TAO dan Kim Ayuna memandang sesama sendiri selepas masuk ke dalam dewan besar ini. Ada satu adegan yang benar-benar mengejutkan diri mereka berdua.
"Chanyeol oppa?!" Kim Ayuna meninggikan suara. Mahu terepas rasanya beg plastik yang dijinjing dari kereta tadi apabila melihat keadaan Choi Hanna dan Chanyeol.
"Hanna sshi!" Bukan Kim Ayuna sahaja yang rasa, tapi Tao pun ikut memanggil nama rakan baiknya. Siapa tidak terkejut melihat Choi Hanna dan Chanyeol seakan-akan... bercium?!!
"Eh, Tao, Ayuna. Bila korang sampai?" Soal Choi Hanna pantas dan terus menolak tubuh Chanyeol yang sedang menolehkan kepalanya ke belakang sekuat hati. Dengan sekali percubaan sahaja, boleh pula. Kalau dia buat lagi tadikan bagus. Tak adalah sampai Kim Ayuna dan Tao buat muka terkejut memandang mereka berdua.
"Hmm... baru je tadi. Tu yang ternampak korang berdua mac..." tidak sempat menghabiskan ayat, tiba-tiba jari telunjuk Tao berada di bibirnya. Menyuruhnya agar tidak meneruskan kata-kata lagi.
"Err... nothinglah." Sambung Kim Ayuna apabila jari Tao sudah tidak melekat lagi pada bibirnya. Dia agak bengang juga bila Tao melakukan itu di hadapan Chanyeol dan Choi Hanna.
"Oh ya, Chanyeol, kau dah siap decorate meja?" Tanya Tao dan serentak itu juga, dia menukar topik perbualan sekali. Kasihan pula nelihat Choi Hanna dan Chanyeol yang kelihatannya agak sedikit kekok berdiri di hadapannya.
"Dah. Tu dah siap. Apa yang kau beli?" Chanyeol bertanya supaya keadaan akan pulih seperti biasa. Seolah-olah tiada benda yang berlaku.
Kaki ditapak menuju ke tempatnya yang asal tadi. Pada mula-mula dia membuat kerja. Sesekali matanya merenung Choi Hanna yang kelihatannya sedikit marah kepadanya. Keluhan berat dilepaskan. Niatnya hanya mahu bergurau. Tidak sangka pula Tao dan Kim Ayuna boleh nampak. Lagipun mereka berdua bukannya bercium betul pun. Masalahnya, baru je nak cium, ada suara yang memanggil. Tu yang tak jadi tu. Kiranya Kim Ayuna dan Tao nampak keadaan mereka seperti sedang berciuman.
"Aku beli kain tirai. Kau rasa kena ke tidak warna ni? Ayuna yang pilih."
Chanyeol diam sebentar. Dia membelek dua kain tirai panjang berwarna merah hati dan putih krim. Kain itu ialah kain satin dan agak jarang juga. Bukan Tao yang pilih, Kim Ayuna yang pilihkan. Nak harapkan Tao, huh, warna muntah orang pun dia kata cantik. Bab-bab memilih warna, Tao memang fail.
"Aku rasa lagi okey kut kalau ada warna hitam. Lebih romantik." Cadang Chanyeol. Plastik besar berisi kain-kain tirai tadi diletak di atas meja. Kini, tiba masa nak memanjat dan hendak menggantung tirai pula. Mujur sahajalah hanya distapler dapat lekat pada dinding. Jika tidak payah juga tu. Majlis awal bulan hadapan tetapi hari ini sudah sibuk itu dan ini. Nampak sangat yang majlis perpisahan ini akan berlangsung dengan gilang-gemilang.
"Hmm... kalau macam tu, esok aku beli dengan Ayunalah. Kau stay sini eh dengan Hanna. Tapi, kalau ya pun kau dah suka, agaklah sikit wei. Buatnya pengetua nampak. Tak ke haru?!" Pesan Tao dalam nada berbisik. Bimbang Kim Ayuna dan Choi Hanna yang sedang menggubah bunga-bunga kertas di dalam bekas tidak jauh dari mereka berdua.
"Hish kau ni! Sekali aku kick. Terpelanting kau."
"Alah, ada hati nak kick aku. Material arts entah sampai level berapa." Ujar Tao. Chanyeol ketawa kecil. Antara dia dan Tao, Tao lebih kuat kerana lelaki berusia awal 20-an itu menimba ilmu material arts sejak kecil lagi. Jadi wajarlah jika Chanyeol merendah diri sedikit.
"Tao, aku nak pergi jumpa Prof. Gabriella kejaplah. Tadi dia cakap nak cakap something." Chanyeol bersuara sekali lagi. Aduh, banyak betul kerja yang nak kena buat. Boleh botak kepala lama-lama.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.
FanficPaling taik pernah aku buat. 2015.