Bab 18

1.6K 100 1
                                    

KETIGA-tiga gadis ini termenung di dalam bilik latihan menari. Pemberitahuan yang diberitahu oleh guru tari, Jung Yong Hwa tadi benar-benar mengundang sendu di hati mereka bertiga.

"Oppa nak umumkan satu pengumuman daripada headmaster tadi. Majlis perpisahan Prof. Jung lusakan? Sebenarnya bukan Prof. Jung sorang je yang akan berpindah ke U lain, tapi Tao oppa dengan Chanyeol oppa pun sama. Diorang berdua akan berpindah ke U Los Angeles. Jadi, awak semua bolehlah beli hadiah untuk penghargaan bagi dua orang pelatih U ni nanti. Jelaskan?"

"Tao oppa...!!!" Ji Yeon menjerit menyeru nama Tao. Perlahan-lahan tangisannya pecah. Mengingatkan pesanan daripada Jung Yong Hwa.

"Chanyeol... oppa... sarang..." Tiffany turut juga memanggil dan menyebut nama jejaka idamannya yang akan pergi tidak lama lagi. Hyorin yang sedang berpeluk lutut itu kelihatan sedikit marah. Entah apa yang dimarahkannya.

"Aku tahu punca Tao oppa dengan Chanyeol oppa nak pergi dari U ni." Ujar Hyorin tiba-tiba. Serentak dua kepala rakannya menoleh.

"Apa?"

"Dua perempuan tu kan?"

Ji Yeon dan Tiffany memandang sama sendiri. Apa kena mengena Kim Ayuna dan Choi Hanna pula?

"Apa pasal pula?" Soal Ji Yeon yang masih lagi blur itu.

"Yelah, kalau diorang tak muncul, tak jadi junior Tao oppa dengan Chanyeol oppa, mesti diorang oppa tak pindahkan? Mesti khidmat pelatih kat sini dah ramai. Sebab tu LA minta dari sini. Pengganti oppa pula diorang berdua. Ada logik tak apa yang aku cakap ni?" Tempelak Hyorin geram. Lantai bilik latihan menari ini diketuk-ketuk dengan kuku. Dia yakin, pasti Kim Ayuna dan Choi Hanna punca benda ini semua terjadi. Bukan dia tidak tahu, sejak kemunculan Kim Ayuna dan Choi Hanna, gelaran queenkanya serta-merta beralih kepada mereka berdua. Walaupun tidak terlalu kecoh kerana bimbang akan diketahui pengetua Lee, tetapi berita itu cukup sampai ditelinganya. Bukan itu sahaja, malah ramai yang membuat andaian sendiri yang Kim Ayuna dan Tao ada hubungan. Sama seperti Choi Hanna dan Chanyeol. Lagipun mereka nampak secocok. Selerti pinang dibelah dua orang cakap.

Tiffany dan Ji Yeon membulatkan matanya.

"Haahlah wei. Tak ya juga! Sebab semalam, masa aku nak ke hall, aku ternampak Tao oppa baring atas riba si Ayuna tu. Dah tu pulak, si Ayuna tu boleh..." Tiffany melepaskan satu keluhan berat. Ji Yeon yang tidak sabar-sabar mahu mengetahui apa yang berlaku menampar paha Tiffany.

"Sakitlah!"

"Cepatlah bagitahu apa yang jadi?!"

"Ayuna cium pipi Tao oppa!"

"Mwo?!" Mata Ji Yeon membulat. Ayuna? Cium? Oppa??! Aniaaaaaaaa!!!!!!!!!

"Hish, beraninya dia..." Hyorin melahirkan rasa ketidakpuashatiannya. Walaupun dia tidak terlalu obses dengan dua jejaka itu seperti Ji Yeon dan Tiffany, tetapi dia tetap ada rasa cemburu itu. Ada ke patut... haish!

"Tulah! Eee.. geramnya aku!!!"

"Itu kau. Chanyeol oppa lagi. Semalam tu jugak, aku ternampak Chanyeol oppa bercakap kat handphone. Dah tu, tiba-tiba si Hanna tu sampai. Siap bawa botol air. Entah apa diorang cakap tapi aku dengar Hanna macam teresak-esak nangis. Masa dia nak pusing belakang tu, Chanyeol oppa boleh... boleh peluk Hanna. Ada cakap sesuatu tau tapi aku tak pasti apa. Masa tu aku rasa macam nak... eeee...." cerita Tiffany panjang lebar bersama dengan riak wajahnya yang merah padam. Konon geram dengan Choi Hanna dan Kim Ayuna.

