Bab 16

1.9K 176 5
                                    

"Tak boleh jadi. Ini memang tak boleh jadi. Kalau kita biarkan perempuan-perempuan tu kat U ni, queenka aku akan lari tak lama lagi. Aku tak rela." Tempelak Hyorin yang lagi tadi asyik ke hulu ke hilir di dalam bilik kuliah. Sepanjang kuliah berjalan tadi, satu benda pun tak masuk dalam kepala otaknya. Sudahlah dia maas mahu belajar. Bila tiba ujian, menirulah jawabnya.

Kepalanya asyik teringat kata-kata Ji Yeon dan Tiffany sahaja lagi tadi. Macam mana Ji Yeon menceritakan kepadanya tentang dua perempuan itu. Bagaimana Tiffany bengang dengan pengetua Lee Kwang Soo. Dan juga... bagaimana gadis-gadis itu tidur dengan pasangan masing-masing. Walaupun dia tidak berapa tergilakan Tao dan Chanyeol sepertimana Ji Yeon dan Tiffany tergilakan lelaki-lelaki itu, hatinya tetap rasa tidak berpuas hati. Lama dia menuntut di sini, tetapi tidak pernah dia dapat apa yang gadis itu dapat. Kim Ayuna dan Choi Hanna yang tidak sampai seminggu di U ini boleh dapat apa yang wanita inginkan. Tambahan pula Tao dan Chanyeol memang popular di sini. Siapa yang tak mahu bergandingan bersama? Tak gitu?

"Habis tu sekarang kita nak buat apa?" Soal Ji Yeon yang duduk di sebelah Tiffany. Hyuna dan Suzy sudah pergi ke perpustakaan. Ji Yeon merasakan, dua lagi rakannya itu sudah tidak lagi bersama-sama dengan mereka berdua. Sudah tidak lagi berkumpul bersama-sama seperti dulu. Perangai Hyuna dan Suzy berubah dari hari ke hari. Yang paling mengejutkannya, Hyorin langsung tidak bertanya soal mereka berdua. Seperti geng queenka hanyalah tiga orang sahaja.

"Hyuna dengan Suzy mana?" Soal Hyorin tanpa menjawab soalan Ji Yeon. Kepalanya sudah menghitung rancangan.

"Kat library." Jawab Ji Yeon dan Tiffany serentak. Baru je cakap pasal Hyuna dan Suzy.

"Aku nak korang panggil diorang ke sini. Sekarang juga." Arah Hyorin tegas. Wajahnya masam sahaja. Takbada secalit senyuman langsung.

"Okey." Cepat-cepat Ji Yeon mencapai telefon bimbitnya. Nombor Suzy didail. Agak lama juga barulah Suzy angkat.

"Anyeong..." Suzy menjawab malas. Seperti sudah agak apa yang Ji Yeon minta. Bukan kali pertama Ji Yeon menelefonnya ketika dia di perpustakaan. Hampir setiap hari. Sepatutnya, ketika di perpustakaan, pelajar tidak dibenarkan mengeluarkan telefon binbit. Tapi disebabkan Ji Yeon yang telefon, terpaksalah dia keluar sebentar.

"Hyorin suruh kau dengan Hyuna ke bilik kuliah kita tadi."

"Nak buat apa?"

"Manalah aku tahu. Dia tengah marah tu." Beritahu Ji Yeon perlahan. Tiffany yang berada di sebelahnya melagakan telinganya pada telefon bimbit Ji Yeon. Nak juga dia mendengar rakannya bercakap dengan Suzy yang sudah banyak berubah itu.

"Hmm... tengoklah nanti macam mana." Jawab Suzy endah tidak endah. Dia pelik, mengapa Ji Yeon dan Tiffany tidak sedar-sedar dengan perangai Hyorin. Sudah banyak kali kut mereka berdua dilakukan Hyorin seperti kuli tak bergaji. Tapi tetap ikut kepala si Hyorin tu.

"Baik kau datang cepat. Jangan sampai Hyorin buat yang bukan-bukan." Kata Tiffany pula tepat pada speaker telefon Ji Yeon. Kedengaran nafas Suzy mendesah di luar talian bermaksud gadis muda itu mengeluh. Nampak sangat tak berminat dengan arahan yang diberikan Ji Yeon.

"Yelah. Nanti kejap lagi aku sampai."

"Hem.. jangan tak ada pula. Aju yang kena nanti." Pesan Ji Yeon.

"Hmm.. anyeong."

TUT... TUT... TUT...

Talian dimatikan oleh Suzy tanpa sempat dua gadis ini menjawab kata-katanya. Putih mata Ji Yeon dan Tiffany dibuatnya. Hyorin yanv lagi tadi mendengar perbualan mereka ketawa sinis.

"Perjumpaan aku dengan diorang adalah kali yang terakhir." Kata Hyorin tiba-tiba. Ketawanya semakin lama semakin kedengaran nyaring. Maklumlah, ada bakat menyanyi dan menjadi pereka fesyen.

[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.Where stories live. Discover now