AYUNA termenung sebentar ke luar tingkap. Sesekali matanya digosok. Hidungnya yang merah juga turut digosok. Entahkan masuk habuk, entahkan baru lepas menangis. Tetapi ini adalah tanda yang dia baru sahaja ternangis! Ada ke ternangis? Adalah tu sebab Ayuna dah buat dah pun. Hatinya sedikit sedih mengenangkan yang Tao akan berpindah ke tempat lain selepas ini. Kalau dekat tak apa juga, ini jauh ke dalam bumi. Sedih betul hatinya. Semasa dia mencuci luka Tao tadi, mulutnya betul-betul tidak dapat menahan sendu sehingga Tao perasan yang dia menangis. Banyak kali Tao mendesak menanya kenapa, tetapi langsung dia tidak menjawab sebelum Tao bertegas dan bertanya lagi sekali. Ketika itu barulah dia menjawab. Satu bilik latihan ini menjadi saksi kisah luahan hatinya sewaktu dia memberitahu kenapa dia menangis dan berterus-terang yang dia mencintai Tao kepada lelaki itu. Fikirnya Tao tidak tahu, rupa-rupanya dah lama dah tahu. Yang paling menyedihkan, ketika mereka mengakui antara satu sama lain, Tao terpaksa berpindah ke negeri orang pula. Siapa tak melalak???
"Ayuna..." seru Tao perlahan daripada belakang. Serentak dengan itu, tubuh Ayuna dipeluknya daripada belakang. Dagunya pula diletakkan pada bahu kanan Ayuna. Dia tahu Ayuna menangis. Bukan dia tidak dengar dari luar. Dengar sangat. Comel je bila dengar betul-betul.
"Emm..?" Walaupun tak dapat nak bercakap, tapi kalau setakat menggumam pun dah okey.
"Awak okey?" Tanya Tao perlahan. Hidungnya sengaja digeselkan pada pipi Ayuna dan hidungnya menghembuskan nafas yang agak deras pada leher Ayuna. Dia tahu Ayuna agak sensitif jika ada sesuatu benda mengusik lehernya. Melihat Ayuna asyik membuat muka memek nak menangis je lagi tadi, risau juga dia lama-lama. Nak juga melihat Ayuna senyum hari ni. Kalau dia tidak dapat mengawal hatinya, ikut menangis juga tu. Tao ni nampak je macho, relaks, tapi pantang nampak benda sedih sikit, mulalah nak meleleh air mata. Ada ilmu seni mempertahankan diri pula tu. Tapi perasaan takut kepada hantu, sedih dan seangkatan dengannya memang tak boleh nak hilang. Dah memang dari kecil kut.
"Erm.. okey je... Hish, Tao yah! Janganlahh.. geli..." halang Ayuna sambil menutup lehernya dengan tangan. Meremang satu badan kalau membiarkan tindakan Tao yang menghembuskan nafasnya pada lehernya. Tangan Tao yang berada dipinggangnya cuba ditarik daripada terus memeluk tubuhnya. Bukan apa, bimbang jika ada yang melihat. Jadi gosip pula karang.
"Kalau tak nak saya buat macam tu, cuba senyum. Saya nak tengok awak senyum." Kata Tao sambil mengeratkan lagi pelukannya pada tubuh itu. Dia dapat rasa bagaimana Ayuna cuba untuk melepaskan pelukannya itu. Baru je nak melepas rindu. Cewaah! Melepas rindu! Ayat tak boleh blah!
Ayuna hanya diam tidak terkutik. Sekarang ini bukan masanya untuk dia menunjukkan senyuman. Dia langsung tiada perasaan mahu tersenyum walau senipis kulit bawang pun. Hatinya asyik dihurung rasa pilu sahaja. Ditambahkan lagi dengan layanan Tao pada dirinya. Mahu meraung?!
"Ayuna? Kenapa diam je n? Please... senyum." Pinta lelaki itu lagi. Ini dah masuk kes rayu-merayu. Pelukannya dileraikan lalu berdiri menghadap Ayuna yang lagi tadi asyik nenyedut air hidung sahaja. Menangis punya pasallah tu.
"Tak nak..." Ayuna menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia memang tak nak tak ingin nak mengukir senyuman. Jangan haraplah. Dengan keadaannya yang macam ni, nak senyum? Boleh jalanlah!!!
