Part 16

171 30 17
                                    

"Sa--satu juta?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sa--satu juta?"

Wendy ternganga saat mendengar kata pekerja daripada Bvlgari kepadanya. Mereka menyangka yang Chanyeol telah mencuri kad kreditnya kerana mereka belum pernah melihat wajah lelaki itu sebelum ini.

Dan mereka juga kenal dengan wajah Wendy memandangkan gadis itu adalah pelanggan VIP disana. Tak mungkinlah Cik Wendy yang sentiasa mengunjungi outlet mereka kelihatan sangat murahan.
Kalau pun Wendy melakukan pembedahan plastik, mereka berani mengatakan yang pembedahan itu gagal betul-betul dihadapan muka Wendy.

"Iya cik. Perlu ke saya hubungi pengawal untuk tangkap dia sekarang?"

"A--aniyo. Jangan!"

"Habistu cik macam mana ni? Bukan sikit dia belanjakan duit tadi."

"Saya akan selesaikan sendiri. Terima kasih sebab dah beritahu."

"Baik, cik. Cik nak saya tolong blacklistkan kad cik di outlet kami dulu ke buat sementara waktu?"

"Jangan! Saya tahu apa yang saya perlu buat. Sekali lagi terima kasih ya?"

"Baik, cik. Saya minta maaf kerana menganggu."

Panggilan ditamatkan. Wendy mendapat notifikasi daripada banknya tentang pengeluaran wang yang dia lakukan hari ini.

Gadis itu mengeluh. Walaupun Chanyeol keluarkan begitu banyak duit hari ini, kekayaannya masih belum terhakis. Bukan duit yang Wendy risaukan sekarang. Kerana dia tidak takut jatuh miskin. Tak. Dia memang tak akan jatuh miskin. Mana ada vampire miskin dalam dunia ini.

Tapi Wendy lebih risaukan Chanyeol. Dia takut Chanyeol akan terbuai dalam kemewahan sehingga lupa diri. Chanyeol perlu sedar itu bukan dirinya yang sebenar.

Bukan dia nak kata yang Chanyeol perlu ingat yang lelaki itu asalnya miskin. Tapi memang betul pun kan?

Pintu bilik lokar dibuka oleh seseorang. Wendy menoleh dengan pantas.

"Dah siap?" soal Sehun sambil tersenyum manis.

Wendy sekarang berada didalam bilik lokar di hospital. Tempat para doktor menyalin pakaian mereka sebelum masuk kerja. Gadis itu segera memakai baju doktornya dan menyimpan telefonnya didalam poket. Dia mengangguk kearah Sehun.

"Khaja. Ada ramai pesakit tengah tunggu." ajak Sehun.

Keduanya terus keluar. Tiba sahaja dikoridor yang sesak dengan orang, wajah Sehun terus berubah dingin. Wendy cuba mengikut sahaja dari belakang.

Sampai dihadapan wad kecemasan, langkah Sehun terhenti. Dia menoleh kearah Wendy.

"Tercegat apa lagi?! Dah masuk kerja tu pergilah buat kerja!" jerkahnya.

Wendy terperanjat begitu juga dengan doktor-doktor yang berada disekelilingnya. Ketua singa dah kembali. Itu yang suara hati Wendy katakan.

Sehun mengenyit matanya kearah Wendy. Memberi isyarat bahawa dia berlakon sahaja. Matanya bergerak menyuruhnya pergi sekarang.

"Ba--baiklah, ketua!" jawabnya takut-takut dan berlari.

Sehun menjeling Wendy sambil diperhati doktor-doktor lain.

"Apa pandang-pandang?! Kau takde kerja?!"

"ADA DOC!" jawab mereka serentak dan berlari juga.

Sehun memerhati Wendy yang sedang cuba memenangkan pesakit yang baru datag. Dia terus beredar sambil tersenyum.

Tak sangka, dia tak perlu menyimpan lagi perasaannya terhadap Wendy seperti sebelum ini.

Manakala Wendy, dia disapa oleh doktor kardiac bernama Seulgi. Rakan bilik bedahnya. Siku Wendy disenggol.

"Kau okey Wen?" soal gadis bermata sepet itu. Wendy mengangguk.

"Haih dia tu. Kau cuti, dia marah. Kau masuk kerja pun dia marah. Entah apa masalah dia tu." Rungut Seulgi.

Wendy tersenyum pendek.

"Biarlah dia. Aku kan dah biasa dengan semua tu."

Seulgi mengangguk. Siapa sahaja tak tahu akan ulah Wendy? Sehun boleh kena darah tinggi setiap kali berdepan dengan Wendy. Suara jeritan lelaki itu sampai boleh didengari diluar pejabat saat dia memarahi Wendy.

Wendy bergegas menolong seorang lelaki yang sedang mengerang kesakitan. Dia menolak lelaki itu agar berbaring diatas katil. Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu mengerang sambil menekan perutnya.

"Encik. Tolong bagitahu bahagian mana yang sakit encik!" arah Wendy.

Jururawat berada disebelah sambil memegang lengan lelaki.

"Perut..perut.."

Lelaki itu menekan perut bahagian kanan. Wendy mengalihkan tangannya dan terus memeriksanya. Lelaki itu menjerit kuat.

"Apendisitis.." ujar Wendy.

Jururawat merenung Wendy.

"Buat imbasan CT dan ujian darah sekarang." arahnya. Tak lama selepas itu, salah satu jururawat menghulurkan ipad kepadanya.

"Ini doktor.."

"Apendiks dia dah membengkak.." gumam Wendy perlahan.

"Sediakan bilik bedah dalam masa 15 minit. Kita akan buat pembedahan laparoscopic pada pesakit." Arahnya.

Pesakit lelaki itu cuba membuka matanya. Dia terkejut saat melihat doktor Wendy yang berada disebelahnya.

"Tak--Tak nak! Aku--Aku tak nak dia!" jeritnya. Dia cuba untuk menghalau Wendy. Jururawat lelaki memegang pesakit tersebut agar tidak banyak bergerak.

"Aku tak nak mati di tangan dia.." ujar lelaki itu.

Wendy terdiam. Sebegini takut kah pesakit dengannya? Orang disekelilingnya dipandang. Mereka menjatuhkan pandangan daripada melihat Wendy.

Pesakit lelaki itu semakin meraung-raung kesakitan.

"Doktor? Macam mana ni?" soal jururawat, cemas.

"Sediakan bilik bedah sekarang. Saya akan datang sekejap lagi."

Wendy tekad. Dia tak akan jadi pengecut lagi. Dia akan cuba untuk melawan ketakutannya.

"Aku seorang doktor. Aku dah berikrar untuk membantu mana-mana orang yang perlukan bantuan. Jangan mengalah, Wendy."

to be continued


Long time no see.. rindu tak? tak? :(

(C)Vampire and Thief |Wenyeol|Where stories live. Discover now