Hyorin dan Ji Yeon yang mendengar cerita Tiffany mula rasa bengang. Mereka berdua percaya, mesti diantara keempat-empat insan itu ada sesuatu perasaan cinta. Tidak mustahilkan kalau cinta boleh berputik. Tambahan pula, mereka semua tu kacak, cantik dan masih lagi bujang pula tu. Kucing mana yang tolak ikan depan mata? Melainkan kalau kucing tu buta yang tak ada mata je. Tapi ini ada mata! Mata siap pakai kanta lekap berwarna lagi. Sabarlah duhai hati...

"Apa kata kalau kita jumpa diorang? Kita bagi warning sikit." Cadang Ji Yeon. Dia sudah tidak tahan lagi dah. Baginya, kalau dibiarkan dua gadis itu terus berada di sini, pasti gadis itu akan mengusai pelajar-pelajar di sini.

Hyorin dan Tiffany agak tidak menyenangi cadangan Ji Yeon tadi. Nanti nama mereka akan blacklist lagi kerana kurang ajar dengan pelatih-pelatih di sini. Itu yang tak nak tu.

"Bukan. Aku rasa tak boleh kalau macam tu. Apa kata kalau macam ni..." Hyorin menarik kepala rakan-rakannya ini dan mendekatkan kedua-dua telinga itu pada mulutnya. Entah apa yang dibisikkannya sampai Tiffany dan Ji Yeon ketawa mengekek.

"Aku confident yang diorang akan..."

"Shut... jangan kuat-kuat. Kaja!"

TIGA pasang kaki ini memasuki bilik latihan yang terdapat dua pasang tubuh lelaki yang sedang berdiri itu. Hyorin hanya menunggu di depan pintu sementara Ji Yeon dan Tiffany pula meneruskan langkahnya. Hyorin melihat sekeliling sebelum ternampak kelibat dua gadis yang akan menjadi sasarannya nanti.

"Oppa..." Ji Yeon dan Tiffany memanggil Tao dan Chanyeol yang lebih muda daripadanya itu. Tao dan Chanyeol yang tidak menyedari kehadiran dua gadis itu menoleh ke belakang. Tao dan Chanyeol berpandangan sesama sendiri sebelum tersenyum ke arah dua gadis ini.

"Ya? Ada apa-apa yang oppa boleh tolong?" Chanyeol menyoal atas desakan Tao melalui isyarat mata tadi. Dia tahu, Tao agak tidak berapa suka akan dua gadis ini. Lagi-agi Ji Yeon. Pernah sekali satu kejadian berlaku. Ji Yeon bertindak lebih-lebihan apabila dia menyelamatkan gadis itu daripada jatuh tergelincir. Salah Ji Yeon juga. Dah nampak tanda 'sedang dicuci' tu yang dia pergi jalan kenapa? Dah tahu licinkan? Nak kata sengal marah. Kebetulah dia melewati situ. Takkan nak biarkan orang dah nak jatuh? Tak patut pula. Bila dah tolong selamatkan, ada pergi ambil kesempatan pula. Nak je dia campak lantai balik lepas menyambut tubuh itu daripada terbongkang atas lantai macam nangka busuk.

"Erm... oppa. Kami sebenarnya nak cakap dengan oppa secara personal. Maksudnya, saya dengan Tao oppa, Tiffany pula, dengan oppa. Boleh tak?" Ji Yeon memulakan operasinya. Dia memandang Tao dan Chanyeol yang sedang terkejut itu.

"Secara personal? Nak buat apa?" Tanya Chanyeol. Ini yang tak best ni. Bukan boleh percaga dua budak ni. Silap haribulan, aku jadi mangsa macam Tao pulak. Tak nak aku, bisik Chanyeol di dalam hati.

"Erm... adalah. Nanti oppa akan tahu juga." Kini Tiffany pula bersuara. Dia harus memainkan peranan supaya game ini akan bertambah rancak nanti.

"Oppa tak ada masa nak keluar apa semua. Kita bercakap dekat sini je ya?" Tao mula bersuara. Dia memang betul-betul malas nak berpersonal dengan gadis ini. Sudahlah esok majlis perpisahan mereka berdua dan Prof. Jung sekali. Tak pasal-pasal je diraikan walaupun sudah berkali-kali dirayu tidk perlu semua ni. Dia tidak sanggup melihat gadisnya menangis. Cukuplah semalam dia merasa air mata gadis itu jatuh pada pipinya. Cukuplah. Dia tidak perlukan lagi.

"Erm.. okeylah kalau macam tu. Saya dengan oppa dekat hujung sana ya?" Ji Yeon menarik tangan Tao. Dia memandang Tiffany yang masih berdiri di situ sebelum mengenyitkan matanya. Dengan kiraan satu... dua... tiga...

"Hei, apa benda semua ni?!" Jeritan pada antara Tao dan Chanyeol bergema dan membuatkan dua gadis yang melewati di situ membolosi masuk ke dalam bilik latihan. Hyuna dan Suzy terkejut. Oh My! Apa semua ni?!

[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.Where stories live. Discover now