Bab 10

2.4K 152 1
                                    

CHOI Hanna dan Chanyeol masuk ke dalam dewan yang besar itu. Tidak berkelip mata Choi Hanna melihatnya. Atas bawah, kiri kanan, depan belakang ditenungnya. Sebesar-besar dewan ni, nak dihiasnya? Gila apa?!

"Hei, termenung apa tu? Marilah sini." Panggil Chanyeol apabila Choi Hanna asyik berdiri kaku di hadapan pintu besar dewan itu. Dia faham yang Choi Hanna pasti terkejut kerana kena mengemas dewan sebesar bilik kuliah yang boleh memuatkan 3,000 orang pelajar ini. Tapi apa boleh buat? Dah ini yang perlu dilakukan oleh dia, Choi Hanna, Tao dan Kim Ayuna.

Pasangan lagi satu itu rasanya lagi penat kerana kena mencari bahan-bahan perhiasan untuk dewan ini. Kalau pengetua Lee Kwang Soo tidak meletakkan nama mereka berempat sebagai ahli-ahli program dan dekorasi dewan, pasti sebentar lagi mereka akan pulang. Tapi disebabkan ini, terpaksalah mereka pulang lewat ke rumah. Aduh...

Choi Hanna mendekati Chanyeol yang sedang mencari sesuatu di bawah pentas yang tingginya paras pinggang Chanyeol yang tinggi lampai ini.

"Awak cari apa tu?" Tanya Choi Hanna. Risau betul melihat Chanyeol yang ke hulur ke hilir tidak reti duduk diam. Entah apa benda yang dicarinya.

"Saya tengah cari pisau lipat. Semalam saya rasa, saya ada bawa ke sini. Tapi..."

"Alah, dah-dahlah tu, Chanyeol. Penatlah mata saya tengok." Choi Hanna mula meluahkan ketidakselesaan dirinya. Dia duduk bersila di tengah-tengah pentas. Disebabkan bosan dan malas punya pasal, iPhone6 yang hari ini satu hari dia tidak godeh dikeluarkan dari poket seluar jeans.

"Hanna," panggil Chanyeol. Lelaki itu sibuk mengenakan kain berwarna merah terang pada tepi meja. Dia mahu menstaplerkannya tetapi disebabkan stapler besar khas untuk benda keras jauh dari tempatnya, dia meminta tolong Choi Hanna. Tetapi gadis itu sibuk menghadap telefon pula.

"Hanna," panggil Chanyeol lagi sekali. Tidak sangka pula yang Hanna ini kurang pendengaran. Bukan apa, baginya panggilan itu cukup kuat tapi kenapa Choi Hanna boleh tidak sedar? Ini yang tak sabar ni.

"Choi Hanna!" Jerit Chanyeol sekuat hatinya. Choi Hanna punya terkejut. Nasib baik tak terjatuh iPhonenya. Kalau tidak...

"Apa?! Awak ni, next time kalau panggil tu elok-eloklah sikit. Ini tidak. Nasib baik tak jatuh tau." Marah Choi Hanna. Dadanya masih lagi berombak tanda masih lagi terkejut.

"Aik? Saya pula yang kena marah? Saya panggil awak banyak kali tau? Awak tak dengar. Tu yang saya jerit tu." Chanyeol menerangkan lebih terperinci. Dah memang betul. Sekali dinaikkan volume, terkejut.

"Hish! Awak nak apa?" Kembali kepada suara yang normal. Di bangun setelah telefonnya dimasukkan ke dalam poket kembali. Kakinya berjalan mendekati Chanyeol yang sedang mencangkung di tepi meja yang perlu dihiasnya itu.

"Ambilkan saya stapler tu." Pinta Chanyeol. Choi Hanna hanya menurut apa dipinta seniornya. Yelah, hormatkan?

"Ada apa-apa lagi tak yang saya nak kena tolong?" Tanya Choi Hanna selepas sahaja memberikan stapler tadi kepada Chanyeol.

"Ada. Tapi tunggu Tao dengan Ayuna balik dululah. Tapi..." Chanyeol bangun. Lenguh pula kerana mencangkung terlalu lama.

"Apa dia?" Kening terangkat menanti jawapan Chanyeol.

"Tapi.. awak kena tolong saya dulu. Tolong ambilkan kerusi untuk saya. Kaki saya lenguhlah." Pinta Chanyeol sambil membuat muka kacaknya. Choi Hanna tersenyum nipis. Dia agak tergoda dan terbuai dengan wajah Chanyeol tadi. Nampak comel sangat! Dia suka!

Kerusi plastik dicapai lalu dihulurkan kepada Chanyeol. Chanyeol menyambutnya tanpa sepatah dua kata.

KETAK! KETUK! Stapler yang Chanyeol pegang tadi mula beroperasi. Choi Hanna yang masih lagi statik itu mula rasa bosan kembali. Keluhan berat dilepaskan.

[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.Where stories live. Discover now