Part 19

180 33 6
                                    

Wendy mengusap tangannya yang disapu ubat oleh Chanyeol tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Wendy mengusap tangannya yang disapu ubat oleh Chanyeol tadi. Dia tersenyum.

Takkan lah dia dah betul-betul jatuh cinta dengan Chanyeol? Wendy memandang jam pada dinding. Shiftnya telah tamat. Wendy mengambil begnya untuk pulang ke rumah.

Keluar sahaja dari hospital, dia nampak Sehun yang sedang menunggu diluar kereta. Lelaki itu melambai-lambai kearahnya. Wendy pulang bersama Sehun tanpa diketahui rakan-rakan doktor yang lain. Boleh kecoh kalau mereka tahu si pembuat masalah dan singa sudah berbaik.

Tak lama selepas itu, Wendy dan Sehun sampai dirumah.

Wendy membersihkan dirinya dan keluar ke ruang tamu. Dia terpandang bilik yang yang dikunci rapi dari luar berdekatan dengan bilik bawah tanah.

"Tengok apa?"

Wendy menoleh. Dilihatnya Sehun yang sudah pun selesai menukar pakaiannya. Lelaki itu membawa buku ditangannya.

"Tak ada apa. Bilik tu je." jawab Wendy.

"Ouh. Jangan masuk eh?"

"Kenapa? Sorok apa dalam tu?"

"Manusia."

"Hah?!"

"Hahahaha. Adalah. Tapi serius ni, jangan masuk ya?"

Sehun bergerak ke meja dan mula menelaah buku. Dasar ulat buku kacak. Wendy mengabaikan sahaja apa yang Sehun kata dan pergi duduk disebelah lelaki itu.

Dia memerhati Sehun yang sedang memakai kaca mata untuk membaca. Ya Tuhan. Kenapalah kacak sangat?

"Daripada awak pandang muka saya yang kacak ni, baik awak belajar sama-sama dengan saya."

Wendy tersentak. Malu dia dibuatnya. Wendy mengerling kearah buku yang dibaca oleh Sehun. Tiba-tiba, Sehun mengalihkan tangannya ke belakang dan memegang kerusi Wendy. Dia mendekat kearah Wendy.

"Wendy.. Pernah dengar tak pasal---"

Wendy mengelamun lagi. Entah kenapa muka Sehun tiba-tiba berubah menjadi wajah Chanyeol.

Dia nampak Chanyeol yang sedang bercakap dengannya sekarang. Lelaki itu nampak sungguh berkarisma sekarang. Pipi Wendy menjadi merah.

"Wendy-ah, saranghae.."

Chanyeol yang dibayangkan oleh Wendy tiba-tiba mengungkapkan perasaan cinta kepadanya. Dalam tak sedar, Wendy membalasnya.

"Saranghae.."

Sehun tersentak. Berkelip-kelip matanya memandang Wendy sekarang. Gadis itu nampak macam dilamun cinta dengannya.

"Wen? Awak okey tak ni? Saranghae?"

"Apa?"

"Awak cakap awak cintakan saya tadi,"

"Bila?"

"Tadi?"

Wendy melongo. Dia menekup mulutnya. Wajah Chanyeol telah kembali kepada Sehun sekarang. Wendy terus menampar pipinya semula.

"ARGHHHHH!!!"

...

"Hai, Wendy?" sapa Chanyeol saat gadis itu tiba di hospital. Wendy merenung sekelilingnya.

"Saya?"

"Yelah kau lah. Wendy mana lagi? Ada berapa banyak Wendy dalam dunia ni?" Balas Chanyeol, menyampah.

"Well. Ada Wendy William, Wendy si restoran, Wendy Red Velvet—"

Nampaknya Chanyeol harini tak menyamar seperti biasa. Dia cuma memakai hoodie sahaja seperti orang gelandangan. Eh! Orang normal maksudnya. Dahtu kalau pakai tuksedo macam CEO tak normal lah?

Wendy teringat pula semalam apa yang dia bayangkan. Malunya dia kalau Chanyeol tahu.

"Awak buat apa lagi dekat sini? Tak ada kerja?" Wendy cuba bersikap dingin.

"Asyik-asyik nak sindir aku. Aku pencuri memanglah takde kerja." Chanyeol mendengus, tak berpuas hati.

Wendy ketawa. Rambut Chanyeol diacak-acak olehnya.

"Mana ada sindir. Saya tanya jelah." kata Wendy jujur.

"Aku datang nak pujuk kau balik lagi. Ingat aku akan putus asa dan dengar je apa yang kau kata? Jangan harap!"

"Hmm. Teruskan usaha tu ya? Awak baliklah dulu. Saya kena masuk kerja sekarang ni."

"Kerja lagi penting eh?"

"Mestilah. Awak tak ada kerja mana nak faham?"

Chanyeol mencebik. Lagi sekali Wendy menyindirnya. Bibirnya dimuncungkan. Chanyeol mula angkat kaki untuk pergi namun ditarik oleh Wendy semula. Gadis itu menayangkan senyuman manisnya.

"Alala. Janganlah merajuk. Kali ni saya betul-betul minta maaf. Okey?"

Wendy menayangkan aegyo kepada Chanyeol sekarang. Itu membuatkan Chanyeol ketawa. Nampak lawak betul bila Wendy berusaha nak nampak comel.

"Aku nak keluar dengan kau harini. Sudi tak?"

"Keluar dengan pencuri?"

"Wen.."

"Hehe. Boleh tapi lepas tengahari ya? Awak tunggu saya dekat sini."

Chanyeol memeriksa jamnya. Jam murah sahaja. Yang ada gambar iron man dan boleh keluar suara tu. :)
Dia mengangguk bersetuju dengan cadangan Wendy.

"Tapi kenapa awak tiba-tiba nak keluar dengan saya ni?" soalnya.

Tak ada angin, tak ada ribut, Chanyeol ajak keluar. Kenapa tak keluar dengan Juyeon je?

"Semalam aku mimpi kau."

Wendy tersentak. Chanyeol nampak serius.

"Sa--saya? Saya buat apa?"

"Kau buat.."

Chanyeol mendekatkan wajahnya kepada Wendy. Gadis itu sudah pun bersedia menutup matanya dan memuncungkan bibirnya. Chanyeol berkerut seribu.

Dahi Wendy dijentik.

"Kau buat muka pelik tu lagi aku jentik macam ni lagi.."

"Yahh!"

"Apa-apa pun. Jumpa nanti. Annyeong?"

Chanyeol pergi sambil melambai-lambai kearah Wendy tanpa memandang gadis itu. Wendy menghentak kakinya ke tanah. Jelas tak berpuas hati kerana dibuli sebegitu.

"Yahh! Awak tak cakap lagi saya buat apa dalam mimpi awak! Chanyeol!"

Wendy membetulkan bangsnya sambil berdecit. Dia tersenyum dalam diam.

to be continued

(C)Vampire and Thief |Wenyeol|Where stories live. Discover now