"SILA beri tepukan kepada Prof. Jung yang sudah banyak mencurahkan ilmu kepada kita. Tidak lupa juga kepada dua pelatih kita, Huang Zi Tao dan Park Chanyeol. Mereka akan berpindah ke Los Angeles kerana perkhidmatannya sebagai pelatih penari yang bagus amat diperlukan di sana. Sebab itulah pihak LA meminta dan memohon dua pelatih ini ke sana. Saya rasa satu U dapat merasakan kehilangan dua pelatih ini. Jasa mereka di sini memang kami kenang." Pengacara majlis, Prof. Gabriella berhenti bercakap kerana tidak dapat menahan dengan sebak di dada. Memang benar apa yang dia maksudkan tadi. Seluruh pelajar-pelajar dan tenaga-tenaga mengajar termasuklah pelajar-pelajar praktikal semalam menitiskan air mata kerana mengadakan raptai untuk majlis ini untuk kali yang terakhir. Apa yang dia perasan semalam, dua gadis yang selalu bersama dengan Tao dan Chanyeol tiada. Tercari-cari juga dia dimanakah perginya gadis-gadis itu tetapi tidak sempat mahu menanya kerana terlalu sibuk semalam. Kalau melihat hari ini, nampaknya ada dua orang itu. Tetapi jauh di hujung penjuru dewan yang cantik dihias ini. Siaa sangka? Tao dan Chanyeol menghias dewan ini untuk majlis perpisahannya sendiri. Itu yang paling memilukan. Cantik dekorasi dewan ini. Penuh dengan cita rasa orang ramai tapi itulah... berita tak disangka-sangkan? Nak buat macam mana lagi?
"Baiklah maafkan saya. Kesedihan saya memang tak dapat saya bendungkan. Sebum saya terlupa, kita ada pengganti kepada dua orang pelatih kita yang akan berpindah tu tapi sayangnya saya masih lagi tertanya-tanya siapa dua lelaki itu. Baiklah, bagi mengakhiri majlis, ke semua pelajar dikehendaki memberikan kata akhir kepada tiga orang teraju tenaga kita sebelum Tao dan Chanyeol ke lapangan terbang."
NAFAS dihela berkali-kali untuk menenangkan diri sendiri. Lagi tadi dia tercari-cari Hanna dibarisan pelajar yang panjang untuk menemuinya ini sebelum dia ke lapangan terbang nanti. Ini sudah hampir di penghujung, kelibatnya langsung tiada. Bukan Hanna sorang, Ayuna pun ikut tak ada. Hati Chanyeol dan Tao sedikit hampa.
"Oppa,"
Tao dan Chanyeol tersenyum melihat dua orang gadis setahun lebih muda daripada Ayuna dan Hanna. Siapa lagi kalau bukan Suzy dan Hyuna. Dulu, gadis itu terkenal dengan geng queenkanya. Kini, sejak mereka berdua dipinggirkan dan dikulikan oleh Hyorin, mereka terkenal dengan assigment yang baik dan cemerlang pula. Tao dan Chanyeol benar-benar tidak sangka. Yelah, setiap manusia boleh berubah mengikut kepercayaan dan motivasi diri. Betul tak?
"Ya. Apa khabar? Sihat adik-adik oppa ni?" Ramah Chanyeol berbahasa. Tao dan Suzy berbalas senyuman. Ketika Suzy bergeng dengan Hyorin dulu, Suzy benar-benar berminat dengan Tao sehingga pernah bertekak dengan Ji Yeon. Tao tahu Suzy dan Ji Yeon menyukainya ketika ada gosip-gosip mengatakan yang Ji Yeon menulis namanya di dalam buku diari. Suzy pula ketika gadis itu terlepas cakap dengan Chanyeol dan kebetulan dia berada di situ. Jadi dari situlah Tao tahu yang Ji Yeon dan Suzy menyukainya. Itu belum tahu cerita Chanyeol lagi bagaimana Hyuna dan Tiffany bertepuk tampar dulu? Tetapi sekarang Suzy sudah menganggap Tao itu seperti abang kandungnya sendiri.
"Sihat. By the way, ni hadiah untuk Tao oppa dengan Chanyeol oppa. Hope, oppa suka dengan hadiah yang tak seberapa ni." Hyuna mengeluarkan dua kotak bersaiz sederhana besar dan dihulurkan kepada dua lelaki kacak ini. Satu untuk Tao dan satu lagi untuk lelaki yang diminatinya. Ketika dia menyukai Chanyeol dahulu, tiada sesiapa yang tahu. Sejak telefon bimbitnya diambil oleh Tiffany tanpa kebenarannya dahulu, habis rahsianya terbongkar kerana dia meletakkan gambar Chanyeol menjadi kertas dindingnya. Sejak dari situlah Hyuna tahu yang Tiffany juga turut menyukai Chanyeol. Hampir sahaja kes mereka bertepuk tampar itu melibatkan polis kerana lengan Tiffany luka dan lebam. Bukan salahnya. Salah gadis itu sendiri kerana tersandung benda dan menyebabkan tubuhnya luka. Mujur ketika itu hanya Prof. Gary dan Prof. Haha sahaja yang tahu. Kena marah juga tu. Kalau tidak... huh!
"Gomawo... boleh oppa buka kat sini?" Senda Chanyeol sambil membuat wajah kacaknya di hadapan Hyuna. Hati Hyuna sedikit tergugat melihat wajah tersenyum Chanyeol tetapi dia menasihati hatinya supaya menganggap Chanyeol itu seperti abangnya sendiri. Sama seperti Suzy menganggap Tao seperti abang kandungnya juga.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.
FanfictionPaling taik pernah aku buat. 2015.