"AYUNA, boleh tolong aku tak?" Tanya Choi Hanna yang sedang mengelap wajahnya dengan tuala. Matanya masih sembab kerana baru bangun tidur. Lena betul tadi malam tidur bertemankan mimpi yang indah. Udara pun segar bila.dihirup.
"Apa dia?" Tanya Kim Ayuna kembali. Sarapan hari ini dia yang siapkan. Esok Choi Hanna pula yang masak sarapan. Ikut giliran gitu.
"Aku ingat, lepas sarapan ni, aku nak ke Mega Hot Mall kejap. Nak beli barang. Banyak yang tak ada kat rumah ni. Sabun, syampu, semua tak ada." Bebel Choi Hanna geram. Tidak sangka pula kondo yang dibeli bersama dengan Kim Ayuna ini serba kekurangan. Kalau dia tahu dari awal, memang dari Amerika dia belinya sebelum terbang ke sini.
"Habis tu kau mandi siram-siram jelah?! Aigoo..." kepala Kim Ayuna tergeleng-geleng. Seolah-olah Choi Hanna memang kenyataan berbuat demikian.
Choi Hanna mengecilkan matanya memandang Kim Ayuna. "Kau ni memang nak kena tahu tak?! Tak padan dengan tak sihat. Nak kerjakan orang je... Boleh tak temankan aku?!" Dalam marah, tetap juga bertanya. Kakinya dihalakan ke arah meja makan. Kerusi ditarik. Roti yang disapu jem strawberi oleh Kim Ayuna dicapainya.
"Boleh je. Aku tak kisah. Tapi, kau kena belanja aku makan. Dah lamalah tak makan makanan sini. Rindu." Ujar Kim Ayuna sambil menggosok-gosok perutnya. Memang dia rindu masakan-masakan Korea. Kimchi, Jjambong, Ramyen lagilah dia rindu walaupun hanya sekadar mi segera sahaja. Asyik makan makanan barat je, naik muak juga tekak ni menelan.
"Itu tak kisahlah. Betul eh teman nanti?" Sekadar mahu memastikan sahaja. Manalah tahu, kut-kut Kim Ayuna berubah fikiran saat-saat akhir. Dia juga yang naya nanti.
"Ya." Jawab Kim Ayuna sepatah. Dia menyuapkan sedikit roti yang disapu jem tadi. Sedang mereka sibuk bersarapan, tiba-tiba iPhone5s milik Kim Ayuna yang berada di atas meja berbunyi. Bergegar satu meja dan membuatkan Choi Hanna mengangkat wajah.
"Siapa?" Choi Hanna menyoal.
"Prof. Lee." Balas Kim Ayuna tanpa memandang Choi Hanna yang sudah teruja semacam itu. Mungkin dia sangka tujuan Profesor Lee Jea Ha menelefon Kim Ayuna kerana mahu mengkhabarkan berita soal praktikal mereka itu.
"Angkatlah cepat!" Arahnya tidak sabar. Kim Ayuna menurut. Telefon diletakkan ke telinga selepas menjawab panggilan.
"Yeoboseyo?" Kim Ayuna memulakan perbualan.
"Kim Ayuna ke?" Prof. Lee menanya. Kim Ayuna membuka pembesar suara atas arahan Choi Hanna yang tidak sudah-sudah merengek. Nak dengar juga punya pasal.
"Ya, saya. Ada apa Prof. Lee telefon saya?"
"Macam apa yang saya cakap kelmarin, praktikal awak dengan Choi Hanna akan mula bila saya telefon. Jadi..."
"Jadi apa, prof?!" Jerit Choi Hanna tidak sabar sehingga mengundang rasa terkejut di dalam diri Kim Ayuna. Dia mengusap dada. Tak sabar betul.
"Oh, Choi Hanna pun dengar ya? Bagus-bagus. Tak adalah menyusahkan saya nak kena telefon dua-dua sekali. Dengar baik-baik ya?" Pesan Prof . Lee. Kedua-dua gadis comel ini menganggukkan kepala walaupun hakikatnya Prof. Lee sendiri tidak nampak. Rasa teruja dan berdebar semakin lama semakin membara apabila Prof. Lee mula memberitahu hal-al penting yang perlu diketahui.
"Lepas saya bincang-bincang dengan pihak U, awak berdua nanti akan buat praktikal dekat Universiti Konkuk selama 5 bulan. Pengetua U, Lee Kwang Soo akan bagi awak terus stay situ lepas habis praktikal nanti. Maknanya awak dah memang akan jadi guru tari di sana nanti lepas je awak praktikal. Oh ya, jangan lupa bawa surat lapor diri ke sana nanti. Awak boleh ke sana pukul 8 pagi esok." Pesan Prof. Lee panjang lebar. Kim Ayuna dan Choi Hanna mengangguk. Agak berat juga pesanan-pesanan yang ditutur oleh Prof. Lee itu.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.
FanfictionPaling taik pernah aku buat. 2015.