DUA bulan kemudian...
(Pertandingan Muzikal Korea 2015 berlangsung di Universiti Dongguk...)
"Pemenang bagi Pertandingan Muzikal Korea 2015 buat kali yang pertama ialah..." ayat MC daripada seorang lelaki seusia dengan Pengetua Lee tergantung. Seluruh manusia yang berada di dalam dewan ini senyap. Menanti jawapan daripada bibir MC.
Jackson, V, Hanna dan Ayuna serta pelatih-pelatih yang lain memang berharap agar ahli muzikal mereka dari Universiti Konkuk yang menang. Mereka berlatih bagai nak rak. Pelbagai rintangan yang mereka tempuhi. Rintangan itu ada antaranya tiada kena-mengena dengan muzikal contohnya pergaduhan antara Ayuna dan Tao, salah faham antara Hanna dan Chanyeol. Bercakap pasal Hanna dan Chanyeol, rupa-rupanya Chanyeol sudah memutuskan hubungan tersebut. Suatu hari itu, Hanna berskype dengan V dan bergurau-gurau seperti biasa. Mungkin waktu itu Hanna terlalu gembira dan mengupdate status tentang V di Facebook. Status itu berbunyi...
Kau pengganti dia. Sepatitnya dia yang gembirakan aku. Bukan kau. Tapi sekarang ni, aku gembira dengan kau, dan aku merana bila dengan dia.
Kebetulan waktu itu Chanyeol sedang online, jadi di nampak dan dapat baca status itu. Dia benar-benar yakin sekali yang Hanna sudah tawar hati dengannya setelah dia membaca status itu. Pada mulanya dia tidak yakin mahu memutuskan hubungan ini, tetapi setelah matanya terlihat gambar Hanna dengan seorang lelaki memakai baju yang sama di Instagram tetapi direpost melalui Ayuna, barulah Chanyeol yakin. Waktu itu dia seakan-akan mahu menangis sahaja rasanya. Baju T yang sama bentuk, corak dan warna itu baginya adalah baju couple yang pernah dia nampak sebelum ini. Jadi, tepat jam 12 malam minggu lepas pada hari Isnin, Chanyeol meninggalkan teks kepada Hanna yang mereka sudah tiada apa-apa hubungan. Noktah!
Itu adalah diantara Hanna dan Chanyeol. Ayuna dan Tao pula?
Hubungan yang retak menanti belah itu hanya begitu sahaja. Kedua-duanya bersetuju hanya membiarkan sahaja hubungan itu tanpa kata putus. Senang cakap macam gantung tak bertalilah! Senang cakap. Sempat Ayuna berkata kepada Tao seperti ini,
"Kalau kita terjumpa, terserempak, ternampak, anggap jelah yang kita tak pernah kenal. Tak pernah ada hubungan. Anggap je kita ni kawan baru."
Tao hanya menurut sahaja. Malah sempat ketawa-ketawa lagi. Walaupun hatinya sakit melihat gambar Ayuna dan Jackson memakai baju yang sama, bergambar secara mesra dan membuat muka aegyeo, tetapi dia mencuba untuk mensadokan juga hatinya. Sakit. Memang sangat sakit mengalahkan hirisan pedang paling tajam.
Tapi jika sudah tidak ditakdirkan mereka bersama, nak buat macam mana melainkan terima sahaja.
"Baiklah! Kita teruskan. Pemenang bagi Pertandingan Muzikal Korea 2015 buat kali yang pertama adalah..." suara MC kembali melantang-lantang. Semua sekali yang berada di dalam dewan itu memberikan sepenuh tumpuan terhadap MC. Geram pun ya juga. Ayat yang sama dilontarkan tapi keputusannya tak diucapkan juga. Agak marah dengan MC.
"Universiti Konkuk!!! Daripada Team empat pelatih terkenal iaitu Jackson Wang, Kim Taehyung, Kim Ayuna dan Choi Hanna!!! Berikan tepukan!!!"
Bergema satu dewan dewan keputusan yang mengundang air mata terhadap dua orang gadis ini.
"V, kit... kita menang.." tidak terkeluar suara Hanna dibuatnya kerana terlalu terkejut campur gembira. V ketawa mendengar ayat nak tak nak Hanna itu.
"Yes. Kita menang. Tak payahlah menangis. Macam mana ni? Sedih menangis, gembira pun nak menangis juga. Dah, dah." Senda V lalu kepala gadis itu ditarik ke dalam peukannya. Hanna ketawa. Memang betul apa yang V cakap tu. Apa benda yang dia buat, mesti ada air mata yang mengiring. Dia pun naik pelik tapi itulah. Dah hakikatkan? Nak buat macam mana lagi?