"Please... just for me, dear."
Ah! Memaksa betullah! Ayuna merungut dalam hati. Tetapi dicuba juga untuk mengukir senyuman walaupun agak payah. Dia mengoyakkan senyuman tawar. Tao tersenyum walaupun dia tahu senyuman yang dibuat Ayuna itu terpaksa. Dia turut bersedih sebenarnya. Yelah, siapa tak sedih? Nak berpisah dengan si jantung hati walaupun setakat ini Tao hanya tahu yang gadis itu juga menyukainya dan tidak pasti sama ada mereka ada hubungan ataupun tidak. Tao hanya menganggap yang mereka ada hubungan percintaan yang baru sahaja terjalin. Tapi tak tahulah pihak sebelah lagi macam mana?
"Macam tu lah. Erm... awak dah tahu, siapa yang bakal jadi senior awal nanti?" Tanya Tao perlahan. Bahasa, suara dan cara percakapannya begitu lembut supaya tidak menggoreskan hati si lembut ini. Melihat mata dan hidung Ayuna yang memerah menyakinkannya sangat-sangat yang Ayuna mahu menumpahkan air mata lagi. Kalau keadaan Ayuna seperti itu sampai habis sesi kuliah hari ini, sah matanya akan bengkak.
"Perlu ke ada pengganti?" Soal Ayuna kembali dan kali ini suaranya sedikit sinis. Hatinya sakit mendengar Tao berkata begitu kepadanya. Seakan-akan Tao mengalu-alukan keadaan pengganti itu untuk menggantikan tempatnya.
"Perlu. Sebab..."
"Sebab awak nak sangat pindahkan?! Go on! Tak ada siapa yang menghalang!" Tempelak Ayuna lalu berlari anak menuju ke pintu. Tao yang terkejut dengan tindakan drastik Ayuna terus mencapai tangannya dan ditarik terus ke dalam dakapan. Kini, jelas kelihatan yang Ayuna dan Tao tidak boleh berpisah. Lihat sahajalah sekarang. Air mata bergelen-gelen keluar. Bukan Ayuna je, Tao pun ikut sama meleleh.
"Please... jangan seksa saya macam ni." Tao meminta. Kenapa baru sekarang?! Kenapa tak dulu?! Kenapa mesti dia yang kena?! Kenapa tak orang lain?
"Tao yah..." Ayuna menghamburkan semua apa yang dia rasa pada dada Tao. Sedih. Memang dia sedih. Pilu. Itu sudah tentu.
"Saya cintakan awak sepenuh hati saya. Kalau awak gembira, saya ikut gembira. Kalau.. kalau awak sakit, saya pun ikut sakit. Tapi kalau awak sedih macam ni, saya seribu kali sedih dari awak. Please, please don't like that. Wipe your tear." Ujar Tao sambil mengelap air mata Ayuna yang sudah lencun pada dadanya. Sakit betul hatinya melihat air mata Ayuna itu. Pipi si gadis itu dilap dengan telapak tangan.
Ayuna semakin deras mengeluarkan tangisan. Tindakan Tao yang boleh meluluhkan hatinya membuatkan dia semakin tidak boleh nak berpisah dengan lelaki itu. Kalau boleh dia melekat seperti ini dengan Tao setiap hari, memang dia buat. Takkan lepas punya.
"Jangan tinggalkan saya..." terkeluar juga ayat itu dari mulutnya. Sebelum ini dia memang agak malu mahu menuturkan ayat tersebut. Tetapi kini dia sudah tidak peduli. Apa yang penting sekarang adalah hati dan perasaannya.
Kepala itu dipegang dan ditolak ke belakang supaya dia dapat melihatnya. Perlahan jarinya diletakkan di mata itu dan dilapkan perlahan.
"Baby, don't cry..." ujar Tao sambil tergelak kecil. Cuba untuk menghidupkan suasana tapi... hampa. Ayuna lamgsung tidak ketawa tetapi mula bersikap lain dengan Tao. Pelukan dileraikan dan Ayuna membawa dirinya ke tandas. Tao tidak mampu lagi untuk mengejar tetapi dibiarkan si gadis itu menenangkan hatinya sendiri.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.
Hayran KurguPaling taik pernah aku buat. 2015.