Bab 37

1.4K 98 0
                                    

SEMINGGU sebelum akhir bulan...

"Unnie," panggil Suzy. Ayuna yang sedang menghadap laptop kerana sibuk mencari dan menggabungkan tarian-tarian hip hop mengangkat kepalanya memandang Suzy yang sedang menuju ke tempatnya duduk bersimpuh. Suzy melabuhkan punggungnya di sebelah Ayuna. Ayuna membetulkan rambutnya dan diletakkan cap dikelapa setelah dibuka lama tadi.

"Ada apa jumpa unnie tengahari ni? Tak rehat ke?" Tanya Ayuna sambil tersenyum. Suzy membalas senyuman itu dan berkata,

"Dah makan dah. Cumanya..." Suzy menggantung ayat. Tiba-tiba rasa sakit hati nak bagitahu pula. Asyik terbayang perkara tadi je.

"Cumanya apa?" Soal Ayuna tidak sabar. Sementara menunggu jawapan daripada Suzy, dia kembali tertumpu ke laptop.

"Tadi saya nampak Jackson oppa kena kejar dengan Young Ji." Adu Suzy perlahan dengan wajahnya yang masam. Ayuna terkejut lalu terus menghadap Suzy. Mula-mula reaksinya terkejut dan serius, tetapi apabila melihat wajah Suzy berubah, dia ketawa.

"Oh... ni kes cemburulah ni? Kenapa bagitahu unnie pula? Tu lah, unnie suruh mengaku kat Jackson oppa, tak nak. Ni, tengoklah Young Ji berasmara dana dengan lelaki pujaan awak tu." Kata Ayuna sambil ketawa kecil. Suzy menarik muncung. Ingatkan unnie kesayangannya ini akan memujuk dan menenangkannya daripada terus bercemburu. Rupa-rupanya makin dibakar pula. Huaaaa!!! Tak nak kawan unnie!

"Unnie ni! Jahat tau! Saya datang sini nak unnie pujuk saya. Ini pula unnie balas!" Protes Suzy sambil mencebikkan bibirnya. Ayuna ketawa dan tubuh kecil Suzy tu dipeluknya. Dia tahu Suzy sukakan Jackson semenjak dia terlihat, kertas dinding telefon gadis itu ialah gambar Jackson. Terus diserangnya Suzy dan mengorek-ngorek rahsia. Betul sekali. Suzy ada menyimpan perasaan dengan Jackson dan mengakui dia cemburu dan sakit hati melihat Jackson bermanja-manja dan bergurau-gurau dengannya. Itu Suzy yang beritahunya sendiri tanpa dipaksa.

Ini baru Suzy menyukai Jackson. Tidak sangka pula rupa-rupanya V dan Hyuna boleh suka sama suka. V mula jatuh sayang dengan Hyuna ketika gadis itu terpijak kakinya dan mereka gaduh-gaduh sakan. Matanya dan Jackson sendiri yang nampak. Dari situlah, rupa-rupanya mereka saling suka sama suka dan sudah hampir sebulan bermesej-mesej. Itu semua Hanna sudah tahu tetapi V dan Hyuna tidak sedar. Hanna gembira mendengarnya. Dia perasan, V dan Hyuna seperti mahu merahsiakan hubungannya dengan mereka kerana jika tidak, kenapa V dan Hyuna berlakon seperti orang tak kenal je bila berkumpul bersama-sama? Mesti ada makna tu. Tapi mata Ayuna, Hanna dan Jackson tajam. Dia tahu pasal hubungan itu.

V sedar yang Hanna sudah berpunya apabila dia mendengar perbualan antara Hanna dan Ayuna dulu di Jepun. Dia sengaja berubah drastik di dalam pesawat kerana mahu meninggalkan kenangan pada Hanna. Selepas itu, dia menganggap Hanna tidak lebih daripada seorang kawan. Takkan orang punya, nak dirampas pulakkan?

Sekali dengar, agak sedih tetapi dua kali dengar, agak unik! Percintaan yang berbelit-belit dan penuh keunikan. Dulu, Suzy pernah menyukai Tao dan Hyuna pernah menyimpan perasaan dengan Chanyeol. Apabila Ayuna dan Tao bercinta, Hanna dan Chanyeol bersama, mereka diam sebentar sebelum masing-masing menyukai kawan Ayuna dan Hanna masing-masing. Suzy suka Jackson, Hyuna suka V. Nampak comel sangat! Sukanya!!!

"Alah, unnie acah je." Kata Ayuna. Mereka meleraikan pelukan. Suzy ketawa.

"Unnie, Jackson oppa sukakan unnie ke?" Soalan Suzy memang cepumas untuk Ayuna menjawab. Ayuna ketawa kecil.

"Unnie anggap Jackson macam... lelaki ketiga yang paling unnie sayang lepas appa, dengan Tao oppa. Kiranya abang unnielah tu." Jawab Ayuna dengan bijak sekali dan penuh berhati-hati. Bahu Suzy diusap perlahan tanda sokongan.

Suzy tersenyum sebelum memeluk kakaknya itu.

"Thanks, unnie sebab support saya. Saya takut sangat kalau unnie dengan Jackson oppa couple."

"Apa salahnya kalau couple?" Ayuna menyakat. Suzy serta-merta meleraikan pelukan dan memuncungkan bibir. Ayuna ketawa sambil membetulkan topinya.

"Dahlah tu. Tak payah nak merajuk dengan unnie sangat. Unnie nak record dance cover Good Boy ni. Nak ikut?" Ajak Ayuna lalu bangun sambil meregangkan otot-ototnya yang ketat.

"Boleh juga. Tak ada kerja ni." Suzy terus bangun dan mengikat rambut. Dah lama tak menari, mesti keras kaki tangannya. Biasanya kalau dance cover masuk Youtube. Nak juga masuk Youtube.

"Okey. Rea..."

"Ayuna sshi!" Ayuna menoleh apabila ada suara yang memanggil. Ayuna senyum kecuali Suzy. Suzy terkejut sebenarnya. Sebab tu lah macam tu.

"Jackson,"

"Nak join!" Kata Jackson dan mengambil tempat di sebelah Suzy. Suzy terkejut tetapi dia mendapat senyuman daripada Ayuna melalui cermin. Itu bermakna, Ayuna menyokong apa yang berlaku. 'Gomawo, unnie sebab support saya.' Hati Suzy berkata-kata.

Hati Jackson berkata, 'Tak payah nak sorok senyum tu sangat, Suzy. Oppa dah dengar everything.'

"Ready?" Ayuna menyoal. Melihat Jackson dan Suzy mengangguk, dia pun menekan punat yang mengeluarkan lagu Good Boy nyanyian G-Dragon dan Taeyang dari Big Bang.

I'm a good boy!!!

Vote and comment ya?! Makin lama makin pendek ke? Saya rasa sikitlah. Tapi saya nak habiskan cepat. Tak nak tangguh-tangguh. Nanti PT3 apa semua. Serabutlah saya. Okey, sambung baca! Love ya! ♥♥♥

[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.Where stories live. Discover now