Part 13

149 30 42
                                    

Wendy pergi ke dapur untuk menghilangkan rasa dahaganya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Wendy pergi ke dapur untuk menghilangkan rasa dahaganya. Dia belum bertemu Chanyeol lagi sejak pulang semalam. Wendy pulang agak lewat semalam. Dalam pukul dua pagi.

Sedang dia meneguk air kosong, pintu rumahnya dibuka oleh seseorang. Wendy tidak sedar akan hal itu. Dia sibuk mengelamun didapur.

Orang yang menceroboh rumahnya meletakkan plastik yang dibawanya diatas meja diruang tamu dan mendekati Wendy.

"Hei," panggilnya.

Wendy menoleh. Dia meletakkan gelasnya dan tersenyum manis.

"Juyeon kan?" balas Wendy, cuba untuk bermesra.

Gadis yang berambut tocang itu tersenyum sinis kearahnya. Jelas wajah yang ditunjukkan Juyeon adalah wajah benci.

"Memang tak sedar diri ya?" sindir Juyeon, tiba-tiba.

Itu membuatkan Wendy sedikit terkejut. Sebelah keningnya terjongket. Juyeon ketawa sinis. Kepala Wendy ditunjal olehnya.

"Kau cuma menumpang dekat sini. Tak ada rasa nak keluar ke? Macam mana kau boleh tinggal serumah dengan bos kau tapi tak rasa bersalah pun? Tak ada maruah ya?"

Kata-kata Juyeon membuatkan Wendy tergamam. Dia ketawa dalam hati. Manusia memang mudah lupa diri bila duit ada depan mata ke?

Wendy salah tanggapan pada Juyeon rupa-rupanya. Dia ingatkan Juyeon gadis yang baik-baik dua hari lepas. Tapi, gadia baik pun boleh jadi jahat bila disogok kemewahan kan?

"Chanyeol bos aku. Dia je yang boleh arah aku untuk buat apa-apa. Kau siapa ya?" balas Wendy.

Tak semena-mena, Juyeon menampar pipi Wendy. Wendy tergamam lagi.

Kemarahnnya perlahan-lahan memuncak.

"Aku bakal isteri Chanyeol! Kau tu aku boleh pecat dengan serta-merta bila aku kahwin dengan dia! Sedar diri sikit yang kau tu menumpang je perempuan sial!" marah Juyeon.

Nafas Wendy sudah tidak teratur. Tangannya dikepal. Matanya berubah merah. Gigi taringnya hampir keluar. Pisau yang berada dibelakang Juyeon terangkat dengan sendirinya.

Baru sahaja Wendy ingin melempar pisau tersebut kearah Juyeon, suara Chanyeol mematahkannya. Pisau itu kembali ke tempatnya.

"Ada apa bising-bising ni?" tanya Chanyeol yang baru sahaja bangun dari tidurnya.

Juyeon berubah watak. Dia menampar pipinya sendiri seraya menangis lalu berlari memeluk lengan Chanyeol.

"Chanyeol..."

Chanyeol cemas. Kenapa Juyeon menangis ni? Dia merenung Wendy yang nampaknya tak faham dengan apa yang berlaku. Chanyeol berkerut.

"Kenapa, Juyeon?"

"Dia marah saya, Yeol. Saya takut.." Adu Juyeon. Dia berlindung dibelakang Chanyeol.

"Wendy marah?"

"Dia suruh saya keluar dari rumah ni. Dia marah saya sebab dia cemburu, Yeol." Juyeon mereka-reka cerita.

"Yah! Bila masa aku--"

"Tengok Yeol dia marah saya lagi.. Saya takutt.."

"Chanyeol, kau percaya cakap dia?" soal Wendy kerana Chanyeol nampak seperti hampir terpedaya dengan penipuan perempuan talam dua muka itu.

Chanyeol tak menjawab. Juyeon memegang pipi Chanyeol dan mengarah lelaki itu supaya memandangnya.

"Kalau awak sayang saya, halau dia." arah Juyeon.

"Kejap Juyeon--"

"Dia benci saya Yeol! Dia tampar saya tadi!"

Juyeon menangis sampai melutut. Wendy terpegun dengan lakonan gadis itu. Baru dua hari bertemu, Juyeon sudah pandai memanipulasi keadaan.

"Wendy. Betul ke kau tampar Juyeon?" tanya Chanyeol.

"Saya--"

"Kenapa awak tak halau lagi! Mana dia nak mengaku, Yeol. Halaulahh.." Juyeon merayu lagi.

Chanyeol sepertinya lebih memihak pada Juyeon. Itu membuatkan Wendy terkesima.

"Wendy.. tolong.."

"Saya faham. Saya akan keluar dari rumah ni sekarang, tuan." sindir Wendy.

Dia dihalau dari rumahnya sendiri. Lawak apakah ini? Chanyeol diam. Dia mahu membela Wendy tapi Juyeon nampaknya sedang dalam ketakutan.

Chanyeol tahu siapa Wendy. Takkan lah Wendy menggunakan kuasanya untuk menakutkan Juyeon? Jahatlah kalau itu betul. Juyeon cuma manusia biasa.

Saat Wendy melintasi ruang tamu, dia menoleh kearah rak gambarnya. Kesemua gambarnya telah hilang. Mata Wendy terarah pada tong sampah berdekatan. Dia ternganga.

"Terima kasih sudi tumpangkan saya, tuan. Maafkan saya kalau kehadiran saya buatkan tuan rasa terganggu."

Wendy tidak jadi naik ke bilik untuk mengambil baju-bajunya. Dia terasa. Gambar bersama ibu bapanya dibuang dengan bersahaja oleh Chanyeol. Sampai hati lelaki itu buat dia begini.

Chanyeol ingin mengejar Wendy namun dihalang oleh Juyeon. Gadis itu memeluk Chanyeol dan menyambung tangisannya.

Baru kali ini Chanyeol rasa berbelah-bahagi. Rambut Juyeon dielus lembut.

Macam mana dia nak hidup dalam rumah yang bukan milik dia?

Berapa lama dia bakal bertahan?

to be continued

(C)Vampire and Thief |Wenyeol|Where stories live. Discover now