Bab 38

1.4K 105 0
                                    

KALAU Jackson sudah menyedari yang Suzy menyukainya, kenapa tidak V untuk meneruskan hasratnya melamar Hyuna untuk menjadi suri hatinya?

Hari ini V ada temujanji dengan Hyuna di taman. Tanpa pengetahuan sesiapa. Mereka bercadang mahu memberitahu yang lain tentang ini selepas mereka bertunang nanti. Lihat? Target dah awal-awal letak ni.

"Oppa," suara Hyuna memecah kesunyian taman yang dipenuhi bunga-bungaan cantik ini. V tersenyum sambil melirik ke arah Hyuna yang duduk di sebelahnya.

"Lama ke tunggu?" Tanya Hyuna. V menggeleng. "Belum. Oppa baru je sampai." Kata V. Kekok pula dia jika bercakap dengan pelajar praktikalnya sendiri. Tidak pula seperti bercakap dengan Hanna. Mudah je memulakan bicara. Ini? Macam baru kena cium je gayanya.

"Oppa nak apa jumpa? Nanti kalau orang nampak macam mana?" Hyuna memberitahu kerisauannya. Bimbang betul jika ada yang nampak. Sudahlah Hanna tidak tahu yang mereka ada hubungan. Kalau tiba-tiba nampak macam mana? Dah susah...

"Taklah. Kita tak lama. Nanti baliklah. Lagipun dah petang. Malam ni oppa nak hang out dengan Jackson." Ujar V. Hyuna mengangguk dan mahu mendengar apa sambungan ayat V.

"Hyuna setuju tak kalau kita bagitahu pasal hubungan kita pada diorang... sekarang?" Tanya V ragu-ragu. Hyuna sedikit terkejut.

"Lah, oppa cakap hari tu masa kita lepas bertunang nanti." Sedikit tidak menyokong cadangan V. Mereka ini seperti pasangan yang tidak direstui ibu dan ayah sahaja keadaanya. Takut nak memberitahu perkara yang sebenar.

"Ya. Tapi kalau kita bongkarkan lepas kita tunang, Hyuna tak rasa ke yang diorang akan marah? Yelah, kita dah bertunang, baru diorang tahukan? Tak rasa macam..." V menggantungkan ayatnya. Hyuna mengangguk. Faham dengan apa yang V mahu sampaikan walaupun tak habis ayatnya. Dia berfikir sejenak.

"Habis tu, oppa nak bagitahu bila?" Soal Hyuna. V diam. Mahu berfikir sebentar. "Esok?" V menjongketkan kening. Hyuna menggeleng laju.

"Mana boleh! Esok oppa ada full classkan? Mana sempat."

V mula kebingungan. Sah, dah macam pasangan tak direstui pula. Pasangan kahwin lari pun tak ubah. Cemas V dan Hyuna sama seperti pasangan kahwin lari dan pulang dengan seorang kanak-kanak yang dipanggil anak. Tu kalau betul-betul, sentap dua bulan tu. Tak percaya? Buatlah.

"Emmm... lusa?" V bersuara.

Sekali lagi Hyuna menggeleng. "Unnie dua orang tu ambil cuti. Tak ada."

V mengerutkan dahi. "Nak ke mana?" Cuti? Tak pernah Ayuna dan Hanna mengambil cuti. Tambahan pula dalam waktu genting musim pertandingan menari masuk macam ni. Memang taklah. Ada apa ya?

"Entah. Tak tahu pula. Apa kata kalau hari ni je, oppa. Malam ni, kita suruh diorang berkumpul. Then kita bagitahulah." Cadang Hyuna. V nengerutkan dahi kerana berasa pelik dengan cadangan Hyuna.

"Oppa dengar dah macam nak adakan mesyuarat je." Itu pula jawapan V.

Hyuna mengeluh. "Dah pulak? Habis tu?" Cerewet juga mamat ni. Nasiblah dapat, Hyuna Hyuna, getus hati Hyuna perlahan. Wajah kacak milik Kim Taehyung ini dipandangnya dalam-dalam.

"Emm... kita bagitahu hari ni jelah. Kita pergi sekarang.." Kata V. Seakan-akan sudah memberikan kata putus. Hyuna terdiam sebentar sebelum menganggukkan kepalanya tanda setuju.

Mereka pun bangun bersama. Baru sahaja tangan mereka berpegang sesama sendiri, tiba-tiba ada tepukan tangan berbunyi di belakang, hadapan, kiri dan kanan mereka. Semuanya kuar daripada belakang pokok-pokok menyebabkan V dan Hyuna terkejut badak.

[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.Where stories live. Discover now