TIDAK tahu mahu berkata apa lagi apabila insan yang disukai berada di hadapan mata. Baru sahaja tadi dia berkata soal Hanna. Dah ada kat depan mata dah. Ketika dia mengangkat telefon Jackson, rakannya itu pergi ke tandas. Takkan nak biarkan? Betul tak? Jadi dia angkatlah. Mula-mula dia agak hairan juga. Macam kenal suara ni? Di dalam hatinya mula target yang itu adalah pelajar praktikalnya dan Jackson. Okey, betullah. Itu memang pelajar praktikal mereka.
Tapi bila pelajar itu memperkenalkan diri sebagai Choi Hanna dan siap memberitahu pemilik nombor yang menelefon, V seperti di awang-awangan. Bila dia memberitahu Jackson soal ini, satu benda pun Jackson tak nak percaya. Mana nak percaya? Baru je bercakap pasal Ayuna dan dan Hanna, malamnya dah muncul. Pelajar praktikal mereka pula tu. Macam mana selama ini dia tidak tahu yang Ayuna dan Hanna adalah pelajar praktikalnya?
"Saya tak tahu nak cakap apa. Kita berjumpa lagi." Ujar V sambil tersenyum lebar. Hanna juga turut tersenyum dengan perjumpaan ini. Dia benar-benar tidak sangka yang pengganti Chanyeol adalah V. Tidak tahu pula selama ini V ialah pelatih guru tari di Universiti Korea.
"Sebenarnya, awak pelatih tari sejak bila? Kenapa saya boleh tak tahu?" Soal Hanna dan ini membuatkan V membuka cerita. Alang-alang dia sudah menyewa bilik di hotel yang sama dengan Hanna tadi, bercerita jelah terus. Senang. Kalau mengantuk, terus masuk ke dalam bilik saja.
Jackson dan Ayuna pula berada di bawah. Menguruskan aktiviti untuk esok. Apa yang perlu mereka buat selama dua hari di sini dan banyak lagilah!
"Kalau awak nak tahu, saya jadi pelatih sejak umur 20 tahun. Masa tu saya belum kenal Jackson pun. Saya kenal Jackson masa saya umur 21. Sejak dari tu, saya mula berkawan baik dengan Jack." Cerita V sedikit. Walaupun dia rasa ceritanya itu lari dari soalan kerana tiba-tiba bercakap pasal cara perkenalannya dengan Jackson pula, tetapi hatinya senang melihat Hanna menganggukkan kepala. Mungkin faham dengan apa yang dia cerita walaupun kedengarannya agak sengal.
"Ohh... so kiranya saya kena panggil awak oppalah? Nampak sangat yang awak banyak pengalaman dari saya. Tapi tak tahulah kalau... Chanyeol oppa."
Dua perkataan terakhirnya disebut bagai dengar tidak dengar sahaja membuatkan V mengerutkan dahinya.
"Awak cakap apa? Kalau..." V menuntut jawapan. Hanna terkedu. Dengar ke? Ah sudah! Getus hati Hanna perlahan.
"Chanyeol oppa," jawab Hanna sambil tersenyum. Hanya untuk mengkaburi mata V.
V kelihatannya menukar mood wajah. Elok-elok okey dan gembira, bertukar masam mencuka pula. Perasaan satu itu mula menguasai diri. Entah siapa pula yang disebut oleh Hanna tadi.
"Siapa tu?" Tanya V. Walaupun kedengarannya agak dingin, tetapi dia cuba untuk membuat suara seperti mula-mula tadi.
"Abang kandung saya," bohong Hanna sambil hatinya bergerak mengatakan, 'Mianhea, jagiya. Bukan Hanna yang minta. Hanna terpaksa. Mian, jagiya...'
"Oh... ingatkan namja chingu (teman lelaki) awak. Nampaknya saya masih ada peluang lagilah ni." Ujar V dengan senang hati tanpa mempedulikan riak wajah Hanna yang berubah.
"Apa yang awak merepek ni? Ada-ada jelah." Hanya itu yang mampu Hanna ucapkan. Kenapa V berkata begitu kepadanya? Adakah V atau nama sebenarnya Kim Taehyung menyukainya? Ah, parah. Nanti kalau Chanyeol tahu macam mana? Bukan itu je, pasal dia mengakui Chanyeol itu abang angkatnya pun dia tak berani nak bagitahu, lagikan ini?! Merajuk setahun kesayangannya itu nanti.
"Mana ada saya merepek? Betul apa saya cakap." Masih lagi bermain tarik tali. Dia mendekati Hanna yang duduk bersila di atas katil. Sebenarnya ini adalah bilik Ayuna, tetapi disebabkan dia sudah lama tidak berjumpa dengan Hanna, bilik Ayuna menjadi tempat datingnya bersama Hanna. Biliknya jauh dengan bilik Hanna. Bilik Hanna dan Ayuna di tingkat 6, biliknya pula berada di tingkat 12. Bayangkan. Betapa jauhnya!!! Jackson pula sedang mendaftar bilik di tingkat bawah bersama Ayuna. Itu pun entah apa jadi dengan Ayuna. Entahkan bergaduh, entahkan berdating. Lagi tadi tak sampai-sampai. Jam dah menunjukkan pukul 12 malam. Dah terlalu malam.

YOU ARE READING
[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.
ФанфикPaling taik pernah aku buat. 2015.