Part 15

182 32 3
                                    

"Wen

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wen. Saya dah bincang dengan pihak hospital." ujar Sehun kepada Wendy yang sedang menonton televisyen. Gadis itu berpaling saat Sehun datang duduk disebelahnya. Dia menunggu Sehun untuk menyambung ayatnya.

"Diorang benarkan awak untuk sambung kerja."

"Jinjja?!"

Wendy terkejut. Bersyukur pun ada. Sehun mengangguk.

"Tapi dengan syarat."

"Syarat?"

"Awak kena pastikan prestasi awak meningkat dan tiada lagi laporan daripada pesakit tentang awak."

Wendy terdiam.

Dia teringat bagaimana takutnya pesakit saat melihat wajahnya. Mereka seolah-olah trauma dengannya. Mana tidaknya, Son Wendy merupakan doktor pertama yang menghentikan pembedahan saat ianya sedang berjalan.

Doktor pertama yang tersalah cucuk pesakit. Doktor pertama yang pengsan terlebih dahulu daripada pesakit. Doktor pertama yang tak tahu cara menganalisis pesakit. Doktor pertama yang tertukar rekod kesihatan pesakit sehingga menyebabkan dia hampir disaman dahulu.

Dialah doktor yang paling tidak diinginkan oleh pesakit. Mereka lebih sanggup mati daripada dirawat doktor yang dungu.

"Awak boleh sambung cuti kalau awak belum sedia, Wendy." sambung Sehun.

Dia tak mahu Wendy tertekan. Vampire pun ada masalah tersendiri. Mereka pun boleh stress. Lagipula mereka hidup. Ada hati dan perasaan.

"Tak apa. Saya boleh buat," balas Wendy.

"Saya akan pastikan, saya tak buat hal lagi. Bila saya boleh mula?"

Sehun tersenyum pendek. Dia suka melihat semangat Wendy.

"Bila-bila awak nak."

"Esok boleh?"

"Boleh."

...

Chanyeol membawa Juyeon keluar membeli-belah hari ini. Dengan menggunakan kad kredit yang ditinggalkan oleh Wendy tempoh hari, dia membelanjakan kesemua wang untuk Juyeon.

"Guna kad ni untuk belanja dia. Dia mesti akan terpikat dengan awak." Wendy menyerahkan kad kreditnya tanpa berbasa-basi. Chanyeol menolaknya.

Macam mana Wendy boleh bagi kad kreditnya dengan sesuka hati kepada seseorang? Perempuan ni pelik.

"Aku akan guna duit yang aku curi tu lah. Tak payahlah."

Wendy memukul lengan Chanyeol dengan kuat.

"Awak gila ke? Mana ada orang kaya bawa duit cash?! Nanti Juyeon pelik macam mana?"

Chanyeol terdiam. Betul juga. Selalu yang dia tengok, orang kaya akan keluarkan kad sahaja. Jarang duit cash.

"Tak apa. Awak guna jelah. Selagi awak tak sentuh duit Sehun. Selagi tu saya tak akan minta ganti rugi."

"Sayang eh kau pada boyfriend kau tu?" usik Chanyeol. Wendy memuncungkan bibirnya. Pipinya merah.

"Bukan boyfriend saya lah! Dia ketua saya! Su--suatu hari nanti awak kena pulangkan jugak duit dia tu kan?" balas Wendy, gugup.

Chanyeol tersenyum sehingga menampakkan giginya.

"Elelele.. Kau malu-malu pulak. Comelnyaaa.."

Chanyeol mencubit pipi Wendy yang sudah pun panas itu.

Tak tahulah Wendy malu kerana nama Sehun disebut ataupun kerana perlakuan Chanyeol kepadanya sekarang.

"Yeol? Yeol! Saya panggil ni kan?" Rengek Juyeon sambil menggoyangkan lengan Chanyeol beberapa kali.

Chanyeol tersedar dari lamunannya. Lama dia berkhayal dan teringat akan Wendy tadi.

"Ya? Ya? Kenapa?"

"Saya nak tu boleh?"

Juyeon menunjuk kearah kaca mata berjenama Bvlgari dihadapan mereka. Chanyeol memeriksa tag harga terlebih dahulu. Terbeliak matanya saat melihat harganya. Dia meneguk air liurnya.

"Mahal ni, Yeon." ujar Chanyeol, perlahan.

Juyeon mencebik. Tangan Chanyeol dilepaskan.

"Awak dengan saya pun kedekut. Padahal duit awak bukan berkurang pun kalau belikan. Saya bukan minta banyak pun," Juyeon merajuk.

Chanyeol mengerling beg yang berada didalam genggaman Juyeon. Kesemua beg kertas itu memiliki nama jenama-jenama terkenal didunia.

Sebut sahaja Louis Vuitton, Tommy Hilfiger, Gucci, Chanel, Miu Miu. Dan sekarang, Juyeon inginkan Bulgari pula.

Mati dia kalau kena berbelanja sebegini setiap hari. Harga barang-barang didalam tangan Juyeon bersamaan dengan duit yang boleh dia gunakan untuk hidup selama dua tahun lebih. Bahkan mungkin tiga tahun.

"Awak dah tak sayang saya lah ni?" Juyeon mula bermain psikologi.

Dia menunduk dan ingin menangis, lagi. Itu membuatkan Chanyeol cepat mengalah. Masakan dia mahu membiarkan gadis yang dia cintai selama 22 tahun ini kecewa dengannya.

Dia menunggu lama untuk Juyeon membalas cintanya sejak kecil. Mana boleh dia biarkan gadis ini menjauh darinya sekarang.

"Juyeon. Okey-okey. Kita beli." Chanyeol mengalah.

Juyeon mendongak semula dan kembali tersenyum. Lengan Chanyeol dipeluk.

Saler bertugas menghampiri mereka. Juyeon mulai menilik kaca mata yang diinginkannya.

Sementara Chanyeol, lelaki itu bermain dengan hujung kukunya.

Dia tersenyum, tapi bukan senyuman gembira.

Chanyeol ke kaunter untuk membayar harga kaca mata sementara Juyeon menunggu dan menilik barang lain. Kad kredit milik Wendy diserahkan.

Pekerja kaunter merenungnya sekilas. Dia kelihatan ragu-ragu.

"Son Wendy?" ujarnya kepada Chanyeol.

"Ya--ya?"

"Nama pada kad ni Son Wendy. Ini betul kad encik ke?"

Chanyeol mengerdipkan matanya beberapa kali kerana gugup.

"Haah. Itu nama tunang saya dekat sana."

Chanyeol menunjuk kearah Juyeon yang berada diluar kedai. Pekerja itu mengangguk perlahan walaupun dia masih lagi ragu-ragu. Selesai membayar, Chanyeol dengan pantas keluar.

Pekerja tadi terus menghubungi nombor seseorang sambil memerhati Chanyeol.

"Hello? Saya bercakap dengan Cik Son Wendy ke ni?" tanya si pekerja setelah panggilannya diangkat.

"Ya.. Ini saya.."

Sebelah kening pekerja itu terangkat. Juyeon, gadis yang bersama Chanyeol tidak memegang telefon pun ditangannya. Bahkan dia sedang bergelak-tawa dengan lelaki itu. Pasti ada sesuatu yang berlaku, getus hatinya.

"Saya nak laporkan kecurian kad kredit Cik."

to be continued

(C)Vampire and Thief |Wenyeol|Where stories live. Discover now