"Diminta, wakil pelatih naik ke pentas untuk berikan ucapan," MC bersuara. Jackson, Ayuna serta V dan Hanna mengangkat kepala. V memberi isyarat mata supaya Jackson dan Ayuna yang pergi naik ke pentas. Jackson dan Ayuna menggeleng sambil berkata,
"Ni kemenangan kita. Jadi kita sama-sama naik. Aku takkan biarkan aku dengan Ayuna kat atas, korang berdua syok berasmara kat bawah. Palli! Jom." Ajak Jackson sambil tersenyum. Kini semua mata memandang mereka. Termasuklah dua pasang mata yang memerhatikan mereka. Sakit mata itu melihat kemesraan Hanna memeluk V. Dan juga kemesraan Ayuna memegang lengan Jackson.
"Okeylah. Jom." Mereka pun berjalan beriringan naik ke atas pentas. Pelajar-pelajar yang mereka latih dari dua bulan lepas sampailah ke hari ini tersenyum melihat mereka berempat naik ke pentas dan menerima sijil, cek yang banyak juga nilainya, serta empat trofi. Trofi itu ialah penghargaan kepada empat patih tersebut. Semua bertepuk tangan menyambut kemenangan Team Konkuk mereka kecuali dua orang yang tadi tu. Hanya mereka berdua sahaja! Wajahnya agak tidak jelas kerana memakai cermin mata hitam, topeng mulut dan topi. Payah juga nak cam siapa. Dari tadi lagi Hanna nampak. Cuma tak nak cakap je. Bimbang menganggu kemenangan ini.
"Baiklah. Nak berikan ucapan?" Tanya MC. Jackson dengan tiba-tiba mengambil mikrofon dan menghalakannya kepada V. Ayuna pula dengan nakalnya mengambil lagi satu mikrofon dan ditujukan kepada Hanna. Bukan apa, sengaja nak kenakan kerana sepanjang latihan, yang menjadi ketua Team adalah Jackson dan Ayuna. Jadi lebih adil dan saksama, V dan Hanna menyampaikan ucapan.
"Hish kau ni." Rungut Hanna dan menyambut mikrofon itu. Pelajarnya yang berada di belakang siap ketawa-ketawa lagi.
"Okey, ucapan." MC berbunyi lagi. V dan Hanna terus membuat ucapan. Cukup satu minit, mereka menyerahkan mikrofon kepada yang memberikannya. Jackson menyambut dari tangan V dan meletakkan di tempatnya semula. Begitu juga dengan Ayuna.
"Baiklah berikan tepukan!" Kata MC dan menyuruh kesemua orang yang berada di atas pentas turun.
"Baiklah, err... nampaknya saya tengok semua orang dah berkerut-kerut muka kelaparan. Emm.. baiklah, semua kru-kru, team-team dan para-para juri boleh menjamu selera sekarang. Oh ya kepada pemenang..."
Pelajar-pelajar Konkuk menoleh. Empat pelatih mereka yang tidak perasan dipanggil ditegur oleh Hyuna dan Suzy.
"Oppa, unnie..."
Mereka berempat menoleh. Suzy dan Hyuna menunjukkan ke arah pentas. Mereka melihat.
"Nanti lepas makan, awak berempat ke pejabat dulu ya? Ada taklimat untuk ke peringkat antarabangsa." Pesan MC. Jackson dan Ayuna selaku ketua mengangguk. Mereka terus ke kantin untuk makan. Lapar doh! Lega apabila mereka yang menang. Langsung tidak menyangka.
Hanna melewati seorang lelaki yang dia nampak tadi. Hanna cuba meneliti orang itu tetapi dia tidak kenal. Seperti dia pernah nampak. Bukan pernah nampak wajahnya, tetapi susuk tubuh lelaki itu... macam dia pernah nampak. Macam pernah peluk. Siapa ya?
"Hanna, kau.. okey?" Tegur Ayuna. Pelik melihat Hanna yang termenung dan tidak berjalan. V dan Jackson sibuk menguruskan pelajar-pelajarnya supaya jangan berpecah. Naya mereka nak mencari nanti.
"Aku macam pernah nampak..." Hanna menunjukkan orang yang tadi. Ayuna melihat. Oh... dia fikir dia seorang yang kenal. Rupanya Hanna pun ikut sama macam pernah nampak.
"Hish dahlah. Kau ni. Jom makan. Aku dah lapar dah ni." Ujar Ayuna sambil menarik tangan Hanna menuju ke arah kantin. Dia mahu memberitahu siapakah orang itu kerana dia seperti kenal tetapi dia tidak mahu mereka mengingati kisah lama. Takut luka yang dah baik berdarah kembali. Bila dah terluka, begitu payah sekali untuk sembuh. Baik lupakan sahaja daripada untuk terus mengingat.
Don't forget to vote and comment!
Lagi sikit je lagi. Love ya! ♥♥♥

YOU ARE READING
[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.
FanficPaling taik pernah aku buat. 2015.