Part 7

171 32 12
                                    

"Kau merajuk ke?" soal Chanyeol

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau merajuk ke?" soal Chanyeol.

Sedari tadi Wendy diam sahaja sambil mengekorinya. Wendy tak menjawab soalannya. Chanyeol mengeluh dan memeluk bahu gadis itu.

"Cakap sikit merajuk. Macam perempuan."

"Tapi kan saya memang perempuan?"

"Ha! Ada pun suara. Ingatkan bisu dah tadi."

Wendy mencebik. Dia memeluk tubuhnya. Chanyeol terus melepaskan pelukan dan berjalan mendahului Wendy. Dia menuju ke sebuah rumah sekarang.

Tiba-tiba, Chanyeol menyorokkan tubuhnya disebalik tiang. Dia berpura-pura seperti sedang menelefon seseorang sambil memerhati kediaman tersebut.

"Awak buat apa?"

"Omo kamchagiya!"

Chanyeol melatah manakala Wendy ketawa. Pasalnya, Chanyeol begitu khusyuk tadi.

"Hish! Diamlah. Nanti orang dengar!" arah Chanyeol.

Wendy menyorok dibelakang Chanyeol dan turut sama mengintai. Dia mencebik menunggu siapa yang sedang diperhatikan oleh Chanyeol sekarang.

"Awak tunggu siapa?" tanya Wendy lagi. Bosan.

"Mangsa."

Wendy berkerut. Sejak bila Chanyeol makan orang ni? Jangan-jangan, Chanyeol kanibal kot? Hah?!

"Mangsa? Awak pun makan manusia? Sejak bila? Kenapa?" tanya Wendy bertubi-tubi. Kali ini, Chanyeol pula yang pening.

Baru sahaja dia nak menjawab, mangsanya keluar. Chanyeol menolak muka Wendy dengan sebelah tangannya ke belakang dengan begitu mudah sekali. Wendy yang berasa terganggu mengalihkan tangan Chanyeol dan turut sama melihat.

"Eo? Pakcik! Pakcik ini Wendy--"

Chanyeol menekup mulut Wendy dan menolak gadis itu ke dinding. Wendy yang tidak faham dengan apa yang berlaku menggunakan kekuatan vampirenya untuk melepaskan diri.

"Kau jerit tu kenapa?! Kalau dia tahu aku nak rompak dia macam mana?!"

"Awak ni kenapa?! Itu pakcik saya lah. Saya nak tegur--"

Wendy dan Chanyeol bercakap serentak. Tapi kata-kata Wendy terus terhenti saat mendengar penjelasan Chanyeol.

"Awak nak merompak pakcik saya?" soal gadis itu, perlahan.

Chanyeol mengangguk. Tak rasa bersalah langsung. Rupa-rupanya, rumah besar yang Chanyeol perhatikan itu adalah rumah pakcik Wendy. Salah satu orang kaya dikawasan perumahan ini.

"Awak tak serik-serik lagi ke? Awak tahu tak polis tengah cari awak? Tapi awak masih nak buat kegiatan haram ni? Awak tak rasa berdosa ke?" Wendy mula memberi ceramah.

Sementara Chanyeol, dia cuma menguap sahaja mendengarnya.

"Dah?"

"Apa yang dah?"

(C)Vampire and Thief |Wenyeol|Where stories live. Discover now