Bab 3

3.8K 182 0
                                    

"YUNA! Kau ada nampak tak student card aku masa kat Amerika dulu? Tadi aku ada letak kat kocek seluar, tapi bila aku nak ambil, bendanya tak ada. Kau ada nampak tak?" Tanya Choi Hanna sambil tangan tidak henti-henti menyelongkar biliknya. Bilik Kim Ayuna yang berhadapan dengan biliknya memudahkan dia berkomunikasi dengan Kim Ayuna. Buka je pintu bilik, nampaklah Kim Ayuna yang sedang menaip sesuatu di iPadnya. iPhone5s nya sudah berkecai dipijak-pijak di pusat membeli-belah tadi. Jadi yang besar gedabak inilah yang tinggal. Tiada perasaan rasanya mahu beli baru. Balik-balik asyik teringat pasal Jakson tadi. Menyampah pula lama-lama.

"Entah. Tak perasan pula aku. Tercicir kut," jawab Kim Ayuna. Dia memandang Choi Hanna yang sudah berpeluh-peluh itu. Kim Ayuna bangun. Kasihan pula dia melihat kawan baiknya itu. Dia mencapai beg tangannya yang berada di atas meja kecil. Manalah tahu kalau-kalau Choi Hanna tersalah letak ke sampai termasuk ke dalan begnya. Lagipun benda tu penting untuk esok. Tidak mustahil kalau pengetua Universiti Konkuk meminta kad pelajar tersebut sebagai bukti yang mereka berdua belajar di Amerika dulu. Kalau tak ada, macam mana? Dah susah...

"Aduh, masaklah kalau tercicir." Keluh Choi Hanna berat. Mana dia mahu cari lagi? Semua tempat sudah dicarinya, tapi tak ada. Ni yang nak nangis ni!

"Tapi kalau tercicir pun, kalau ada orang jumpa, mesti dia call. Dekat student cardkan ada nombor kau." Kim Ayuna cuba untuk menenangkan hati Choi Hanna.

"Kalau ada yang nak call. Macam kau tak tahu orang sekarang. Lebih baik simpan daripada bagi kat orang yang sepatutnya. Tu pun kalau ada orang yang jumpa. Buatnya terjatuh longkang ke, atas jalan ke, hancur berkecai! Satu maklumat pun dah tak boleh nak scan." Keluh Choi Hanna sedikit berputus asa. Tubuh dihempas lemah pada sofa yang terdapat di dalam bilik Kim Ayuna. Duduk sorang-sorang dalam bilik tak best. Bukan ada kawan pun. Baik melengkar di dalam bilik Kim Ayuna ini.

"Alah kau ni. Think positivelah. Ada-ada orang jumpa." Kata si kawan lagi. Punggung diletak pada birai katil. iPadnya yang tersadai lagi tadi dicapainya. Bila sudah tiada apa yang menarik, ditutupnya semula. Facebook, Twitter, Instagram, dan Tumbler sudah tiada yang menarik perhatiannya. Jam hampir menunjukkan pukul 9 malam namun mata tetap belum dapat dipejamkan. Hati sentiasa berdebar kerana esok, mulalah mereka menjalani praktikal.

"Yuna! Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?!" Sergah Choi Hanna. Kakinya digoyang-goyangkan membuatkan Kim Ayuna tersentak.

"Hish, kau ni pun. Terkejut aku tahu tak?! Kau cakap apa?" Marah Kim Ayuna. Orang tengah sibuk memikir pasal esok, dia memotong pula. Mana taknya tersentak.

"Aku cakap, lelaki dua orang tadi tu handsomekan?"

"Maksud kau... yang melanggar tadi tu?"

Choi Hanna meganggukkan kepalanya. Matanya memandang Kim Ayuna yang sedang membuat muka meluat.

"Handsome tu memanglah. Aku tak nafikan. Tapi yang aku tak boleh tahannya, si sengal tu. Geram aku tahu tak?! Dahlah tak minta maaf apa semua, boleh pulak kata orang tunggul kayu. Eee...!!!" Penumbuk dikepal-kepal. Tilam ditumbuknya beberapa kali. Seolah-olah dia sedang menumbuk Jakson. Terbayang-bayang dia bagaimana Jakson 'membuli' nya pagi tadi. Ikut suka hati dia je.

"Kau jangan. Menyampah-menyampah juga, jangan sampai... fall in love sudah. Dangerous..." bisik Choi Hanna perlahan.

Dia tersengih melihat wajah Kim Ayuna yang menunjukkan pelbagai reaksi itu. Muncung itik, muncung ayam, muncung segala muncung terpamer pada wajah Kim Ayuna.

"Tak payah nak cakap aku. Kau tu. Baru sikit dah pandang-memandang. Senyum-tersenyum dengan... siapa tu namanya..."

"V..."

[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.Where stories live. Discover now