HANNA mencelikkan matanya. Terasa lama betul dia tidur. Menunggu Chanyeol on Skype punya pasal. Bercakap soal Chanyeol, hatinya diulit rasa geram dan terkilan. Ingat lagi dia bagaimana Chanyeol memesan supaya menghidupkan Skype malam ini. Tapi apa yang ada? Habuk pun tak melekat. Menangis dia dibuatnya apabila mendengar Ayuna dan Tao berbual tadi. Ketika itu dia masih menunggu dan menunggu Chanyeol membuka Skype. Rasa macam nak jerit kuat-kuat sahaja apabila mendengar perbualan melalui audio antara Ayuna dan Tao. Bukannya dia marah kepada pasangan itu. Tetapi dia marah dan kecil hati dengan Chanyeol. Kalau ya pun sibuk, kenapa Tao boleh luangkan masa walau tak lama dengan Ayuna? Ini? Satu isyarat pun tak masuk. Hei, siapa tak menangis?! Mujur sahaja tangisannya tidak kuat.
Dia ingat, dia tertidur dalam tangisan sewaktu Ayuna sedang berbual dengan Tao. Lepas tu, dia tersedar apabila telefon Ayuna berbunyi sebelum tersedar buat kali kedua kerana Ayuna mengejutkannya. Ha, Ayuna pula ni, mana dia pergi?
"Kenapa tak balik-balik lagi sampai sekarang? Dah pukul 5 pagi kut?" Kata Hanna pelik. Telefonnya dicapai dan melihat jam berapakah sekarang.
Ke mana rakan baiknya itu pergi sampai ke pagi tak balik-balik? Ini yang risau ni!
Telefonnya dicapai buat kali yang kedua dan meneliti nombor Ayuna. Setelah itu ditekup terus ke telinga. Satu saat, dua saat, tiga saat dan...
"Lah, tak bawa ke handphonenya? Aduhai... Ayuna, Ayuna. Selalu tak pernah macam ni pun?" keluh Hanna, sedikit marah dengan perangai Ayuna. Kakinya berjalan menuju ke kabinet meja yang terdapat di tepi pintu bilik. iPhone Ayuna diambil dan dibukanya.
"Mak ai! 21 missed call?! 11 SMS?! 20 teks LINE?! Tao op...oppa?!" Mata Hanna membulat. Banyak betul pesanan dan kesemuanya dari nama kenalan 'Oppa My Love.' Walaupun telefon itu mempunyai kod keselamatan, tetapi dari situ Hanna sudah dapat melihat betapa banyaknya pesanan. Baru sahaja tangannya mahu meletakkan kembali telefon itu, tiba-tiba sahaja skrinnya termati. Dicuba untuk menghidupkan semula tetapi tidak berjaya. Dah kenapa pula?
"Bateri habislah pula! Mana charger?" Hanna berkata sendiri. Belum sempat dia mahu mengecas telefon Ayuna, telefonnya berdering pula.
Hanna melihat telefonnya yang berkelip-kelip di atas katil. Perlahan kaki diatur dan melihat siapakah pemanggilnya.
Melihat nama si pemanggil, perasaan mula-mula tadi kembali. Tiba-tiba rasa marah melihat nama kenalan 'Saranghae Chanyeol Oppa'. Disebabkan rasa marah yang tidak terhingga, diambil telefonnya lalu dibaling ke dinding. Bukan setakat dia punya, dengan Ayuna punya sekali berderai. Berhenti sudah lagu nada deringnya dan pecah sudah skrin telefon mereka.
"Eee....! Bencilah!" Jerit Hanna geram. Dia terlalu sakit hati. Walaupun bagi orang lain Hanna tidak patut berbuat begitu, tetapi malam ini Hanna sedikit sensitif. Perlahan air matanya mengalir ke pipi. Sakit betul hatinya.
Kring! Kring!
Kepalanya tertoleh ke pintu tetapi tidak bergerak untuk membukanya. Esakannya sedikit kuat sehingga membuatkan orang yang mengetuk pintu itu terpaksa membukanya.
"Hanna? What's wrong with you, ha?"
"Taehyung ah..." esak Hanna dan tanpa dapat mengawal perasaanya, dia mendapatkan V dan terus memeluk tubuh V yang hanya berbaju tidak berlengan itu. V benar-benar terkejut dengan tindakan Hanna dan keadaan gadis ini. Sudahlah menangis, boleh memeluknya pula tu. Pelbagai persoalan bermain-main difikirannya. Kenapa? Ada apa?
Walaupun hairan, V membalas pelukan Hanna. Kepala gadis itu diusapnya perlahan. Dia memang dari sejak kali pertama jumpa, terus melekat di hati. Jadi tiada masalah untuknya jika begini.

YOU ARE READING
[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.
FanfictionPaling taik pernah aku buat. 2015.