JIKA perjumpaan Tao dan Ayuna berlaku unik dan penuh romantis seperti itu, pertemuan Chanyeol dan Hanna pula hebat juga. Ianya berlaku di luar dan berada di kerusi menunggu di luar. Pertemuan Chanyeol dan Hanna bermula...
P/S: pertemuan Chanyeol dan Hanna berlaku pada waktu dan masa yang sama dengan Tao dan Ayuna. Saya harap tiada kekeliruan semasa membaca sebab kisah ini ada dua pasangan. Jadi proses pertemuan itu agak payah untuk disampaikan. Ini sahaja cara untuk menunjukkan pertemuan itu nampak real dan cantik. Kalau ada sebarang kekeliruan, boleh beritahu kat komen. Sekian.
Menunggu Chanyeol keluar dari pesawat memang lama. Dia tiba tadi jam 9 setengah dan sekarang jam 10 pagi. Mana pula Chanyeol itu pergi? Rasa berdebarnya kurang sedikit kerana mahu memberitahu kata putus soal hubungan mereka itu. Sama ada kekal putus ataupun bersambung seperti dulu semula. Hanna mengeluh.
Beberapa minit kemudian...
"Jagiya..."
Hanna menoleh ke belakang dan tersenyum nipis melihat Chanyeol datang bersama bagasi. Tanpa disuruh, Chanyeol melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan Hanna.
"Lama ke tunggu saya?" Tanya Chanyeol seraya membuka cermin mata hitamnya dan menyilangkan kaki. Jelas sekali mata Chanyeol sedikit bengkak kerana kurang tidur. Maklumlah, tadi semasa pesawat berlalu, ada sesuatu kejadian yang berlaku iaitu pelanggaran awan tebal yang mendung menyebabkan risikonya agak tinggi dan pesawat bergegar agak teruk walaupun ianya adalah pesawat boeing. Ketika itu Chanyeol seperti mahu mati sahaja. Tao yang sudah terlena memang tidak sedar apa yang berlaku. Jika tidak, pasti dia memberitahu Ayuna tadi.
"Lama sangat. Dari tahun lepas." Seloroh Hanna. "Awak tak cukup tidur ke? Teruk mata awak tu lebam." Hanna menyentuh mata Chanyeol yang lebam. Dia sebenarnya kekok tetapi dia buat seperti mereka bercinta dulu.
Chanrharu dengan keprihatinan Hanna lalu tangan Hanna dicapai dan digenggamnya perlahan. Senyuman diukir.
"Flight saya kena risiko sikit tadi. Termasuk awan tebal yang mendung. So, shaking dia agak teruk jugalah sampai saya tak boleh tidur dan asyik ingat mati je. Tapi nyawa saya masih panjang dan dapat jumpa awak lagi kat sini." Kata Chanyeol. Hanna agak terkejut mendengar cerita Chanyeol itu. Risiko? Awan tebal? Mendung?
"Bahayanya. Awak ni, next time ambillah flight boeing. Kalau jadi apa-apa tadi macam mana?" Sedikit marah dengan Chanyeol. Paha Chanyeol ditepuknya perlahan. Belum bagitahu status hubungan mereka, tetapi gayanya dan macam getback semula pula. Nampak sangat yang Hanna terima Chanyeol kembali tetapi hanya memandang kasar. Mana tahu kalau Hanna masih lagi keras hati? Tak mustahilkan?
"Saya dah ambil pesawat boeinglah tu, sayang. Kalau terjadi apa-apa pada saya, saya tak ad..."
"Awak nak diam atau saya pergi dan takkan bagitahu apa status kita sekarang?" Pintas Hanna dan menekup mulut Chanyeol dengan tangannya. Chanyeol ketawa kecil.
"Tak payah bagitahu pun saya dah nampak dah sama ada awak nak kita macam dulu ke tidak. Okey-okey. Bagitahu apa yang awak nak bagitahu."Ujar Chanyeol sambil menongkatkan kepalanya dengan tangan. Matanya dalam merenung anak mata Hanna.
Hanna menarik nafas. "Saya tak nak..." perlahan dengan gelengan kepalanya. Chanyeol terkejut. Matanya membulat seperti rakannya di Los Angeles dahulu, Do Kyung Soo. Seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dikatakan Hanna.
"Jadi awak tak naklah... kita macam dulu semula?" Tanya Chanyeol serius. Meminta kata putus. Tetapi dia ada rasa sedikit pelik, kenapa dalam waktu dan detik macam ni baru Hanna mahu mengaku. Dia lihat tadi, Hanna seperti mahu menerimanya semula buat kali kedua tetapi apabila Hanna berkata 'tak nak' dan menggeleng, hatinya remuk. Retak sehingga menjadi cebisan yang menjadi debu. Pecah menjadi serpihan yang tajam.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.
FanficPaling taik pernah aku buat. 2015.