Bab 22

1.5K 107 3
                                    

AGAK-AGAK sempat ke tidak ya jika dia pergi sekarang? Baju-baju sudah siap dimasukkan ke dalam bagasi dan tinggal bertolak ke lapangan terbang sahaja. Jadual penerbangannya ke Jepun pukul 6 petang dan sekarang jam 5 petang. Bila difikirkan soal Tao yang dibiarkan tanpa kata itu, perasaan bersalahnya mula menyerbu. Dia memang tidak dapat terima apabila pengetua memberitahu yang dia dan Hanna perlu ke Jepun petang itu juga selepas majlis untuk menemui pengganti Tao dan Chanyeol. Sekali gus menjemput mereka berdua yang masih tidak tahu apa namanya itu. Tetapi apa yang pasti adalah lelaki.

Pada awalnya, dia sudah berjanji mahu menghantar lelaki itu ke lapangan terbang bersama dengan Hanna dan Chanyeol sekali. Tetapi bila berita itu diterima, dia memang sudah tidak tahu mahu berkata apa melainkan akur sahaja. Mujur dia sempat memesan kepada Suzy dan Hyuna supaya memberitahu kepada Tao dan Chanyeol bahawa dia dan Hanna tidak dapat menghantar ke lapangan terbang atas sebab itulah. Tidak tahulah apa responnya kerana dari habis majlis sampailah ke sekarang telefonnya langsung tiada berbunyi. Biasanya tiga jam sekali telefonnya menerima panggilan. Ini langsung satu mesej pun tak masuk!

iPhone5s nya dicapai dan ditenungnya dalam-dalam. Gambarnya bersama dengan Tao menjadi kertas dinding telefon. Dia tersenyum sebentar sebelum senyumannya kembali pudar dan pudar. Kalau mengikut akal dan fikiran, dia mahu mendail nombor Tao dan meminta maaf dengan sendiri. Tetapi jika mengikut hati dan perasaan, dia takut. Takut sebab apa pun dia tidak pasti. Dia memang sedang serba-salah. Tetapi apa salahnya? Ini adalah satu tugas. Bila dibandingkan antara menghantar lelaki itu ke lapangan terbang dan menemui dua pengganti Tao dan Chanyeol, lebih penting yang nombor dua kut? Perkara yang pertama penting dan ianya melibatkan hati dan perasaan. Perkara yang kedua pula lagi penting! Dan ianya melibatkan kerja dan tugasan. Jadi tiada alasan untuk Tao memarahinya. Betul tak?!

"Ayuna sshi!" Panggil Hanna dari tingkat bawah. Ayuna tersentak. Dia bangun dari duduknya lalu keluar dari bilik. Terlihat wajah Hanna yang kelihatan sedikit gelisah itu.

"Ada apa?"

"Headmaster tiba-tiba buat hal. Dia cakap flight kita pukul 5 setengah pula." Ujar Hanna. Wajahnya kelihatan benar-benar kerisauan. Baru je tadi berniat nak berjumpa Chanyeol di lapangan terbang memandangkah jadual penerbangannya dua jam sedikit lewat daripadanya, boleh pula Pengetua Lee telefon dan mengatakan jadual penerbangan mereka telah ditukar kerana pengganti Tao dan Chanyeol meminta mereka supaya bergerak cepat sedikit. Dia fikir aku ni apa?! Robot?!

"Aduh! Apa pasal pula?! Lecehlah macam ni." Rungut Ayuna serentak dengan itu, tangannya menumbuk dinding bilik perlahan. Tertekan betul dengan sikap pengetua yang sejak akhir-akhir ini agak cerewet dan menyakitkan hati. Apa pasal entah dengan pengetua itu. Ada je permintaannya yang boleh membuatkan semua pelajar-pelajar menjadi gila.

"Tahu pun kau! Dioranglah yang suka-suka hati minta kita cepat-cepat ke sana. Fikir kita ni apa?! Patung?!" Protes Hanna geram. Mata dipejamkan seketika sebelum dibukanya kembali. Tubuh Ayuna yang berada di hadapannya dipandang atas bawah.

"Kau nak jumpa Tao oppa?" Hanna menyoal tiba-tiba membuatkan Ayuna terkedu. "Apa pasal kau tanya? Kau nak jumpa Chanyeol oppa?" Ayuna menyoal kembali dan disambut dengan anggukan.

"Emm... kalau macam tu..."

"ADA tak?" Soal Chanyeol kepada Tao. Tao yang sedang mendengar lagu menoleh lalu menggeleng perlahan tanda kehampaan. Dia tahu apa maksud Chanyeol. Sebab itulah dia menggeleng lemah sahaja.

"Aduh..." Chanyeol tersandar lemah. Matanya terpejam dan belakang tangan kanannya didaratkan pada dahi. Berapa kali je dia tanya. Tapi hanya gelengan yang dia terima.

"Aku rasa diorang dah pergi." Tao bersuara. Chanyeol menoleh.

"Bila flight diorang?"

"Tak tahu. Tapi aku try hantar teks kat Ayuna, tapi tak boleh. Tak ada line kut atas flight. Bohonglah kalau kat sini tak ada line." Balas Tao tidak puas hati. Banyak kali dia cuba hantar teks di LINE, tapi satu benda pun tak terbang. Asyik ayat ini sahaja yang diterima, "MESEJ INI TIDAK DAPAT DIHANTAR. PERIKSA DATA ANDA ATAU CUBA LAGI." Fikir tak sakit hati ke?!

[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.Where stories live. Discover now