kau vampire campur werewolf eh?" soal Chanyeol. Dia dapat merasakan tubuh hangat Wendy sekarang. Sangkanya, vampire itu berdarah sejuk. Eh, maksudnya tubuh sejuk. Kan mereka mayat hidup.

"Erm. Entahlah..Hahaha," balas Wendy.

Tak mungkin dia beritahu yang dia sedang 'panas' kerana berada berdekatan dengan Chanyeol. Suhu tubuhnya meningkat kerana blushing yang berlebihan.

Chanyeol mendongak memandang Wendy. Mata mereka bertautan. Kening Wendy terjongket. Kedua-duanya kaku seperti patung cendana.

Baru sahaja mahu bersuara, alarm telefon Wendy berbunyi. Wendy terperanjat sehingga menolak Chanyeol ke tepi. Dia mengambil telefonnya untuk memeriksa. Alarm untuk memaklumkan yang Sehun bakal tiba untuk menjemputnya dalam dua jam, pukul lapan pagi.

"Saya rasa awak patut pergi sekarang," ujar Wendy. Chanyeol mengangguk. Dia bangun dan sengaja meregangkan tubuhnya di hadapan Wendy. Baju hoodienya sedikit terangkat, menunjukkan perutnya.

Mata Wendy tertancap kearah sana.

"Thank you Wen untuk masakan kau. Sedap. Nanti boleh masak untuk masa depan kita," kata Chanyeol. Wendy berpura-pura tidak tertarik.

"Berangan lah awak. Palli-palli," balas Wendy. Dia menolak Chanyeol supaya keluar. Sempat dia mengambil hot pack dan memasukkannya ke dalam poket baju Chanyeol.

"Chamkan! Tak ada duit nak balik—"

"Ish. Ini. Jangan guna beli dadah. Beli makanan dengan untuk naik bas je!" balas gadis itu.

"Hei aku tak segila itu ya nak beli dadah. Kalau nak aku boleh minta dengan kau je. Kau kan supplier terbesar," ujar Chanyeol. Dia memaksudkan yang Wendy memiliki akses utama untuk mendapatkan ubat-ubatan yang berada di hospital, yang mana ubat-ubatan juga merupakan dadah cuma dalam dos yang ditetapkan sahaja.

Wendy memukul lengan Chanyeol, perlahan.

"Kalau ye pun saya tak nak tolong! Awak jangan nak mengarut!"

"Aku memang selalu mengarut tapi kalau dengan kau, ada satu je hal yang aku boleh serius." 

"Apa?"

"Nanti kau tahu lah. Kau pun suka kan," jawab Chanyeol.

"Suka apa?"

Chanyeol sekadar tersenyum. Duit yang diberikan oleh Wendy itu dipulangkan semula.

"Aku akan cari kerja harini macam permintaan kau. Jangan risau, aku tak akan mencuri dah. Aku akan jadi lebih bermoral mulai sekarang," ujar Chanyeol. Wendy nampak tercengang. Dia kelihatan tidak percaya dengan ucapan Chanyeol.

"Awak tak tipu?"

"Tak. Aku serius."

Wendy ternganga. Dia nampaknya begitu gembira sekarang dengan azam baru Chanyeol.

"Kalau macam tu, aku pergi dulu. Terima kasih untuk sarapan, si cantik." ujar Chanyeol dan tanpa segan-silu mencium pipi Wendy. Wendy juga tidak malu-malu untuk membalas.
Giliran Chanyeol pula yang terasa seperti ada rama-rama yang berterbangan di dalam perutnya.

"Kerja elok-elok, pencuri hati saya," bisik Wendy. Chanyeol tersenyum dan berlari keluar dari rumah Wendy. Dia menutup wajahnya kerana terlalu malu mendengar kata-kata Wendy.

Sebaik sahaja Chanyeol hilang dari pandangan, Wendy terus memukul pintunya dengan gembira. Dia melompat-lompat riang sehingga menyebabkan anjing di sebelah rumah menyalak.

Wendy meniup wajahnya yang panas. Nampaknya dia tak bertepuk sebelah tangan.

"Park Chanyeol saranghae!!"

to be continued


sedih ah laki nak enlist nanti 😭💔 selamat bertugas yeol ❤

(C)Vampire and Thief |Wenyeol|Where stories live. Discover now