ITULAH masalahnya sekarang. Jam dah menunjukkan pukul 9 malam. Perut empat jasad ini memang asyik bergendang minta diisi lagi tadi tapi masalahnya....
DUMMM!!!
"Arghhhh!!!!" Jerit Kim Ayuna dan Choi Hanna serentak yang sedang mengenakan kain pada sisi meja untuk VVIP nanti. Berdegup jantungnya kerana terkejut dengan guruh yang kuat di luar tadi. Lebat betul hujan malam ini. Perut kosong, nak beli makanan di luar hujan. Petir sambar-menyambar. Takut tu dah satu hal.
"Ayuna?"
"Hanna?!"
Serentak dua lelaki yang sedang duduk di atas pentas itu memanggil. Bimbang mendengar si gadis menjerit tiba-tiba.
"Okey jelah. Tak ada apa-apa pun." Jawab Choi Hanna walaupun jantungnya memang sah-sah nak terkeluar dari badan.
"Duduklah sini dulu. Dari tadi awak tak berhentikan?" Kata Tao yang sedang duduk bersandar pada dinding sambil bernain telefon bimbit di tangan. Tubuhnya yang hanya disarungkan baju T dan baju sejuk sahaja langsung tidak menyejukkan. Semakin berpeluh adalah. Lagipun pendingin hawa tidak kuat sangat. Tidaklah dia kesejukan sangat.
"Nanti jelah." Jawab Kim Ayuna. Malas dia mahu berehat walaupun hakikatnya memang penat gila. Dia pun belum mandi lagi. Masih lagi berpakaian pagi tadi. Nak ambil baju di rumah, lambat sama ke sini balik. Tambahan pula, hujan. Mahunya tak 45 minit baru sampai.
"Ayuna..." panggil Tao. Punggung diangkat dan ditepuk sikit untuk menghilangkan debu-debu yang melekat pada seluar jeansnya.
"Apa?" Kim Ayuna menyoal lagi. Terberhenti kerja jadinya. Choi Hanna dan Chanyeol yang seakan-akan memahami situasi itu mula bermain isyarat-isyarat mata pula.
"Errr... Tao, aku nak temankan Hanna ke practice room kejap ambil baju. Kau dengan Ayuna duduklah sini kejap. Aku dengan Hanna lama sikit kut," Chanyeol bersuara lalu bangun juga. Hanna yang tadinya sedang memegang kain berwarna krim meletakkan kain itu semula. Dia mengikut apa yang Chanyeol suruh. Dia juga seperti perasan yang Tao seperti menyukai Kim Ayuna. Dari sudut pandangan Tao terhadap Kim Ayuna pun dia boleh tahu. Bukan setakat mata Tao sahaja yang di lihat seperti ada hati dengan Kim Ayuna, tapi Kim Ayuna pun ada ura-ura seperti ada hati dengan Tao. Dia suka jika mereka berdua bergandingan. Nampak sepadan tu satu hal, bila berjalan berdua seperti pasangan kekasih yang betul-betul. Yang dah memang sudah menjalinkan hubungan.
"Aik? Tadi okey je. Kenapa tiba-tiba nak keluar pulak?!" Tanya Kim Ayuna terus-terang. Tak adanya nak tapis-tapis. Tadi elok je dua manusia itu duduk diam buat kerja sendiri. Ini bila Tao berubah tempat nak ke arah Kim Ayuna, sibuk nak ke bilik latihan pula. Tak ke mencurigakan tu?
"Eh, mana. Aku memang nak ke practice room. Cuma tadi Chanyeol sibuk melayan 'peminat' kat dalam telefon. Tu yang lambat tu." Ujar Choi Hanna sambil tersenyum yang dibuat-buat. Chanyeol yang tidak salah apa-apa disalahkannya. Perkataan peminat tadi pun ditekan sedikit membuatkan Chanyeol tersenyum senget. Ni mesti kes tadi ni. Dah kantoi, tak nak mengaku, desis hati Chanyeol perlahan. Nak je dia ketawa berdekah-dekah di situ juga. Tapi bila difikirkan balik, mesti Choi Hanna akan merajuk lagi. Macam tadilah.
Sejak gadis itu mengambil berat soal kesihatannya dan perasaannya ketika dari bilik Prof. Gabriella, dia perasan yang Choi Hanna sesikit berubah. Perangainya lebih manja, lebih prihatin, baik, dan yang tidak boleh nak cakapnya, Choi Hanna dah pandai merajuk. Ini baru je baik. Kalau tidak, haram!
"Ehem, sejak bila oppa ada peminat ni? Tak bagitahu Yuna pun." Kim Ayuna berdehem sedikit sejurus selepas bertanya. Dia tersengih-sengih memandang Choi Hanna yang sedikit bengang itu. Kim Ayuna perasan yang tadi Choi Hanna dan Chanyeol tidak bertegur langsung ketika mereka berempat sibuk mengukur itu dan ini untuk digantung sebagai tirai di sekeliling dewan ini nanti. Konon merajuk katanya gara-gara 'peminat' Chanyeol di laman sosial agak ramai. Memang tidak dapat dijangka yang Tao dan Chanyeol ini ramai betul peminatnya. Pengikut mereka berdua di Instagram dan Twitter pun hampir berjuta-juta orang. Dah macam artis pun ada juga.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.
Fiksi PenggemarPaling taik pernah aku buat. 2015.